Pempengaruh, Ariz Ramli atau lebih dikenali dengan panggilan Caprice terpaksa akur dengan arahan pihak berkuasa untuk memadamkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang didakwa memaparkan kejadian pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim disimbah asid oleh dua orang pelaku pada 5 Mei lalu.
Menerusi hantaran di Instagram sebentar tadi, Caprice berkata dirinya perlu mengikut dan menghormati arahan berkenaan.
“Maaf. Dapat panggilan untuk padam rakaman CCTV dari The Star pagi tadi. (Platform-platform media) lain pun dinasihat untuk jangan muat naik atau kongsikan CCTV kes Faisal Halim.
“.. Kami perlu ikut dan hormati arahan mereka,” catat Caprice dalam bahagian kapsyen.
Pada pandangan Caprice, sebarang sedutan CCTV, rakaman kamera papan pemuka (dash cam) dan kelibat saksi boleh membantu pihak Polis Diraja Malaysia agar orang ramai yang mengesan jenis motosikal, topi keledar atau individu-individu yang berada dalam paparan video itu boleh tampil ke hadapan untuk membantu siasatan.
Begitupun, Caprice enggan mengeruhkan keadaan dan menghormati arahan yang diterimanya. Tinjauan REMAJA di media sosial juga mendapati beberapa platform media mula memadamkan rakaman CCTV itu daripada akaun masing-masing.
Ads
Menerusi video berdurasi 56 saat itu, kelihatan seorang lelaki bertopi sedang menunggu di sebuah kereta hitam sambil memerhatikan individu yang dipercayai merupakan Faisal sedang berjalan ke arah keretanya di sebuah pusat beli-belah.
Sebaik ingin membuka pintu kereta, lelaki bertopi kelihatan berulang kali menyimbah asid terhadapnya sebelum melarikan diri bersama seorang rakan komplot yang sedang menunggu bersama motosikal di tepi lokasi kejadian.
Ads
Sehingga lewat petang tadi, warganet tertanya-tanya sama ada video berkenaan adalah klip asli atau tidak sehinggalah Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengeluarkan kenyataannya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, video tersebut adalah bahan bukti yang masih dalam siasatan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan tidak wajar disebarkan bagi menjaga sensitiviti mangsa serta keluarga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat si kaki movie, TGV Cinemas menawarkan promosi istimewa buat ahli TGV MovieClub pada bulan April ini.
Pengumuman ini telah pun dimuat naik di laman Facebook rasmi TGV Cinemas dengan menjelaskan bahawa bermula hari ini sehingga 15 April nanti, ahli MovieClub yang membeli sekurang-kurangnya 1x tiket wayang dan 1x popcorn secara online akan dikreditkan dengan baucar tiket wayang percuma ke dalam akaun keahlian mereka.
Cara untuk menebus tiket percuma ini adalah korang perlu mendaftar sebagai ahli MovieClub dan membeli 1x tiket wayang dan 1 x item F&B dalam satu transaksi melalui laman web atau aplikasi TGV. Baucar tiket percuma akan dikreditkan dalam masa 10 hari waktu bekerja.
Korang boleh menebus tiket wayang percuma itu sehingga 30 April 2022 untuk mana-mana filem yang ditayangkan di cawangan TGV Cinemas. Tiket wayang percuma ini hanya boleh ditebus untuk hall-hall berikut sahaja:
So, apa tunggu lagi guys, jangan lepaskan peluang untuk tawaran istimewa #AwesomeApril ini. Selamat menonton!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jika di Malaysia, kita sudah melakukan persediaan rapi untuk minggu-minggu yang sudah dikenal pasti sebagai ‘long holiday’.
Cuti pada hari Isnin dan Selasa sebagai contoh dipanjangkan hingga ke Ahad seterusnya. Itulah kita masyarakat di Malaysia, begitu pakar untuk mengatur perjalanan bercuti.
Namun, situasinya nyata berbeza di Jepun.
Bermula 28 April lalu, rakyat di sana menyambut cuti panjang atau lebih dikenali sebagai Golden Week. Cuti selama 10 hari ini juga berkaitan denganacara peralihan takhta Maharaha Akihito yang diserahkan kepada Putera Mahkota Naruhito.
Acara peralihan pada asalnya hanya mengambil tempoh 2 hari (pada 30 April dan 1 Mei). Namun cuti tersebut berlarutan sehingga 8 Mei kelak apabila beberapa hari cuti lain bertembung berturut-turut.
Maharaja Akihito dan Maharani Michiko kelihatan ceria selepas upacara peralihan takhta berakhir kelmarin.
Ia bermula 29 April lalu ketika rakyat Jepun menyambut Hari Showa untuk memperingati hari kelahiran Maharaja Showa (Hirohito). Ia diikuti dengan cuti 2 hari untuk acara peralihan sebelum disambung cuti sempena Hari Peringatan Konstitusi (3 Mei), Greenery Day (4 Mei) dan Hari Kanak-Kanak (5 Mei).
Kedua-dua cuti terakhir itu kemudiannya dibawa ke hari Isnin dan Selasa which means, lebih banyak lagi hari percutian!
Sempena Golden Week ini, rakyat Jepun selalunya akan menaikkan bendera ikan seperti ini.
Jika sesuatu seperti ini berlaku di Malaysia, kita sudah pasti merancang percutian panjang untuk ke luar negara, balik kampung atau melakukan program-program tertentu.
Namun di Jepun, rakyat mereka sudah terbiasa dengan rutin bekerja keras sehinggakan mereka tidak boleh duduk diam walaupun dalam mood bercuti.
Menurut laporan media di Daily Mail, 45% rakyat Jepun tidak berasa gembira apabila cuti 10 hari ini diumumkan secara rasmi oleh kerajaan mereka. Ini membuatkan mereka lebih bingung untuk memikirkan bagaimana untuk merancang percutian dan apa yang akan terjadi kepada kerja yang tertangguh di pejabat.
Mirip Jalan TAR semasa bulan Ramadan dah di Shibuya, Tokyo.
Mereka juga khabarnya merungut mengenai kos percutian seperti kos pengangkutan dan kos penginapan yang semakin tinggi baru-baru ini.
Hanya 35% yang ceria dengan Golden Week manakala selebihnya adalah golongan yang belum atau tidak bekerja.
Hhm, mungkin rakyat Jepun boleh pelajari manfaat bercuti dan itenerari terbaik daripada rakyat Malaysia. Hehe..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kita sering berhati-hati bila membasuh pakaian berjenama dan berharga mahal.
Iyalah, buatnya fabrik tercarik atau warna luntur – boleh menangis dibuatnya!
Satu jenis pakaian yang sering dibasuh tangan adalah baju dalam ataupun bra. Apa yang ramai perempuan tidak tahu adalah cara sebenar untuk membasuh baju dalam menggunakan mesin pembasuh.
Pengguna Twitter bernama @kikilalana yang bekerja di sebuah butik pakaian dalam berjenama berkongsi teknik yang boleh korang cuba.
*
1 Pertama, tidak salah pun untuk korang membasuh baju dalam terutamanya baju dalam berjenama dengan memasukkannya ke dalam mesin pembasuh.
DAN tak juga apabila korang mengamalkan basuh menggunakan tangan selama ini. Apa yang ingin disampaikan adalah cara basuhan menggunakan mesin pembasuh ada langkahnya.
2 Sekiranya boleh, usah campurkan mesin tersebut dengan pakaian berfabrik keras seluar jeans. Khaskan sesi basuhan itu untuk pakaian seperti baju kemeja, baju T dan seluar dalam, sebagai contoh.
3 Rahsia utama adalah dengan menggunakan bra net. Ini agar perincian ‘mahal’ pada baju dalam seperti manik swarovski, besi dan fabrik lace tidak mudah rosak.
Korang boleh dapatkan bra net di kedai seperti Daiso.
4 Tetapkan penggunaan bra net untuk 2 baju dalam saja. Bukan 1, bukan 3. Pastikan 2.
5 Lipatkan kedua-dua baju dalam bermula dari bahagian tengah seperti foto di bawah. sorokkan talinya di bawah.
6 Voila siap pun dibasuh! Keringkan seperti biasa. Namun, Kila menasihatkan kita agar mempunyai time gap daripada hari membasuh dan hari memakai semula.
Jarakkannya selama 3 hari. Sekiranya korang basuh pada hari Isnin, korang boleh pakai ia semula pada hari Khamis.
Ini supaya fabrik dan tali baju dalam boleh kecut dan tegang seperti asal.
*
So girls, why not cuba basuh dengan menggunakan bra net serta teknik yang betul.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!