Pempengaruh, Ariz Ramli atau lebih dikenali dengan panggilan Caprice terpaksa akur dengan arahan pihak berkuasa untuk memadamkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang didakwa memaparkan kejadian pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim disimbah asid oleh dua orang pelaku pada 5 Mei lalu.
Menerusi hantaran di Instagram sebentar tadi, Caprice berkata dirinya perlu mengikut dan menghormati arahan berkenaan.
“Maaf. Dapat panggilan untuk padam rakaman CCTV dari The Star pagi tadi. (Platform-platform media) lain pun dinasihat untuk jangan muat naik atau kongsikan CCTV kes Faisal Halim.
“.. Kami perlu ikut dan hormati arahan mereka,” catat Caprice dalam bahagian kapsyen.
Pada pandangan Caprice, sebarang sedutan CCTV, rakaman kamera papan pemuka (dash cam) dan kelibat saksi boleh membantu pihak Polis Diraja Malaysia agar orang ramai yang mengesan jenis motosikal, topi keledar atau individu-individu yang berada dalam paparan video itu boleh tampil ke hadapan untuk membantu siasatan.
Begitupun, Caprice enggan mengeruhkan keadaan dan menghormati arahan yang diterimanya. Tinjauan REMAJA di media sosial juga mendapati beberapa platform media mula memadamkan rakaman CCTV itu daripada akaun masing-masing.
Ads
Menerusi video berdurasi 56 saat itu, kelihatan seorang lelaki bertopi sedang menunggu di sebuah kereta hitam sambil memerhatikan individu yang dipercayai merupakan Faisal sedang berjalan ke arah keretanya di sebuah pusat beli-belah.
Sebaik ingin membuka pintu kereta, lelaki bertopi kelihatan berulang kali menyimbah asid terhadapnya sebelum melarikan diri bersama seorang rakan komplot yang sedang menunggu bersama motosikal di tepi lokasi kejadian.
Ads
Sehingga lewat petang tadi, warganet tertanya-tanya sama ada video berkenaan adalah klip asli atau tidak sehinggalah Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengeluarkan kenyataannya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, video tersebut adalah bahan bukti yang masih dalam siasatan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan tidak wajar disebarkan bagi menjaga sensitiviti mangsa serta keluarga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Apabila tiba musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, pasti syarikat-syarikat di Malaysia akan muncul dengan pelbagai idea pemberian kepada wakil media seperti kami di REMAJA.
Antara jenis pemberian yang selalu datang sebelum Raya ini termasuklah hamper kuih raya, kurma, soft toys (yes!) dan juga sampul duit raya. Bercakap mengenai sampul ini, masing-masing tak nak kalah dengan rekaan berbeza pada setiap tahun. Jom kita tengok macam mana rupa sampul jenama besar di Malaysia ini, in random order.
Bekas petinju terkenal yang memegang rekod 29 kemenangan tanpa kalah di Ultimate Fighting Champion, Khabib Nurmagomedov telah melancarkan rangkaian telekomunikasinya sendiri yang dipanggil Eagle Mobile.
Perkara itu diumumkan sendiri oleh jejaka berusia 32 tahun ini dalam satu hantaran Instagramnya.
Dia berkata, “Kejujuran dan tanggungjawab adalah prinsip ketika saya membina kerjaya sukan. Hari ini saya bersia dia untuk melangkah dan saya bersedia untuk memberitahu anda berita yang sudah lama saya persiakan selama ini.
“Tidak lama lagi saya dan pasukan saya akan melancarkan sebuah operator rangkaian mudah alih yang diasaskan berdasarkan prinsip yang saya pegang selama ini.
Setakat ini ia meliputi kawasan Moscow dan rantau ini sahaja. Ini hanya permulaan rancangan kami adalah lebih besar jadi jangan lupa untuk nantikan dan menjadi antara pemilik pertama kad sim ini. Percayalah, semuanya lebih baik dari yang anda sedari.”
Pengendali rangkaian mudah alih tersebut dinamakan Eagle Mobile kerana ia sempena gelaran Khabib semasa aktif digelanggang tinju iaitu ‘The Eagle’.
Terdahulu mengikut laporan Essentially Sport, Khabib memiliki sumber kekayaan bernilai $30 juta hasil dari pertarungan yang disertainya Ketika bersama UFC.
Sumber & Gambar : Instagram Khabib
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika korang masih ingat sekitar enam tahun lalu, syarikat bernama MyTeksi telah dijenamakan semula menjadi Grab. Kini selepas beroperasi dengan cemerlang dan dipercayai oleh pengguna perkhidmatan mereka, Grab membuktikan syarikat Asia Tenggara mampu bersaing dengan syarikat global.
Buktinya, Grab telah membeli syarikat Uber Technologies Inc bagi seluruh rantau Asia Tenggara.
Berita tersebut sememangnya dinanti-nantikan masyarakat seluruh dunia setelah khabar angin kencang bertiup mengatakan Uber bakal dijual. Berdasarkan perjanjian yang dilakukan oleh mereka semalam, Uber akan memegang saham sekitar 25 ke 30 peratus dan selebihnya akan dipegang oleh Grab.
Untuk pengetahuan korang, ini bukanlah kali pertama Uber bertindak untuk menjual saham kepada syarikat pesaing. Sebelum ini, Uber China juga menjual majoriti saham mereka kepada syarikat perkhidmatan kenderaan awam Didi Chuxing selepas ia gagal beroperasi di beberapa bandar di China.
Di Rusia juga, Uber menjual saham syarikat kepada Yandex.
Bukan bermaksud Uber semakin tak relevan dan rugi. Ini hanyalah satu strategi bagi memastikan mereka juga turut mengaut keuntungan daripada kolaborasi tersebut. Yang hilang hanyalah visibiliti perkataan Uber, namu keuntungan masih masuk di atas nama mereka berdasarkan peratus saham syarikat.
Buat masa ini, masih tiada kenyataan yang dikeluarkan oleh Uber mahupun Grab mengenai nasib pemandu Uber selepas syarikat itu berada di bawah kendalian Grab.
Begitu juga dengan nasib pemandu UberEats walaupun ada yang mengeluarkan spekulasi, kononnya pemandu UberEats akan ditempatkan di bawah cabang GrabFood.
GrabFood akan diperluaskan ke semua negara Asia Tenggara sebelum pertengahan tahun ini. Manakala, aplikasi GrabPay mobile wallet juga boleh didapati di kebanyakan negara rantau ini pada akhir tahun ini.
GrabPay Mobile Wallet memudahkan pembayaran ala pre paid.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Muhammad Mikail Ghazali mencuri tumpuan di Sukan SEA Thailand 2025 apabila meraih pingat emas Muay Thai dan memikat hati peminat tuan rumah dengan aksi berkelas dunia.