
Sebagai salah satu syarikat penerbangan terbaik dunia, Singapore Airlines sentiasa berevolusi dalam menghasilkan sesuatu perubahan yang akan mempesonakan penumpang mereka.
Terbaharu lebih kurang seminggu yang lalu, syarikat penerbangan nasional Singapura itu telah melancarkan motif baharu batik yang akan digunakan di dalam semua konsep rekaan baharu bagi sebarang kempen penjenamaan dan juga cenderamata syarikat itu yang sudah mula dijual di KrisShop.

Diinspirasikan dari corak batik asal kebaya ikonik Singapore Girls yang popular, corak ini diberikan sentuhan yang lebih moden agar senang untuk disesuaikan dengan sebarang rekaan digital.
Selain itu suntikan 10 jenis bunga asli Singapura menjadi tunjang asas kepada perubahan yang dilakukan ini. 10 bunga yang tumbuh meliar di Singapura ini melambangkan kekayaan alam semulajadi negara itu.

Walaubagaimana pun, kebaya ikonik pramugari syarikat penerbangan itu tidak akan digantikan dengan corak baharu dan akan terus kekal dengan rekaan asal yang telah dicipta lebih 47 tahun lalu iaitu pada tahun 1974 oleh pereka feyen antara bangsa, Pierre Balmain.
*** P/S- Singapore Girls merupakan gelaran bagi pramugari Singapore Airlines.
Sumber & Gambar: The Design Air
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bulan Kesedaran Garam Sedunia, Satu Sudu Teh Sehari Untuk Elak Penyakit!

Bulan March bukan sehaja Hari Wanita Sedunia namun merupakan minggu Kesedaran Garam Sedunia juga tau.
Sudah menjadi kebiasaan kita untuk memasukkan garam ke dalam makanan bagi memberikan makanan yang kita masak rasa lebih sedap dan enak. Bahkan negara kita terkenal dengan ikan kering, sotong kering dan berbagai lagi makanan kering dimana makanan tersebut akan direndam dalam air garam terlebih dahulu sebelum dijemur di tengah panas.
ARTIKEL BERKAITAN : 7 Manfaat Garam Mandian, Salah Satunya Mampu Hilangkan Jerawat Belakang Badan!
Malah mengikut laporan hmetro, seorang rakyat Malaysia dianggarkan mengambil 1.6 sudu atau 7.9 gram (g) garam sehari sekali gus melebihi lima gram sehari seperti disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Lebih garam boleh menyebabkan macam-macam jenis penyakit. Nak tahu?
1. Penyakit Jantung
Garam boleh meningkatkan tekanan darah dan menimbulkan darah tinggi. Situasi ini merupakan penyebab penyakit jantung yang paling ketara. Hampir dua per tiga daripada seluruh kes strok dan separuh kes penyakit jantung, disebabkan oleh hipertensi atau darah tinggi.
2. Penyakit Ginjal
Sama seperti penyakit jantung, penyakit ginjal kronik juga boleh disebabkan oleh tekanan darah tinggi. Orang yang menghidap penyakit ini, lebih sensitif terhadap penyerapan sodium atau garam di tubuh.
Penyakit ginjal dan hipertensi berhubung kait dengan kitaran yang berkesinambungan. Ia kerana, ginjal berperanan dalam metabolisme garam di tubuh.
Jika ginjal tidak dapat mengeluarkan natrium dengan baik, maka metabolisme garam di tubuh menjadi terganggu dan garam akan berkumpul di tubuh, dan menyebabkan naiknya tekanan darah.

3. Osteoporosis
Jumlah kalsium yang keluar melalui urin akan bertambah seiring dengan meningkatnya kadar garam di tubuh. Apabila kadar kalsium di dalam darah berkurangan dari yang sepatutnya, maka tubuh akan mengambil kalsium dari dalam tulang untuk menyeimbangkan kekurangan kalsium.
Hal ini menyebabkan kesihatan tulang terganggu hingga mengalami penghakisan tulang atau osteoporosis.
4. Kanser
Mengambil garam berlebihan juga dapat meningkatkan risiko seseorang terkena kanser perut.
5. Hipernatremia
Terlalu banyak natrium di dalam darah boleh menyebabkan seseorang itu mengalami hipernatremia. Penyakit ini merupakan gangguan akut yang terjadi saat seseorang tidak mendapat cukup makanan atau minuman, sehingga garam tidak dapat dicerna dengan baik oleh tubuh.
Akibatnya, pengumpulan garam berlaku. Saat sodium di darah mengumpul, akan terjadi gangguan metabolisme di tubuh yang boleh menyebabkan cecair terkumpul di organ tubuh, termasuk otak. Hal ini bisa menyebabkan kejang, koma, bahkan membawa maut.

6. Gangguan saraf
Garam memang penting untuk menjaga fungsi saraf. Namun, jika berlebihan pengambilan garam akan membawa mudarat.
Tubuh kita memerlukan keseimbangan antara sodium dengan kalium untuk menjaga fungsi saraf tetap normal. Jika kadar sodiumnya terlalu banyak, maka keseimbangan akan terganggu. Hal sama dengan fungsi saraf, yang juga akan mengalami gangguan.

Hadkan Pengambilan Garam, Satu Sudu Teh Sehari.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru orang ramai meningkatkan tahap kesihatan dengan mengubah tabiat pengambilan garam dalam pemakanan harian.
Menerusi Facebook rasmi KKM bersempena Minggu Kesedaran Garam bermula hingga 20 Mac hadapan, KKM menyeru pengguna menghadkan pengambilan garam tidak melebihi lima gram atau satu sudu teh sehari.
KKM berkata, menurut kajian Malaysian Community Salt Study (MyCoSS) 2017/2018, tahap pengambilan garam dalam kalangan rakyat Malaysia adalah tinggi iaitu pada kadar purata 7.9 gram atau 1.6 sudu teh sehari, melebihi saranan lima gram sehari oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Untuk info, dengan tema ‘Tak Masin Tu Ok! Minggu Kesedaran Garam Sedunia di Malaysia bermula semalam hingga 20 Mac ini antara lain menekankan kesedaran gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat sebagai langkah pencegahan penyakit tidak berjangkit (NCD).
BACA LAGI : Garam Kita Makan Hari-Hari Bukan Tulen, Ada Microplastic Penyebab Kanser
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Labubu ‘Second Hand’ Dijual Hampir RM45,000, Pecah Rekod Mainan Termahal Di eBay!

Satu figura kecil comel kini jadi bualan hangat di media sosial apabila sebuah patung Labubu ‘second hand’ edisi terhad dijual semula pada harga AS$10,500 (kira-kira RM44,900) di platform eBay.
Patung ini bukan baru pun ia versi second hand! Tapi disebabkan keunikannya dan edisi yang sangat terhad, ia kini diiktiraf sebagai mainan termahal pernah dijual di eBay setakat ini.
Kolaborasi Labubu x Vans Jadi Rebutan
Anak patung ini dinamakan The Monsters x Vans Oldskool Vinyl Plush Doll, hasil kolaborasi antara jenama terkenal Pop Mart dan Vans. Ia dilancarkan pada tahun 2023 dan menjadi kegilaan ramai peminat art toy serta kolektor seluruh dunia.

Patung ini menampilkan Labubu lengkap berpakaian streetwear baju, topi, dan kasut Vans ikonik yang buatkan penampilannya nampak stylish dan unik. Dikeluarkan dalam kuantiti sangat terhad, tak hairanlah harganya melambung tinggi di pasaran sekunder.
Harga Asal Cuma RM360, Kini Cecah RM44,900!
Apa yang buatkan orang terkejut, harga asal patung ni cuma AS$85 (sekitar RM360). Tapi selepas permintaan tinggi dan stok sangat terhad, ia dijual semula hampir 125 kali ganda dari harga asal. Dan walaupun dalam keadaan second hand, nilainya tetap kekal tinggi.
Selain itu, laporan menyebut bahawa pelancaran figura ini turut mencetuskan rusuhan di beberapa lokasi fizikal kerana terlalu ramai peminat sanggup beratur sejak awal pagi untuk merebut peluang memilikinya.
Fenomena Labubu: Bukan Sekadar Mainan
Bagi yang masih belum kenal, Labubu ialah watak ciptaan artis terkenal Kasing Lung yang berasal dari Hong Kong. Ia menjadi simbol budaya pop moden, diminati ramai kerana reka bentuknya yang unik dan ekspresi nakalnya yang ‘aesthetic’. Kini, Labubu bukan sekadar koleksi malah ia dianggap sebagai statement lifestyle dan bahkan pelaburan.
Tahun lalu, satu lagi patung Labubu yang dikenali sebagai Catch Me If You Like Me turut mencuri perhatian apabila dijual di eBay pada harga AS$2,000 (lebih RM8,600).
Dulu kita fikir mainan hanyalah untuk kanak-kanak, tapi hari ini Labubu buktikan ia boleh jadi aset berharga. Sama ada sebagai simbol minat atau pelaburan jangka panjang, fenomena Labubu membuktikan art toy bukan trend semata-mata ia dunia yang punya nilai tersendiri.
Patut tak bayar RM45,000 untuk satu Labubu? Korang tentukan. 😎🧸
BACA LAGI : Labubu Buat Ramai Tak Keruan! Wang Ning Kini Jutawan Termuda China
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Gadis Muda Ini Raih Ijazah Kelas Pertama, Terus Disambar Jadi Jurutera Di Scotland!

Baru-baru ini, seorang pelajar tempatan, Puteri Irdina Sofea Jazlan Ariff membanggakan negara apabila berjaya menamatkan pengajian di The University of Edinburgh, Scotland dengan Kepujian Kelas Pertama dalam jurusan MEng (Hons) Electronics and Electrical Engineering.
Menerusi sebuah perkongsian di Facebook, MARA Sponsorship Division juga sempat memaklumkan bahawa Puteri Irdina turut menerima tawaran kerja sebagai Analog Design Engineer di Analog Devices Inc iaitu sebuah syarikat multinasional semikonduktor berpengaruh yang berpangkalan di Scotland.
“Analog Devices Inc adalah antara syarikat multinasional (semikonduktor) yang terkemuka dan mempunyai lebih 20 cawangan di seluruh dunia”
“Tahniah Puteri Irdina Sofea atas kejayaan yang membanggakan. Semoga terus menjadi inspirasi buat semua pelajar tajaan MARA dan anak-anak Malaysia di perantauan. Teruskan melakar kejayaan,” tulis perkongsian itu.


Dalam pada itu, kejayaan ini bukan sahaja mengangkat nama gadis muda berkenaan dalam kalangan pelajar cemerlang, malah menjadi bukti bahawa anak Malaysia mampu bersaing di peringkat global jika diberi peluang dan usaha tanpa henti.
Sepanjang empat tahun berada di bumi Scotland, Puteri Irdina tidak hanya fokus pada akademik. Beliau juga aktif menyertai pelbagai aktiviti serta projek berimpak tinggi yang melatihnya menjadi seorang profesional serba boleh.
Antara pencapaian luar biasa beliau termasuk menjuarai pertandingan Formula Student UK (kategori Driverless/AI) bersama pasukan Electrical Department, University of Edinburgh serta meraih Best Solution Award daripada Huawei menerusi kursus Embedded Mobile and Wireless System.

Bukan itu sahaja, Puteri Irdina turut terbabit dalam projek tenaga boleh diperbaharui Westrigg Wind Farm yang memfokus kepada pembangunan turbin angin dan sistem janakuasa, satu pengalaman berharga dalam dunia kejuruteraan moden.
Apa yang lebih menarik, perjalanan akademik Puteri Irdina bermula sejak tahun 2015 di MRSM Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang sebelum meneruskan pengajian di Kolej MARA Seremban pada 2020. Kini, kisahnya menjadi inspirasi buat ramai pelajar Malaysia yang berimpian menjejak kaki ke universiti terkemuka dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

