Pasangan selebriti popular, Harris Annuar dan Asha Merican telah mencuri perhatian warganet apabila memuat naik sebuah video di media sosial yang memperlihat puteri sulungnya itu yang diberi nama Auraa Medina.
Menjengah di hantaran Tiktok Hero remaja 20172018 itu, dia berkongsi satu klip video yang sempat menggelar bayinya itu sebagai mak cik Turki dek kerana raut wajahnya persis seperti orang sana, sekaligus menerima pujian rata-rata pengguna.
“Mak cik Turki nak keluar berjalan. Ini dia mak cik Turki, mak cik jual karipap ke? Comelnya,” katanya.
IKLAN
Pemerhatian Remaja mendapati, ruangan komen tersebut dibanjiri pelbagai reaksi. Majoriti memuji akan kecomelan bayi pasangan berkenaan.
“Macam kak Ton lah muka dia. Comel dooh (loghat pantai timur),” komen seorang pengguna.
“MasyaAllah, cantiknya mak cik Turki,” komen lagi pengguna lain.
IKLAN
“Muka awek turki,” tulis seorang warganet.
“Alahai, comelnya mak cik ini,” komen yang lain.
IKLAN
Sekadar informasi, selepas empat tahun menjalin kasih, Harris dan juga isteri tercintanya yang juga pelakon jelita, Asha Merican telah mendirikan rumah tangga pada 11 Jun 2022. Pada hujung Mac lalu, pasangan dua sejoli itu dikurniakan cahaya mata perempuan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bukan tugas yang mudah ya untuk menghiburkan hampir 7,000 orang penonton fanatik K-pop!
Namun itulah yang berjaya dilakukan oleh grup K-pop perempuan paling sensasi masa ini, Blackpink. Bertempat di Stadium tertutup Malawati Shah Alam, semalam merupakan hari pertama mereka bertemu dengan peminat yang menggelarkan diri mereka BLINKs sebelum bakal kembali menggegarkan pentas untuk kali kedua, hari ini.
Tepat jam 6.30 petang, Blackpink muncul selepas instrumental pembukaan bertaraf antarabangsa, sesuatu yang boleh dijangkakan daripada grup kendalian YG Entertainment.
Tampil mempersembahkan lagu-lagu hit seperti Ddu-du Ddu-du, Boombayah, As If It’s Your Last, Stay, Kiss & Make Up dan hampir 13 lagi buah lagu, Blackpink nyata tak mengecewakan walaupun mereka masih boleh dianggap sebagai grup ‘Maknae’. Tambahan pula apabila Blackpink diiringi liveband khas yang selalu muncul untuk mana-mana persembahan grup atau penyanyi label YG Entertainment.
Selain tempo muzik berlainan, tarian on–point, dan setlist menarik, salah satu sebab ramai memuji Blackpink semalam adalah disebabkan profesionalisma mereka berempat dalam mengendalikan pentas.
Rose, Jisoo, Jennie dan Lisa masing-masing tidak kekok melayan BLINKs Malaysia walaupun kali pertama ke negara ini. Sewaktu menyanyikan lagu Stay (Encore), mereka kekal tenang ketika sebahagian peminay membaling anak patung (soft toys) ke atas pentas walaupun ia dilarang. Lisa sempat mengusik, “Nothrowingthingsguys,” namun masih mengutip hadiah tersebut dan memeluknya.
Semasa persembahan Kiss & Make Up pula, kelibat Jennie hilang seketika dari ‘pentas terapung’. Namun, rapper utama Blackpink itu kembali menyertai tiga anggota lain selepas membetulkan kedudukan in-ear monitor-nya.
Rose juga dilihat profesional ketika lagu Playing With Fire dinyanyikan. Dia juga seperti ‘bergelut’ dengan kedudukan in-ear monitor dan kadangkala berhenti menari. But she was quick to pick up the pace!
Secara keseluruhannya, REMAJA pasti ramai BLINKs yang berpuas hati dengan penganjuran konsert In Your Area [Kuala Lumpur] semalam. Bagi yang akan menyaksikan Blackpink pada malam ini, have fun and be safe okay.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengalaman pertama penyanyi dan penulis lirik, Aina Abduldi kerusi juri tetap program Big Stage musim kelima semalam telahpun disambut dengan respon yang rata-rata positif.
Bukan mudah untuk mengambil alih tugas yang pernah disandang oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah.
Begitupun, berlainan dengan pengalaman juri-juri wanita di Big Stage sebelum ini, Aina perlu mengadili salah seorang rakan seindustrinya, Nadeera Zaini yang sama-sama memulakan langkah satu masa dahulu.
Justeru, ramai penonton yang sedikit terkejut apabila Aina memberikan 65 markah kepada Nadeera yang membawakan lagu Kerna Ku Sanggup nyanyian asal Agnez Monica.
Sedangkan, beberapa peserta lain telah memperolehi markah yang lebih tinggi daripada Aina termasuklah Naufal Azrin (80), Coex (74) dan Waode (85).
Bercakap kepada REMAJA selepas tirai dilabuhkan, Aina, 29 menjelaskan tiada elemen ‘favouritism’ yang berlaku di Big Stage biarpun ada peserta yang mempunyai ikatan persabahatan dengannya.
“Sebenarnya saya cuba tonjol non-favouritism tadi. Sebab itu, ada yang tidak berpuas hati dengan markah yang Aina beri kepada Nadeera. Tapi saya hadir sebagai seseorang yang telah mengenali Nadeera jauh lebih awal daripada sesiapa pun.
“Kalau (Nadeera) tak menyanyi di atas pentas, saya pernah dengar dia menyanyi di dalam tandas, di dapur. Kami berdua saling mengetahui kelebihan dan kelemahan masing-masing. Jadi untuk Nadeera pada malam ini, saya harus berlaku adil kerana saya tahu dia boleh lakukan jauh lebih baik daripada itu.
“Markah yang saya berikan itu bukannya daripada seorang bekas teman serumah tetapi ia adalah daripada rakan seperjuangan. Jika kami bertukar posisi pun dan saya adalah peserta pada malam ini, situasinya tetap sama,” jelasnya.
Kawan Tetap Kawan
Aina yang tampil unik dalam persalinan serba merah Khuntumn dan gaya hijab oleh Naz Living A Style juga beranggapan pengalaman menjurikan rakannya, Nadeera dan 12 lagi peserta lain adalah satu pengalaman baharu yang memerlukan dirinya kekal profesional.
Apa yang utama buatnya adalah gabungan vokal dan kreativiti persembahan yang dibawakan oleh peserta sepanjang 10 minggu bersama.
“Saya tahu momen (yang memerlukan Aina untuk mengadili Nadeera) itu akan sampai. Nadeera pun pernah bercakap dengan saya sebelum pertandingan bermula namun ia berasaskan profesionalisme.
“Kami masih berkawan tetapi pertandingan tetap pertandingan. Saya kena sama rata dengan yang lain.”
“Jika yang lain lebih bagus, perlulah saya beri markah yang lebih kepada mereka.
“Saya berharap peminat Nadeera dan peminat saya sendiri yang telah mengikuti perjalanan kami sejak program terdahulu untuk tidak mengambil benda ini luar daripada konteks Big Stage. Ini adalah untuk program Big Stage dan untuk kebaikan Nadeera sendiri,” katanya.
Tak Semestinya Vokal Tinggi Boleh Menang
Sebagai juri tetap Big Stage 2023 juga, Aina mengingatkan kesemua 13 orang peserta mengenai cara pemarkahan yang telah berubah pada tahun ini di mana 50 peratus markah hadir daripada paduan vokal manakala 50 peratus lagi mewakili kreativiti persembahan.
“Tiada lagi 70-30. Jika vokal 50 peratusnya rendah tetapi kreativitinya tinggi, seseorang itu boleh menang. Dan sebaliknya jika peratusan vokalnya tiggi tapi kreativitinya rendah, seseorang itu juga boleh kalah,” ulasnya.
Begitupun akui Aina, konsert pertama pada 7 Mei baginya adalah sesi suai kenal dengan kemampuan setiap peserta yang bertanding dan tidak terlalu menitik beratkan kesemuanya ciri-ciri pengadilan dengan teliti seperti teknik vokal.
Haa, agaknya adakah markah yang akan diberikan Aina pada minggu hadapan lebih ‘tegas’?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Malam ini, pentas Gegar Vaganza musim ketujuh akhirnya melabuhkan tirainya dengan kemenangan vokalis kumpulan Projek Pistol, Cliff Umar!
Saingan sengit nyata diberikan oleh semua peserta pada malam ini apabila masing-masing tampil dengan persembahan sebaik mungkin bagi merealisasikan peluang untuk bergelar juara. Namun, juara hanya boleh menjadi milik seorang peserta kecuali semasa Gegar Vaganza musim keenam dan rezeki berpihak kepada Cliff.
Untuk pengetahuan, saingan sengit Cliff iaitu Mus May bergelar Naib Juara manakala seorang lagi peserta ‘favourite’ iaitu Ayu Damit memperolehi tempat ketiga. Lain-lain kedudukan adalah seperti berikut; Noraniza Idris (Tempat ke-4), OkaLinda Nanuwil (Tempat ke-5), Oja (Tempat ke-6) dan Ashira (Tempat ke-7).
Dalam ucapan penghargaan Cliff setelah dinobatkan sebagai juara (dan – ahem – membuka pelitup muka), beliau mendedikasikan kejuaraan ini kepada semua pihak yang terlibat yang menjayakan Gegar Vaganza 7.
“This one (merujuk kepada trofi) doesn’t belong to me. This one belongs to everyone yang menjayakan show ini. Kepada production team, and to all my fellow artists who work so hard every week. It is my honour to be performing with them every week.
“Saya merupakan peminat Abang Mus, kak Ani dan semua orang di sini,” katanya dengan penuh teruja.
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut menyelar tindakan segelintir pihak yang memaki dan mengecam selebriti dan pempengaruh yang disenaraikan dalam kempen...