Pelakon Ainul Aishah baru sahaja melangsungkan perkahwinan minggu lalu dengan pasangannya, Khalid Redzuan. Mempelai sama cantik dan sama padan ini yang sudah sekian lama bercinta disambut dalam majlis pernikahan dan resepsi penuh meriah di The Saujana Hotel, Kuala Lumpur.
Dalam sesebuah majlis perkahwinan, pastinya busana yang digayakan ratu sehari menjadi perhatian. Ainul yang berkulit hitam manis ini tampil cantik dan elegan dalam rekaan jenama fesyen tersohor tempatan iaitu Hatta Dolmat dan DPLKL.
Memilih busana jenama DPLKL untuk majlis penikahannya, rekaan gaun potongan duyung itu diberikan ilusi seumpana kurung moden dengan olahan draping pada pinggang. Memilih warna putih gading, Ainul dalam hantaran di Instagramnya meluahkan rasa, “In love with my beautiful nikah dress and whole look. I’m not over it yet.”
Rekaan DPLKL ini sangat regal dan menjadikan wanita berusia 37 tahun ini anggun menawan. Campuran fabrik renda mewah, sulaman bunga 3d dan juga tatahan jemeki menyempurnakan keseluruhan rekaan. Paling menarik, penghujung labuh gaun tersebut diberi kelainan dengan fabrik diolah menggunakan teknik lisu yang memberi satu keunikan.
Beralih pula ke busana resepsi, pereka fesyen terkenal Malaysia, Hatta Dolmat menjadi pilihan si ratu sehari. Seperti yang semua tahu, Hatta memang cukup terkenal dengan sentuhannya yang magikal tatkala mereka busana yang grandeur.
Memenuhi impian Ainul, pereka fesyen ini telah menghasilkan rekaan gaun kembang siap dengan riben besar di bahagian belakang bagi menambahkan lagi ‘drama’ kepada rekaannya. Jika dilihat dari dekat, peletakan perincian kepada busana ini cukup dramatik, bukan sekadar disulam begitu sahaja, bahkan ia disusun secara kreatif bagi memberi efek penuh mewah.
Gaya keseluruhan Ainul yang tampil bagaikan puteri dilengkapkan dengan pemakaian mahkota besar dan juga pemilihan layah meleret panjang.
Tidak lengkap seri keseluruhan tanpa pemilihan solekan dan juga dandanan yang sempurna. Untuk pernikahannya, Ainul telah mendapatkan khidmat Ady Razak untuk merias wajahnya dan CKay Liow untuk mendandan rambutnya. Ketika majlis resepsi pula, dia memillih jurusolek Gabriel Padan untuk merias wajah dan juga menyiapkan dandanan rambutnya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Taylor Swift bukanlah figura yang biasa-biasa, terkenal dengan ‘beauty with brain’. Taylor juga kelihatan sentiasa cergas dan aktif. Apatah lagi, kulitnya tetap berseri-seri biarpun disimbah terik matahari dan ditimpa hujan semasa bekerja. Membuatkan ramai bertanya, apa sebenarnya tips kecantikan yang diamalkan olehnya.
Jarang Taylor bercerita tentang petua cantik dan sihat, kali ini kami bongkar rahsianya.
Cara Taylor Swift merehatkan kulitnya ialah dengan menjaha hidrasi kulit pada waktu malam. Katanya dia wajib menyapu pelembab Kate Somerville untuk wajah dan The Body Shop Coconut Body Butter untuk seluruh tubuh. Tips ini untuk kulit sihat, jauh dari masalah sensitif dan kekeringan.
Keluar rumah, jangan lupa sunscreen
Ini pun memang wajib bagi semua untuk pakai dan ya pakai setiap hari! Kulit akan berterima kasih kepada kamu kerana mengelakkan ia dari risiko keradangan, menggelupas akibat panas dan kanser kulit.
Kerap minum air kosong
Jadual kerja Taylor Swift sememangnya sibuk, namun dia tidak pernah lupa untuk minum air kosong secara berkala. Cara ini dapat menyingkirkan toksik, melancarkan penghadaman dan sudah tentu memberi hasil kulit berseri-seri. Malah, TS juga dikatakan kurangkan pengambilan bagi mengelak masalah keradangan dalaman.
Suka tema mekap ‘less is more’
Ya, rahsia kulit Taylor Swift kekal awet remaja ialah dia lebih gemar memakai mekap yang nipis. Bila waktu sendirian atau bekerja di studio TS hanya bare face. Kalau mekap sekalipun, Taylor hanya menyapu lipsyik merah ikoniknya dan wing eyeliner. Settle!
Bersenam untuk kecantikan dalaman
Senaman antara satu cara Taylor mengekalkan kecergasannya untuk melakukan persembahan berbulan dan berjam lamanya. Bersenam mampu meningkatkan pelancaran darah, produksi kolagen dan sel kulit. Malah, bersenam juga boleh melegakan stress dan menggalakkan endorphin.
Tak rumit mana pun tip cantik Taylor Swift, mungkin ramai menyangka penyanyi genius ini makan produk atau amalan yang keras. Rupanya sangat mudah dan dapat mengekalkan kecantikan semulajadi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pertandingan ratu cantik diadakan bagi memberi peluang kepada para pesertanya menonjolkan prestasi diri dan dalam masa yang sama meletakkan misi mereka ke hadapan. Sama juga dengan organisasi itu sendiri, setiap satu memiliki mesej dan pemerkasaan yang ingin di ketengahkan.
Terbaharu, buat julung kalinya Miss Environment International telah diadakan. Pertandingan ratu cantik yang beribu pejabat di Mumbai ini bermatlamat untuk menyebarkan kesedaran tentang pemuliharaan alam sekitar dan kepentingan perlindungan sumber asli.
Kayra saat dimahkotakan sebagai Miss Environment International 2022. Kredit foto: Facebook Miss Environment International
Selain itu, platform ini juga digunakan untuk mempamerkan dan mempamerkan budaya, bakat peserta dan mempromosikan kesedaran sosial dengan betul dan positif sebagai pahlawan pemuliharaan alam sekitar.
Edisi pertama ini telah disertai sebanyak 18 buah negara dan wakil Belgium menjadi juara pertama. Kayra Wouters, 21, yang merupakan seorang kerani pengurusan telah membuktikan yang usahanya tidak sia-sia. Dia yang berketinggian 165 cm ini menulis di Instagramnya sebaik kemenangan diumumkan, “Tuhan telah memberi saya peluang, saya terimanya dengan kedua-dua tangan penuh terbuka.”
Top 5 Miss Environment 2022. Kredit foto: Instagram Kayra WoutersKayra bersama Miss Environment India. Kredit foto: Instagram Kayra Wouters
Dalam temubualnya bersama organsasi pertandingan itu, gadis cantik ini menyatakan bahawa dia seorang yang sukakan cabaran serta suka aktiviti luar. “Tidak ada cara yang lebih baik untuk menggembirakan saya daripada membiarkan saya bermain di luar. Jika saya perlu menggambarkan diri, saya merupakan seorang manusia yang sayang akan haiwan dan ingin melihat dunia dengan luas.
“Itulah sebabnya saya membesar menjadi seorang wanita yang kuat yang mengambil berat tentang alam sekitar dan kepayahan dalam hidup. Sebagai wakil Belgium, saya merasakan ini adalah seperti tanggungjawab yang besar. Saya berharap untuk menjadi orang yang menjadikan dunia sedikit lebih indah, hari demi hari, dengan mencuba yang terbaik,” ujarnya panjang.
Wakil Filipina, Michelle Arceo dinobatkan sebagai pemenang tempat kedua dan memegang gelaran Miss Ecosystem manakala Amelia Michael Sky yang mewakili South Sudan berada ditempat ketiga dan diberikan gelaran Miss Biodiversity. Wakil Zimbabwe dan Peru masing-masing melangkapi dikedudukan kelima dan keempat.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kreatif dan berseni, itu yang boleh penulis gambarkan tentang kostum nasional yang digayakan oleh wakil Malaysia ke pertandingan Miss Grand International 2023, Kash Bhullar.
Pada sesi persembahan kostum nasional, gadis berusia 22 tahun ini telah menggayakan kostum nasional rekaan Ain Mohamed yang diinspirasikan daripada Bunga Telur yang menjadi satu tradisi dalam majlis perkahwinan orang Melayu.
Dalam satu hantaran di Instagram, Miss Grand Malaysia 2023 ini menerangkan tentang kisah di sebalik inspirasi kostum nasional yang digayakannya.
“Dalam adat Melayu, telur yang ada dalam bunga telur mewakili kesuburan. Oleh itu ia dianggap sebagai mendoakan agar sesuatu pasangan beroleh kesuburan dan diberikan zuriat dalam masa terdekat.
“Namun, ada juga yang memecahkan tafsiran bunga telur iaitu Bunga pahar adalah kuntuman bunga yang diikat pada telur dan dipacak pada pulut kuning di kiri dan kanan mempelai manakala bunga telur pula sebagai buah tangan yang diberikan kepada para hadirin yang datang bertandang ke majlis perkahwinan,” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Acara akhir Miss Grand International 2023 bakal berlangsung pada malam 25 OKtober 2023 ini bertempat di Stadium Tertutup Phu Tho, Ho Chi Minh, Vietnam.
Imbas kembali, Malaysia telah menghantar wakil ke pertandingan ini sejak edisi pertama lagi pada 2013. Setakat ini wakil negara sudah berjaya tembus ke peringkat top 20 sebanyak dua kali pada tahun 2016 dan 2021 menerusi perwakilan Ranmeet Jassal dan Lishalliny Kanaran.
Manakala pada tahun 2020, Jasabel Robert berjaya tembus ke kedudukan top 10 apabila memenangi segmen Fan Vote. Adakah Kash akan berjaya menempatkan diri dalam kalangan 20 terbaik? Sama-sama kita nantikan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi seorang remaja cemerlang, hafiz 30 juzuk dan pelajar 10A+ SPM yang berani menolak tawaran besar demi mengejar impian menjadi juruterbang. Keteguhan prinsipnya menyentuh hati ramai.