Isu parkir berganda atau ‘double park’ sering terjadi kerana tempat letak kereta yang disediakan begitu terhad dan juga kerana sikap mementingkan diri sesetengah pemandu.
Sebenarnya, situasi double parking ni secara faktanya adalah antara perkara biasa yang orang Malaysia akan hadapi saban hari. Malah, bukan hanya di Malaysia, di luar negara juga begitu terutamanya di negara China.
Kebanyakan kita hanya akan mengadu, bising dan komplen pasal masalah ni. Jarang kita dengar ada orang ambil satu langkah ke depan untuk selesaikan isu ni.
Memandang serius hal ini, robot dicipta oleh sebuah syarikat teknologi Shenzhen Shanyi Technologies, yang fokus pada menyelesaikan masalah tempat letak kereta dengan mengabungkan solusi pemanduan AI bersepadu dengan robot mereka.
Hal ini juga tular di media sosial apabila rakaman video menunjukkan sebuah robot digunakan untuk mengalih kereta yang diletakkan secara double-parking. Dalam video itu kelihatan satu robot meluncur ke bawah kenderaan-kenderaan itu dan mengalihnya tempat lain, sambil dikawal oleh seorang penguatkuasa yang berada di lokasi berhampiran.
Ads
Tambah syarikat itu lagi, solusi itu sesuai digunakan secara meluas di kawasan trafik statik yang kekurangan tempat letak kereta, seperti kawasan pejabat komersial, lapangan terbang, stesen kereta api berkelajuan tinggi, hospital dan kawasan kediaman.
Ads
Solusi tersebut boleh mengurangkan pelepasan karbon kereta di tempat letak kereta dengan berkesan dan mengurangkan masa menunggu untuk kereta double parking dialihkan — sekiranya ada kenderaan lain menghalang kereta anda, robot ini dapat mengalihkannya dengan cekap dan efisen dalam masa 20 saat sahaja.
Agaknya bila robot ini akan digunakan di Malaysia? Pasti tiada lagi ”drama” pergaduhan dan khianat disebabkan isu double-parking ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Belum reda dengan penularan wabak Virus Corona di seluruh dunia, kini satu lagi wabak misteri telah mengakibatkan kematian ribuan ekor khinzir di Bali Indonesia.
Insiden yang berlaku secara misteri sepanjang 2 bulan yang lalu itu mengejutkan ramai orang memandangkan ia berlaku di pulau yang popular di kalangan pelancong itu.
Malah, ramai yang khuatir sekiranya ia mempunyai kaitan dengan Demam Babi Afrika (ASF) yang dikesan berlaku di Selatan Filipina, 3 hari lalu.
Menurut Ketua Pusat Penyelidikan Veterinar Denpasar, beliau berkata sampel darah daripada khinzir yang mati itu telah dihantar untuk penyelidikan di Medan, Sumatera Utara untuk disiasat.
Jelas beliau lagi, ada 3 jenis penyakit yang selalu dikaitkan dengan haiwan tersebut iaitu Septikemia Epizootica, Babi Kolera dan African Swine Fever (ASF) Dan besar kemungkinan, kematian ribuan khinzir ini berkait rapat dengan salah satu daripada simptom itu.
*
Untuk pengetahuan, hampir 50,000 ekor khinzir turut dilaporkan mati di seluruh utara Sumatera sejak beberapa bulan yang lalu.
Mungkin ada sebab mengapa sesetengah haiwan diharamkan dalam agama Islam untuk dimakan.
Sebelum ini tular di media sosial kisah seorang makcik gelang pink yang didapati makan di sebuah café d Meru Raya, Ipoh.
Di saat gambarnya ditularkan, makcik berusia 72 tahun itu sedang menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh selepas didapati positif COVID-19 selepas menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari selepas kembali ke tanah air pada 4 Julai lalu.
Terbaru, BERNAMA melaporkan ‘makcik gelang pink’ telah dijatuhkan hukuman penjara sehari dan didenda RM8,000 hari ini kerana ingkar perintah pengawasan dan pemerhatian ketika dalam tempoh kuarantin wajib.
Keputusan dibuat di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini.
Wanita warga emas dikenali sebagai ‘makcik gelang pink’ sebelum ini, didakwa melanggar perintah pengawasan dan pemerhatian yang dikeluarkan di bawah Seksyen 15 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Sebelum ini, rata-rata netizen mengecam dan menyuarakan kemarahan tindakan wanita ini disaat “gambar makcik tertangkap” selamba makan di luar walau pun perlu menjalani kuarantin di rumah.
So apa pendapat korang, rasa setimpal tak hukuman yang diterima makcik pink ni?
Sumber : Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu perkataan yang boleh digambarkan tentang Pak Cik Kuan ni ialah ‘salute’ dengan sikapnya.
Nama Uncle Kuan ini, mungkin bukan asing lagi dikalangan masyarakat kita. Walau berlainan bangsa tetapi beliau banyak membantu masyarakat malah amat “popular” di kalangan golongan tidak berkemampuan.
Banyak perkara baik dilakukannya. Misalannya memperkenalkan tambang teksi hanya 10 sen dan banyak lagi kebaikan dilakukannya kepada golongan susah.
Malah baru-baru ini, Uncle Kentang gembira dengan semangat Malaysia tanpa mengira kaum sehingga dapat mengumpul wang dalam tempoh dua hari untuk membeli sebuah van jenazah.
Berita baik. Jumlah terkumpul Van Jenazah ke 6 adalah RM 83,000. Kita perlu RM 7 000 untuk tutup buku dan hadiahkan Van…
Dia berjaya mengumpul sebanyak RM90,000 dalam tempoh dua hari melalui laman Facebook bagi membeli sebuah van jenazah.
Menerusi laman sosial Facebooknya, Uncle Kentang berkongsi penghargaan itu untuk tatapan umum.
“Sejarah bagi kita semua. van jenazah berjaya direalisasikan melalui laman sosial Facebook.
“Terima kasih. Kita berjaya hasilkan van jenazah melalui kutipan derma di Facebook dalam masa 2 hari.
“Ini membuktikan kerjasama dan perpaduan dalam Malaysia wujud dan kental. Tabik kepada anda semua. Hidup Malaysia!” tulisnya dalam Facebook dengan penuh semangat.
Uncle Kentang menunjukkan keadaan van jenazah hasil sumbangan orang ramai melalui Facebooknya.
Uncle Kentang dikenali apabila sering mendapat liputan dalam media elektronik dan cetak. Dia banyak melakukan sumbangan amal kepada golongan yang memerlukan baik dalam bentuk barangan keperluan, termasuk wang hingga perkhidmatan ambulans percuma serta mewujudkan polis komuniti.
Cuma baru-baru ini, Uncle Kuan menyatakan bajetnya sudah habis dan tidak dapat memberi perkhidmatan baik seperti dahulu.
Wah mulianya Uncle Kuan ni kan, moga kita semua diberikan ‘hidayah’ dan peluang untuk melakukan kerja-kerja amal kebajikan ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!