Semangat kental seorang lelaki cacat penglihatan yang berjaya menamatkan larian sejauh 21 kilometer (km) nyata menyentuh hati ramai warganet.
Kisah inspirasi itu dikongsikan menerusi akaun TikTok milik Adry Fazmi, yang memaparkan lelaki tersebut gigih berlari sambil dibantu oleh ahli keluarga serta rakan-rakan tersayang sepanjang acara berlangsung.
Dalam klip berkenaan, lelaki itu turut meluahkan rasa syukur atas kejayaannya menamatkan larian yang disifatkan sebagai satu pencapaian luar biasa dalam hidupnya.
Ads
“Sebagai seorang yang cacat penglihatan, berlari sejauh 21 km terasa seperti mimpi yang tidak dapat dicapai.
“Tetapi dengan sokongan keluarga, pasangan dan kalangan kawan yang betul, saya mendapat kekuatan untuk terus bergerak kerana tiada yang mustahil,” ujarnya penuh semangat.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bangga dan terharu terhadap semangat luar biasa lelaki tersebut, malah memuji keikhlasan insan-insan tercinta yang sentiasa berada di sisi.
“Awak istimewa dik, berjaya menamatkan larian serta dikelilingi kawan-kawan positif yang bagi semangat. Tahniah!” komen pengguna bernama Zura Zainal.
Ads
“Kamu sudah menang dalam hidup bang sebab dikelilingi keluarga dan rakan-rakan yang baik macam itu. Semoga sentiasa dirahmati,” tulis pengguna yang lain.
“Terharu betul dengan semangat dia. Tahniah untuk keluarga dan kawan-kawan awak dik yang terus kekal sehingga garisan penamat. Bangga dengan anda semua,” balas seorang lagi pengguna.
Ads
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Adry Fazmi
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam beberapa hari ini kisah bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah sunyi dari kritikan netizen. Di media sosial dapat dilihat rakyat begitu “bebas bersuara” bertanya bagaimana seorang Datuk Seri yang juga suspek utama Macau Scam berjaya melarikan diri dengan memanjat pagar di bangunan tersebut.
Mereka hairan bagaimana seorang individu berbadan besar mampu memanjat pagar jenis anti climb sebelum didedahkan ada tiga pengawal keselamatan Datuk Seri itu membantu dengan menjadi tangga kepada Datuk Seri berkenaan memanjat badan mereka sebelum melompat keluar dari pagar tersebut.
Dalam satu perkongsian Harian Metro, hal ini dirancang dalam tempoh dua minit sahaja seolah-olah sudah ada tangan-tangan ghaib yang membuat perancangan teliti bagi membantu Datuk Seri berkenaan melarikan diri.
Seolah-olah dirancang dari awal dengan penuh teliti. Malah, kedudukan pagar keselamatan jenis anti-climb, jalan pintas dan susun atur sekitar Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, diselidik terlebih dahulu.
Semua itu membolehkan dalang utama sindiket cuci duit atau pengubahan wang haram berusia 32 tahun terbabit melarikan diri tanpa disedari pihak berkuasa dalam kejadian jam 6.30 petang Ahad lalu.
Difahamkan, suspek yang mendakwa sebagai Datuk Seri itu meloloskan diri dengan bantuan tiga pengawal peribadinya yang bertindak cekap dalam tempoh kurang dua minit.
Dia sebelum ini ditahan SPRM pada 2 Oktober sebelum direman sehingga Ahad lalu susulan siasatan kes pengubahan wang haram membabitkan artis.
Sumber berkata, dua daripada pengawal peribadi suspek berperanan sebagai 'kuda' bagi membolehkan suspek memijak belakang tubuh mereka untuk melepasi pagar setinggi hampir dua meter itu.
Menurutnya, seorang lagi pengawal peribadi suspek menyambutnya di luar pagar sebelum mereka melarikan diri dengan menaiki Perodua Myvi.
Tetapi apa yang nyata, netizen tidak pernah kering idea untuk “membahan” kerana mereka telah menyiapkan satu video dari aksi filem Tamil bagaimana seorang hero berjaya melarikan diri dari penjara selepas pagar atasnya di potong. Lebih mengharukan sebahagian penghuni penjara itu menjadi tangga, seolah-olah sama seperti perlakuan bodyguard yang membantu Datuk Seri itu melarikan diri. Hish la korang nie, memang kelakar sungguh.
Tengok video di bawah:
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Alhamdulillah! Walau berdepan pelbagai ujian termasuk baru-baru ini pihaknya boleh dihukum denda RM100,000 atau penjara tiga tahun jika meneruskannya misi bantuan di Semporna, Sabah namun jiwa untuk berbakti kepada masyarakat tak pernah pudar.
Terbaru, Ustaz Ebit Lew memuat naik perkongsian dirinya membantu seorang pelajar pintar yang menghadapi kesukaran untuk melanjutkan pelajaran disebabkan keadaan kewangan keluarga yang tidak mengizinkan.
Allahuakbar, mulianya hati Ustaz. Ya pedulilah dengan kata-kata orang, janji Allah tahu apa Ustaz lakukan. Ya teruskan usahamu Ustaz Ebit Lew, kami sentiasa menyokong.
Bacalah perkongsiannya. Memang menusuk hati.
Pagi ini ke Tumpat. Saya sampai dekat pintu terus adik Nurul Asma Alya dan maknya menangis kuat. Ya Allah doa saya dikabulkan.
Saya terbaca kisah adik ni pelajar mrsm tumpat cemerlang. Kemudian diploma in accounting kpm dapat 3.95. Tak mampu nak sambung Association of chartered certified accountants ( ACCA).
Saya akan Taja penuh 40 ribu lebih untuk 2 tahun setengah termasuk penginapan. Tadi saya dah call universiti dan mereka terima kemasukannya bulan April. Kami hadiahkan juga laptop. Dan router serta wifi. Wifi oleh digi free setahun. Beri sedikit duit sumbangan buat mak adik ini.
Saya jadi sedih sebab keluarga ini asyik menangis cakap terima kasih. Semoga adik esok-esok dapat bahagiakan mak dan bantu ramai orang diluar sana yer
Terima kasih masyarakat setempat. Terima kasih jkm beri bantuan bulanan. Terima kasih zakat. Terima kasih yb dan menteri. Terima kasih ngo dan masjid. Terima kasih penghulu dan ketua kampung. Terima kasih media yang melaporkan. Terima kasih semua yang tag saya. Syukur pada Allah..-ebitlew
Peminat pasukan bola sepak Sepanyol, FC Barcelona tentunya berdukacita pagi ini selepas mendengar perkhabaran mengenai perpisahan kelab itu dengan bintang sensasinya, Lionel Messi.
Enggan membiarkan spekulasi liar berterbangan, FC Barcelona segera mengumumkan perkara tersebut menerusi platform media sosial mereka, kira-kira 6 jam yang lalu.
Menurut kenyataan dalam dwi-bahasa itu, pada bulan lalu, FC Barcelona dan Messi sama-sama telah bersetuju dengan terma kontrak baharu Messi dan merancang untuk menandatanganinya semalam.
Messi dilaporkan akan disambung untuk tempoh lima tahun lagi walaupun gaji pemain itu akan mengalami penurunan sebanyak 50 peratus dari gaji asas 45 juta Euro kepada hampir 20 juta Euro saja.
Namun, semua itu bertukar angan-angan dalam sekelip mata disebabkan ‘halangan kewangan dan struktur’ yang merujuk kepada peraturan La Liga di Sepanyol.
Peraturan itu menetapkan sejauh mana sesebuah kelab bola sepak boleh berbelanja untuk para pemain berbanding keuntungan yang diperolehi daripada penjualan pemain mereka kepada kelab lain. Untuk mengekalkan Messi, FC Barcelona perlu melepaskan pemain lain daripada kelab dan mereka gagal berbuat sedemikian.
Kali terakhir kontrak Messi dengan FC Barcelona diperbaharui adalah pada tahun 2017 dan ia dilaporkan bernilai USD675 juta. Namun disebabkan peraturan La Liga ini, Messi tidak mampu untuk terus bergelar pemain kelab tersebut selepas ini.
“Kedua-dua pihak amat mengesali hal ini apabila keinginan kelab dan pemain tidak dapat dituruti. FC Barcelona dengan ini ingin memberi penghargaan kepada pemain yang telah memberikan sumbangan yang tidak terhingga kepada kelab ini dan kami ucapkan selamat maju jaya untuk masa hadapan peribadi dan kerjayanya,” ulas kelab itu.
Di atas kertas, kegagalan memperbaharui kontrak Messi ini nampak seperti bukan kesalahan mana-mana pihak dan ia disebabkan oleh soal peraturan liga. Namun, ada kata-kata nakal yang berpendapat ia sengaja ‘tidak disambung’ selepas hubungan Messi dan kelab itu rengang pada Ogos tahun lalu. Messi pernah tidak sekepala dengan presidennya, Josep Maia Bartomeu namun dipaksa untuk kekal bermain untuk FC Barcelona.
Malah, agak pelik apabila ‘pemergian’ Messi ini dilakukan secara tiba-tiba dan tanpa apa-apa ucapan awal dari rakan kelabnya, bekas pemain FC Barcelona mahupun presiden terkininya, Joan Laporta.
Bukan itu saja, sukar untuk kami percayai bahawa pemain sehebat Messi masih tidak mempunyai alternatif kelab bola sepak lain yang sedia ada menantinya sewaktu pengumuman dilakukan oleh FC Barcelona. Messi setaraf dan sepopular Cristiano Ronaldo dan David Beckham kot! Kalau korang masih ingat, kedua-dua pemain itu sudah diikat kelab lain sebelum mereka diumumkan akan meninggalkan kelab sedia ada; sebagai contoh Beckham dari Real Madrid ke LA Galaxy (2007) dan Ronaldo dari Real Madrid ke Juventus (2018).
Maka, tidak hairanlah apabila ada peminat bola sepak yang mempersoalkan ketulenan alasan yang diberikan oleh FC Barcelona ini. Mungkinkah kelab itu sedang merancang sesuatu yang kita semua tidak tahu?
*
Untuk pengetahuan, Messi telah mempunyai pertalian yang cukup lama dengan FC Barcelona setelah dia memulakan kerjaya sebagai pemain cilik di program remaja kelab tersebut, La Masia pada usia 13 tahun.
Sejak 2004, kapten pasukan bola sepak Argentina itu terus bermain secara profesional untuk FC Barcelona dan telah menjaringkan 120 gol dalam Liga Juara-Juara Eropah; kedua terbaik selepas Cristiano Ronaldo yang pernah mewakili Real Madrid.
Messi membantu pasukan Barcelona memenangi trofi Copa del Rey pada April 2021. Sumber Foto : Reuters
Sepanjang 778 kemunculan bersama FC Barcelona, beliau telah menjaringkan sejumlah 672 gol untuk membantu kelab itu menjuarai liga sebanyak 10 kali, empat kejuaraan Champions League dan tiga kejohanan Piala Dunia Kelab.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi seorang remaja cemerlang, hafiz 30 juzuk dan pelajar 10A+ SPM yang berani menolak tawaran besar demi mengejar impian menjadi juruterbang. Keteguhan prinsipnya menyentuh hati ramai.