Kahwin muda! Darah juga masih muda! Belum mampu membuat keputusan dengan tepat hingga berakhir dengan tragedi.

Jika di negara kita memerlukan undang-undang dan kebenaran mahkamah untuk berkahwin di bawah umur (16 tahun bagi perempuan) tetapi di negara seberang, tidak menjadi soal. Tidak hairanlah pada usia 14 tahun, sudah ramai anak gadis mendirikan rumah tangga. Namun kerana ketidakmatangan mengemudi bahtera rumahtangga, ia berakhir dengan tragedi pembunuhan.

Di Lingkungan Harapan Tallumae, Mukim Bukaka, Daerah Tanete Riattang, Bone Sulawasi Selatan heboh dengan kisah seorang suami menikam isterinya sebanyak 20 kali tidak sampai sebulan keduanya bernikah.

Selmi, 14 tahun maut dibunuh suaminya sendiri, Kamaluddin, 20 tahun pada Jumaat lalu.

Firasat Gadis 14 Tahun Jadi Kenyataan, Maut Di Tangan Suami Tak Sampai Sebulan Nikah
.

IKLAN

Menurut laporan Tribun Bone, biar sudah lama menjalin hubungan cinta, selepas bernikah pasangan suami isteri muda ini kerap bergaduh mulut tetapi kemudian berbaik semula selepas dinasihatkan oleh orang tua mereka.

Menurut jiran terdekat pasangan ini, pada malam sebelum kejadian, kedengaran keduanya masih bergelak ketawa sebelum Selmi (sebelum ini tinggal di rumah keluarga Selmi) dibawa oleh suaminya pulang ke rumah orang tuanya. Namun Selmi enggan mengikut suaminya pulang tetapi kemudian akur apabila dipujuk oleh kedua orang tuanya.

“Aku Ikut Dia, Pulang Tinggal Jasad”

IKLAN

Bahkan sebelum keluar melangkah dari rumah ibu bapanya, Selmi sempat memberitahu jika dia mengikut suaminya pulang pada malam itu, dia tak akan kembali lagi sebaliknya hanya jasadnya sahaja yang akan pulang.

“Aku akan mati jika mengikutnya. Namun memikirkan usianya masih muda, kedua orang tuanya siap memujuk.

Dan ternyata firasat gadis ini menjadi kenyataan apabila maut di tangan suaminya sendiri. Dalam pada itu dimaklumkan punca pembunuhan ini terjadi selepas Selmi mengakui sudah tiada lagi perasaan cinta kepada suaminya dan kerana itulah suaminya beremosi hingga bertindak di luar batasan.

IKLAN

Firasat Gadis 14 Tahun Jadi Kenyataan, Maut Di Tangan Suami Tak Sampai Sebulan Nikah
.

Suami ada kes jenayah bunuh

Dalam pada itu, siasatan pihak berkuasa mendapati Kamaluddin pernah dihukum penjara atas kes bunuh seorang lelaki dan dia dijatuhi hukuman 7 tahun oleh pihak berkuasa. Malah ketika baru setahun menjalani hukuman penjara dan di saat perlu dipindahkan ke penjara lain, tidak tahu bagaimana Kamaluddin boleh dibebaskan.

Ternyata, tidak mudah untuk mengemudi bahtera rumah tangga pada usia muda apatah lagi bersikap panas baran. Sepatutnya belajarlah mengawal emosi kerana apabila menurut nafsu, padah buruknya. Sumber / gambar : Tribun Bone

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI