Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hari ini selepas didapati bersalah membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu.
Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain (tengah) bersama ibu bapanya, Hawa Osman, 61 dan Zulkarnain Idros, 60.
Enam orang bekas penuntut berusia 28 tahun itu ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Alif Najmudin Azahat, Mohamaf Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.
Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Hakim Datuk Hadhariah Ismail bersama Mohamed Zaini Mazlan serta Datuk Azmi Ariffin selepas menerima rayuan pihak pendakwaan.
Ads
Ia sekaligus mengenepikan hukuman penjara 18 tahun yang pernah disabitkan ke atas keenam-enam tertuduh pada tahun 2021.
Ketika membaca keputusan penghakiman sepanjang 232 perenggan lebih tiga jam, bermula jam 9.10 pagi, Hadhariah berkata, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terkhilaf apabila meminda pertuduhan dihadapi kesemua tertuduh daripada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.
Ads
Terdahulu pada 2 November 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap enam bekas penuntut UPNM berkenaan bermula dari tarikh tangkap 1 Jun 2017.
Hukuman itu diputuskan mengikut Seksyen 304 (A) Kanun Keseksaan selepas mempertimbangkan pelbagai aspek termasuklah semua pihak yang terjejas terutama keluarga mangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu.
Inilah pepatah yang sesuai penulis ungkapkan tentang kemenangan Alejandra Marisa Rodriguez dalam pertandingan Miss Universe Buenos Aires di Argentina, baru baru ini.
Wartawan berusia 60 tahun itu berjaya mengalahkan 34 peserta lain yang mana mereka rata-rata berusia dalam lingukngan 18 ke 73 tahun.
Alejandra memenangi mahkota berprestij itu sekaligus mewakili Buenos Aires ke peringkat kebangsaan bagi merebut gelaran Miss Universe Argentina yang bakal diadakan pada Mei nanti.
Merupakan seorang peguam dan wartawan dia dilihat mewakili paradigma baharu dunia ratu cantik yang mana usia bukan lagi halangan.
“Saya sangat teruja untuk mewakili paradigma baru ini dalam pertandingan ratu cantik kerana kami sedang merasmikan peringkat baharu di mana wanita bukan sahaja kecantikan fizikal tetapi satu lagi set nilai,” ujarnya kepada media.
Tidak mempedulikan kata-kata sinis sesetengah pihak, wanita berambut panjang hitam pekat ini merupakan seorang yang percaya pada visi yang jelas.
“Saya harus mengakui bahawa saya sering mengabaikan apa yang orang lain katakan. Saya tetap fokus pada matlamat saya dan berazam untuk mencapainya,” kongsinya.
Imbas kembali, organisasi Miss Universe mengumumkan pada September 2023 bahawa ia tidak lagi mempunyai had umur untuk peserta pertandingan.
Mulai tahun ini, mana-mana wanita berumur 18 tahun ke atas layak bertanding. Sebelum ini, hanya wanita berumur 18–28 tahun boleh menyertai pertandingan itu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim dilaporkan stabil selepas berjaya menjalani pembedahan kedua petang semalam susulan disimbah asid di sebuah pusat membeli belah pada Ahad lalu.
Faisal yang lebih senang disapa Mickey, sebelum ini mengalami kelecuran tahap empat, kini sedang mendapatkan rawatan lanjut di sebuah Hospital Swasta Shah Alam.
“Faisal telah menjalani pembedahan selama tiga jam. Keadaan Faisal stabil dan saya akan melawat dia hari ini untuk mengetahui status terkini”, kata Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar.
Asid sulfurik pekat merupakan bahan kimia yang digunakan oleh si pelaku ketika menganiaya Faisal hingga menyebabkan dia mengalami kelecuran tahap empat di bahagian muka, leher, lengan dan badan.
Sebelum ini, pemain bola sepak Selangor FC itu dilaporkan masih terbatas dari segi percakapan dan pergerakan selepas pembedahan pertama. Susulan daripada itu, pemain itu juga dikatakan berisiko untuk bersara lebih awal daripada kancah bola sepak.
Kami mendoakan agar Faisal cepat sembuh dan semakin pulih sihat seperti sedia kala. InshAllah…
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Susulan kejadian kebakaran saluran gas di Jalan Putra Harmoni Putra Heights pada hari Selasa, bukan hanya penduduk yang diselamatkan oleh anggota bomba tetapi juga haiwan peliharaan yang terperangkap di dalam rumah di taman kejiranan berkenaan.
Pegawai Bomba Sukarela Shah Alam, Datuk Dr Ken Foo Kwok berkata kepada pihak media semalam, sejumlah enam ekor haiwan peliharaan termasuk dua ekor anjing, tiga ekor arnab dan seekor hamster berjaya diselamatkan setelah ditemui di tiga buah rumah terjejas.
Kongsinya, anjing-anjing berkenaan ditemui di luar rumah manakala arnab serta hamster pula di dalam rumah.
Sejurus penemuan selepas insiden terbabit, kesemua haiwan peliharaan itu dikejarkan terus ke pusat veterinar Taman Megah di sana untuk pemeriksaan lanjut.
Dalam pada itu, pemilik tiga ekor arnab berkenaan yang dikenali sebagai Yap, 60-an berkata, beliau hanya sempat membawa seekot tupai peliharaan bersamanya selepas terdengar bunyi letupan.
Yap bersama arnab peliharaannya yang berjaya diselamatkan. FOTO: Sinar Harian
Yap cuba membawa kesemua enam ekor haiwan peliharaannya termasuk seekor lagi arnab dan seekor tikus belanda ke dalam kenderaannya.
Namun usahanya itu gagal disebabkan suhu sangkar besi yang terlalu panas.
Tinjauan REMAJA di ruangan komen di media sosial mendapati orang ramai turut gembira apabila pihak Bomba tidak melupakan nasib haiwan peliharaan di kediaman terjejas.
Antara komen yang paling banyak diberikan termasuklah ucapan terima kasih kepada pihak berkuasa serta perasaan lega apabila nyawa haiwan di sana turut terbela.
Terima kasih Abang Bomba!
SUMBER: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah menyentuh hati seorang suami yang sanggup melakukan derma buah pinggang demi isterinya yang menghidap kegagalan buah pinggang tahap akhir menjadi definisi sebenar cinta dan pengorbanan.