Setiap kali menyaksikan pertandingan ratu cantik, segmen kostum nasional antara segmen yang dinantikan. Bukan sekadar persembahan, segmen ini jadi medan untuk memperkenalkan budaya dan juga kekayaan seni negara masing-masing.
Terbaru, Cassandra Yap yang kini berada di Jepun mewakili Malaysia di pentas Miss International 2023 telah berkongsi kostum nasional yang bakal digayakannya kelak. Tampak eksklusif, regal dan penuh dengan pengertian kesenian negara, kostum yang bakal digayakan menarik perhatian ramai.
Diberi nama ‘The Glory of Permaisuri’, kostum nasional yang dicipta oleh Faizal Azhar itu diinspirasikan daripada seni budaya Melayu seperti tepak sireh, bunga telur, cucuk sanggul, kain songket dan sulaman tekat.
Ads
Elemen-elemen ini disatukan dan digelar permaisuri yang melambangkan pemerkasaan wanita. Selain itu ia juga menjadi simbolik kepada adat dan tradisi yang dipelihara sejak dahulu sebagai khazanah negara yang tidak ternilai harganya.
Ads
Malam finale Miss International 2023 bakal diadakan pada 26 Oktober nanti. Imbas kembali, pertandingan ini sudah memasuki edisi ke-61 sejak penganjurannya pada tahun 1960. Pemegang takhta Miss International terkini ialah Jasmine Selberg yang berasal dari Jerman.
Kali terakhir Malaysia berjaya tembus sebagai semi-finalist adalah pada tahun 1965 dan sebelum itu pada tahun 1961. Adakah kemarau selama 58 tahun ini akan diakhiri Cassandra? Sama-sama kita nantikan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ya, perokok mungkin tak nak teruskan rutin harian mereka itu..
“Bukan tak nak berhenti, tapi susah!” kata mereka.
Kami pun sedar yang ramai remaja sukar untuk meninggalkan tabiat merokok atas faktor ketagihan bahan nikotin.
Tetapi, ulasan terbaru seorang pensyarah senior Fakulti Syariah dan Undang-Undang dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) iaitu Dr Muzaffar Syah Mallow ini akan menarik perhatian perokok.
Katanya, golongan perokok tak layak untuk menerima bantuan zakat walaupun mereka berpendapatan rendah. Ini kerana perokok dilihat masih mampu menyediakan duit membeli rokok – walaupun tak berkemampuan dan dilabel haram oleh fatwa Malaysia.
23 tahun telah berlalu sejak rokok diharamkan oleh Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam disebabkan bahana rokok kepada perokok dan orang di sekeliling terutamanya kanak-kanak dan golongan ibu.
Tetapi apa yang berubah? Nothing. Mereka masih tak kisahkan kesihatan sendiri dan orang di sekeliling.
Si ayah masih merokok di hadapan bayi mereka tanpa rasa bersalah.
Ada baiknya juga kalau zakat tak diberikan kepada golongan perokok. Apa pendapat korang?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Memang sedih jika berlaku kematian secara tiba-tiba, tambah jika berlaku pada usia muda dan tidak mempunyai sakit apa-apa. Ahli keluarga yang melalui momen sebegini pasti akan merasai trauma berpanjangan.
Membaca perkongsian dari Doktor Ahmad Samhan yang bertugas di Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Kuala Lumpur mengenai kisah seorang lelaki yang juga ayah kepada dua anak kecil meninggal dunia semasa hari raya haji baru ini mengundang sebak di dada.
Tiada punya sebarang sakit namun semasa ingin berjalan raya bersama anak isteri, lelaki ini dikejarkan ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur berikut mengadu sakit dada kiri. Biar segala usaha sudah dilakukan untuk menyelamatkannya di unit kecemasan namun serangan jantung mengejut menimpanya membuatkan arwah meninggal dunia. Pilihan gaya hidup tidak sihat, menghisap rokok 14 batang sehari mungkin menjadi asbab arwah mendapat serangan jantung secara tiba-tiba.
Kisah sebegini boleh menjadi tauladan buat perokok lain. Ya betul nyawa di Allah taala tapi jika kita tidak ingin mengubahnya (mengamalkan gaya hidup sihat), kita mungkin akan meninggalkan seribu masalah kepada anak isteri.
Baca perkongsian Dr Ahmad Samhan seperti dicatat di fbnya yang mendapat 7.8K perkongsian.
“Doktor, seorang pesakit tiba-tiba sakit dada dan tak sedarkan diri. Kurang dari 5 minit pesakit akan sampai”
Aku letak gagang telefon.
Selang beberapa minit, pesakit dikejarkan masuk ke zon merah dalam keadaan dadanya sedang ditekan (CPR).
Pesakit dalam lingkungan awal 30-an, berpakaian baju melayu. Mungkin mahu pergi beraya.
Masing-masing sudah tahu apa patut buat. Bagaikan refleksi. Nyawa pesakit perlu diselamat dalam masa yang singkat.
“Bagi saya ETT”,pintaku.
ETT(Endotracheal Tube) dimasukan dalam salur pernafasan.
“Check pulse”
“No pulse”
“Continue CPR!”
“Aderenaline has given”
Selang setiap 2 minit, nadi akan diperiksa dan penekan dada bertukar.
“Pesakit ini berumur 28 tahun, tiada masalah kesihatan. Dia seorang perokok. Sehari 14 batang.Tiba-tiba tak sedarkan diri selepas beberapa saat memegang dada sebelah kiri”
“Cardiac monitor showed VT(Ventricular Tachycardia) but no pulse”
“I’m clear, you’re clear, everybody’s clear”
Pesakit telah defibrilasi untuk memulihkan corak rentakan jantung kepada normal.
“Cardiac monitor showed asystole”
“Continue CPR!”
Keputusan darah untuk jantung (trop T) menunjukkan nilai 1100. Tak sedar dah hampir setengah jam kami berikan resusitasi namun masih tiada respon.
“Samhan, tolong explain pada keluarga,” kata pakar.
Kelihatan seorang wanita sedang duduk di ruang menunggu. Seorang anak diriba dan seorang lagi tertidur. Kepala di atas peha ibunya.
“Puan isteri kepada En. A?”
“Ya,saya”
Pasti sedih saat melalui momen-momen begini bagi ahli keluarga yang tinggal
“Saya Dr Samhan. Kami dah cuba sebaik mungkin tapi Allah lebih menyayangi suami puan. Kami minta maaf”
Wanita itu kelu tanpa kata. Anak yang diriba tiba-tiba menangis seolah-olah faham apa yang telah terjadi pada ayahnya.
Kalau dulu, serangan sakit jantung sinonim dengan orang tua tapi sekarang orang muda pula makin ramai diserang sakit jantung. Malahan yang diserang tak pernah ada sakit jantung dan aktif bersukan. Mungkin cara hidup (lifestyle), pemakanan dan tabiat merokok menjadi punca utama.
Benar, untuk ubah cara hidup dan berhenti merokok bukan sesuatu yang mudah. Bukan tak mahu berhenti. Dah berkali cuba tapi gagal. Terus kecewa dan berhenti untuk cuba lagi.
Tapi ingat, kita ada isteri yang perlu kasih sayang seorang suami, ada anak kecil yang dahagakan kasih sayang seorang ayah dan ada ibu ayah yang rindukan kehadiran seorang anak.
Kita perlu korbankan rasa kecewa untuk cuba terus berhenti merokok. Kita perlu korbankan rasa ketagih pada rokok. Kita perlu berkorban demi mereka.
Berkorbanlah sebelum kita terkorban!
Dr Ahmad Samhan
-Kita hidup bukan hanya untuk kita-
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika dahulu, hiasan tangan seakan inai yang berwarna putih ini hanya khas dipakai semasa majlis pernikahan saja.
Sekitar tahun 2015, ia mula mendapat perhatian ramai apabila selebriti Malaysia mula memakai ‘inai putih’ ini pada belakang telapak tangan mereka.
Sekarang, ‘inai putih’ tidak lagi eksklusif kepada musim perkahwinan saja malah ia boleh dipakai pada bila-bila masa. Semasa ke konsert contohnya, it will go really well with your Coachella-esque outfits.
Cuma ada satu perkara je yang ramai masih keliru mengenai ‘inai putih’ iaitu ia bukanlah INAI sebenar!
Lebih tepat jika dipanggil sebagai cat badan, ia selalu dijual dalam tiub kecil di stor yang menjual item solekan. Mengapa ia didatangkan dalam pakej sekecil itu adalah kerana ia mudah untuk kering ataupun mengeras jika mempunyai contact bersama udara.
Selalunya, ‘inai putih’ ini hanya boleh bertahan selama sehari je kerana ia mudah tertanggal jika tangan terkena air. Iyalah, takkanlah tak mandi pula satu hari kan.
Namun, rahsia untuk mengekalkan coraknya bagi 3-4 hari adalah dengan meletakkan baby powder di atasnya selepas siap ‘berkarya’. Korang pun boleh cuba menyapukan metalik nail polish di atas corak, ia akan mempunyai kesan tahan lama.
Sekarang popular dengan rekaan ‘inai putih’ bersama batu manik.
‘Inai putih’ ini tidak sah dibawa solat kerana ia bukanlah inai yang sebenar. Air wudhuk secara tak langsung tak boleh menembusi lapisan cat pada tangan. Sebaiknya, pandai-pandailah memakainya semasa datang bulan. Sekurang-kurangnya tak adalah sayang nak basuh semula tangan setelah baru 2 jam lukisan siap.
Bagi memudahkan korang untuk menanggalkan ‘inai putih’ ini, REMAJA mencadangkan agar korang rendam telapak tangan ke dalam besen air sabun selama 3-4 minit. Kemudian, sental dengan loofah sehingga kesemuanya hilang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sunway Square Mall larangan haiwan peliharaan dikuatkuasakan semula susulan arahan kerajaan negeri Selangor, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.