
Negara kita tidak kurang dengan tempat-tempat menarik yang boleh dilawati, kalau tidak tak mungkinlah ramai pelancong yang datang untuk bercuti ke sini.
Dari Utara sampailah ke Selatan, termasuklah Sabah dan Sarawak, terlalu banyak tempat menarik yang korang boleh pergi. Sesekali Cuti-Cuti Malaysia, apa salahnya.
Jika sebelum ini beberapa tempat seperti Pantai Seberang Takir dan jerami padi ala Texas telah pun dikomersilkan, kini kami nak kongsikan sebuah lagi port ‘baik’ untuk korang berOOTD, iaitu di Taman Lagenda Padang Serai.

Kawasan ini dipenuhi dengan bunga Lalang dan ramai yang mengambil kesempatan untuk merakamkan foto dan memuat naik dalam laman Instagram mereka.
Siapa sangka tempat yang kelihatan biasa sahaja tetapi boleh menjadi salah satu lokasi menarik buat Instagrammer.
Jom kita lihat antara gambar-gambar menarik yang dikongsi oleh Penang Foodie.



Namun begitu, sebelum korang pergi ada baiknya jika check dahulu tempat tersebut sama ada masih berbunga atau tidak. Mungkin sahaja ia hanya muncul pada waktu-waktu tertentu dan tidak boleh dijangka.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Watak Psiko Bawa Tuah, Shin Ha Kyun & Kim So Yeon Ungguli Anugerah Baeksang

Anugerah Seni Baeksang ke-57 telah pun mengumumkan pemenang bagi kategori televisyen dan filem Korea.
Acara gilang-gemilang ini berlangsung tanpa penonton di KINTEX Hall in Ilsan dengan menampilkan Bae Suzy dan Shin Dong Yup sebagai hos.
Berikut merupakan antara pemenang dalam Anugerah Baeksang ke-57.
DRAMA TERBAIK
Pemenang: JTBC “Beyond Evil”
• JTBC “Beyond Evil”
• tvN “It’s Okay to Not Be Okay”
• tvN “Flower of Evil”
• tvN “My Unfamiliar Family”
• Netflix “Extracurricular”

RANCANGAN HIBURAN TERBAIKKakaoTV “March of the Ants”
Pemenang: MBC “How Do You Play?”
• MBC “How Do You Play?”
• JTBC “Sing Again”
• tvN “You Quiz on the Block”
• SBS “Legendary Stage Archive K”
RANCANGAN PENDIDIKAN TERBAIK
Pemenang: KBS “Archive Project – Modern Korea 2”
• EBS “Architectural Exploration – House Season 3”
• SBS “The Story of That Day In Which The Tail Bites The Tail” (literal title)
• KBS “Archive Project – Modern Korea 2”
• JTBC “Differential Class”
• SBS “Battle of the Century: AI vs Human”
PELAKON DRAMA LELAKI TERBAIK
Pemenang: Shin Ha Kyun – JTBC “Beyond Evil”
• Kim Soo Hyun – tvN “It’s Okay to Not Be Okay”
• Song Joong Ki – tvN “Vincenzo”
• Shin Ha Kyun – JTBC “Beyond Evil”
• Uhm Ki Joon – SBS “The Penthouse”
• Lee Joon Ki – tvN “Flower of Evil”

PELAKON DRAMA WANITA TERBAIK
Pemenang: Kim So Yeon – SBS “The Penthouse”
• Kim So Yeon – SBS “The Penthouse”
• Kim So Hyun – KBS 2TV “River Where the Moon Rises”
• Seo Ye Ji – tvN “It’s Okay to Not Be Okay”
• Shin Hye Sun – tvN “Mr. Queen”
• Uhm Ji Won – tvN “Birthcare Center”

PELAKON PEMBANTU DRAMA LELAKI TERBAIK
Pemenang: Oh Jung Se – tvN “Its’s Okay to Not Be Okay”
• Kim Seon Ho – tvN “Start-Up”
• Kim Ji Hoon – tvN “Flower of Evil”
• Oh Jung Se – tvN “Its’s Okay to Not Be Okay”
• Lee Hee Joon – tvN “Mouse”
• Choi Dae Hoon – JTBC “Beyond Evil”
PELAKON PEMBANTU DRAMA WANITA TERBAIK
Pemenang: Yeom Hye Ran – OCN “The Uncanny Counter”
• Park Ha Sun – tvN “Birthcare Center”
• Shin Eun Kyung – SBS “The Penthouse”
• Yeom Hye Ran – OCN “The Uncanny Counter”
• Jang Young Nam – tvN “It’s Okay to Not Be Okay”
• Cha Chung Hwa – tvN “Mr. Queen”
PELAKON BARU DRAMA LELAKI TERBAIK
Pemenang: Lee Do Hyun – JTBC “18 Again”
• Kim Young Dae – SBS “The Penthouse”
• Na In Woo – KBS 2TV “River Where the Moon Rises”
• Nam Yoon Su – Netflix “Extracurricular”
• Song Kang – Netflix “Sweet Home”
• Lee Do Hyun – JTBC “18 Again”
PELAKON BARU DRAMA WANITA TERBAIK
Pemenang: Park Ju Hyun – Netflix “Extracurricular”
• Kim Hyun Soo – SBS “The Penthouse”
• Park Gyu Young – Netflix “Sweet Home”
• Park Ju Hyun – Netflix “Extracurricular”
• Lee Joo Young – OCN “Times”
• Choi Sung Eun – JTBC “Beyond Evil”
PENGHIBUR LELAKI TERBAIK
Pemenang: Lee Seung Gi – SBS “Master in the House,” Netflix “Busted Season 3”
• Moon Se Yoon – KBS 2TV “2 Days and 1 Night,” Comedy TV “Delicious Guys”
• Shin Dong Yup – KBS 2TV “Immortal Song,” SBS “My Ugly Duckling”
• Yoo Jae Suk – MBC “How Do You Play?,” tvN “Sixth Sense”
• Lee Seung Gi – SBS “Master in the House,” Netflix “Busted Season 3”
• Jo Se Ho – tvN “Yoo Quiz on the Block”
PENGHIBUR WANITA TERBAIK
Pemenang: Jang Do Yeon – MBC “I Live Alone” (“Home Alone“), JTBC “Don’t Be the First One!”
• Kim Sook – MBC “Where Is My Home,” KBS joy “Love Naggers“
• Song Eun Yi – JTBC “Nice Alone,” KBS 2TV “Problem Child in House”
• Jang Do Yeon – MBC “I Live Alone” (“Home Alone“), JTBC “Don’t Be the First One!”
• Jaejae – JTBC “Nice Alone,” TVING “Girls’ High School Mystery Class”
• Hong Hyun Hee – MBC “The Manager,” Channel A “My Golden Kids”
FILEM TERBAIK
Pemenang: “Samjin Company English Class”
• “Moving On”
• “Deliver Us from Evil”
• “Samjin Company English Class”
• “Voice of Silence”
• “The Book of Fish”

PELAKON FILEM LELAKI TERBAIK
Pemenang: Yoo Ah In – “Voice of Silence”
• Byun Yo Han – “The Book of Fish”
• Sol Kyung Gu – “The Book of Fish”
• Yoo Ah In – “Voice of Silence”
• Lee Jung Jae – “Deliver Us from Evil”
• Jo Jin Woong – “Me and Me”
PELAKON FILEM WANITA TERBAIK
Pemenang: Jeon Jong Seo – “The Call”
• Go Ah Sung – “Samjin Company English Class”
• Kim Hye Soo – “The Day I Died: Unclosed Case”
• Moon So Ri – “Three Sisters”
• Ye Soo Jung – “An Old Lady”
• Jeon Jong Seo – “The Call”
PELAKON PEMBANTU FILEM LELAKI TERBAIK
Pemenang: Park Sung Min – “Deliver Us from Evil”
• Goo Gyo Hwan – “Peninsula”
• Park Sung Min – “Deliver Us from Evil”
• Shin Jung Geun – “Steel Rain 2: Summit”
• Yoo Jae Myung – “Voice of Silence”
• Heo Joon Ho – “Innocence”
PELAKON PEMBANTU FILEM WANITA TERBAIK
Pemenang: Park Sung Min – “Deliver Us from Evil”
• Kim Sun Young – “Three Sisters”
• Bae Jong Ok – “Innocence”
• Lee Re – “Peninsula”
• Esom – “Samjin Company English Class”
• Lee Jung Eun – “The Day I Died: Unclosed Case”
PELAKON BARU FILEM LELAKI TERBAIK
Pemenang: Hong Kyung – “Innocence”
• Kim Do Yoon – “Peninsula”
• Ryu Soo Young – “Steel Rain 2: Summit”
• Park Seung Joon – “Moving On”
• Lee Bong Geun – “The Singer”
• Hong Kyung – “Innocence”
PELAKON BARU FILEM WANITA TERBAIK
Pemenang: Choi Jung Woon – “Moving On”
• Park So Yi – “Deliver Us From Evil”
• Shin Hye Sun – “Innocence”
• Jang Yoon Joo – “Three Sisters”
• f(x)’s Krystal – “More Than Family”
• Choi Jung Woon – “Moving On”
Lain-lain kategori:
- Pengarah Terbaik: Hong Eui Jeong (“Voice of Silence”)
- Pengarah Baru Terbaik: Yoon Dan Bi (“Moving On”)
- Lakon Layar Terbaik: “The Day I Died: Unclosed Case” (Park Ji Wan)
- Arahan Seni Terbaik: “Space Sweepers” (Jung Sung Jin and Jung Chul Min)
Amacam, korang puas hati tak dengan senarai pemenang yang diumumkan semalam?
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
Sumber: Soompi
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiket Konsert Dewa 19 Di KL Kini Sudah Dijual, Harga Bermula RM148

Kumpulan popular Indonesia, Dewa 19 akhirnya sah akan beraksi di Axiata Arena Bukit Jalil sempena Konsert Ulang Tahun ke-30 Dewa 19 pada 10 September depan.
BACA: Dewa 19 Bakal Beraksi Di Malaysia, Jualan Tiket Konsert Bermula Tiga Hari Lagi

Dewa 19 akan menjelajah 30 kota dengan membawakan sebanyak 30 lagu dan Kuala Lumpur turut tersenarai dalam salah satu kota konsert jelajah ini. Sebelumnya, kumpulan legend ini menjelajah di kota Indonesia termasuklah di Semarang, Malang, Lampung dan Surabaya.
Apa yang paling menarik, khabarnya buat pertama kali Dewa 19 bakal menghimpunkan empat vokalis handalan mereka, Ari Lasso, Once Mekel, Virzha serta Ello untuk beraksi di atas satu pentas.
Pembelian tiket sudah pun mula dijual pada pukul 11 pagi (18 Julai) di laman web ticket2u.com.my/dewa19.

Korang boleh dapatkan harga tiket serendah RM148 untuk early bird di level 4 dan paling mahal hanya RM488 di level 3.
So guys, jangan lepaskan peluang untuk melihat idola korang beraksi secara langsung di atas pentas dan korang boleh dapatkan tiket dengan segera sebelum ia habis dijual okay. Hiks!
BACA: Hidup Mewah Sejak Kecil, Ini 6 Selebriti Indonesia Yang Lahir Daripada Keluarga Kaya
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“3rd Child, First Boy” Titip Kesyukuran, Syafiq Yusof Timang Cahaya Mata Ketiga

Tahniah buat Syafiq Yusof & isteri!
Pengarah berkaliber, Syafiq Yusof berkongsi berita gembira atas kelahiran cahaya mata ketiganya, hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Tak Sampai Setahun Timang Cahaya Mata Sulung, Isteri Fizo Omar Kini Hamil 5 Bulan

Perkara tersebut dikongsikan pengarah filem Abang Long Fadil 3 itu menerusi sebuah hantaran terbaharu di entri Instagram miliknya sebentar tadi.
Menjengah pada hantaran itu, Syafiq ada memuat naik beberapa keping foto putera pertamanya yang diberi nama Muhamad Nu’Aiman.

“Alhamdulillah, Syukur Ya Allah… 3rd child, first boy. Muhamad Nu’Aiman Bin Muhamad Syafiq,” coretnya ringkas.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan ahli keluarga turut menumpang gembira selain mendoakan yang baik-baik buat bayi mereka tersebut.
“Syukur Alhamdulillah. Cucu kelapan dalam keluarga Haslam,” tulis ibu Syafiq, Datin Patimah Ismail dalam ruangan komen.

Sekadar informasi, Syafiq mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Aisyeah Zainal pada tanggal 5 April 2014 dan dikurniakan dua anak perempuan iaitu Nuur Jannah dan Nuur Nusaybah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Syafiq Yusof
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

