Bukit Bintang merupakan antara lokasi tumpuan di tengah kota Kuala Lumpur kepada masyarakat Malaysia dan pelancong asing. Kita sedia maklum betapa sibuknya kawasan tersebut kerana ia menghubungkan banyak pusat membeli-belah berdekatan.
Sehubungan itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang melaksanakan fasa pelintas pejalan kaki pelbagai arah di persimpangan lampu isyarat TL159 (scramblepedestrian) Jalan Sultan Ismail/Jalan Bukit Bintang.
Ads
Pelancaran sistem berlampu isyarat ini akan mula berkuatkuasa pada jam 12.00 pagi pada 19 Jun 2021.
Dengan perubahan ini, pejalan kaki dibenarkan untuk melintas ke semua arah. Ia demi mengoptimumkan masa melintas. Usaha ini dilaksanakan setelah kajian terperinci oleh DBKL di persimpangan dan kawasan tersebut.
DBKL sentiasa berusaha untuk memastikan keselamatan serta memudahkan pengguna jalan raya terjamin sama ada di kawasan pusat bandar atau di luar kawasan pusat bandar Kuala Lumpur.
Ads
Perubahan ini juga dapat memberikan keselesaan kepada pengguna jalan raya yang melalui jalan tersebut serta mengurangkan kadar risiko kemalangan.
Untuk gambaran lebih jelas, laluan pelintas pejalan kaki yang ingin dibangunkan adalah mirip laluan popular Shibuya Crossing di Jepun. Dengan adanya inisiatif ini, diharap laluan pejalan kaki menjadi lebih teratur dan selamat untuk pengguna jalan raya.
Ads
Malah, kami pasti ramai yang akan mengambil peluang untuk menjadikannya kawasan mengambil foto dan video seperti yang berlaku kepada Shibuya Crossing.
Perasmian Menara Merdeka 118 di ibu kota semalam telahpun berlangsung dengan gilang-gemilang setelah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke majlis tersebut.
Pada ketinggian 678.9 meter, akhirnya, menara kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa Dubai (828) meter itu sudahpun bersedia untuk menerima kunjungan tetamu dan isi menara yang rata-rata terdiri daripada pegawai korporat.
Titah baginda, pelancaran semalam merupakan satu titik bersejarah bagi negara Malaysia.
“Menara Merdeka 118, satu bangunan tertinggi di Asia Tenggara dan kedua tertinggi di dunia. Kita selaku rakyat Malaysia harus berasa bangga dan bersyukur kerana ini adalah acuan bentuk buatan ‘Made In Malaysia’.
“Malam ini juga istimewa apabila saya sekeluarga dapat memasyhurkan sebuah rumah Allah, ‘Masjid Al-Sultan Abdullah’ yang merupakan masjid utama di kompleks Menara Merdeka 118. Saya berharap dapat menunaikan sembahyang dalam masa terdekat di masjid berkenaan,” titahnya lagi.
Apa yang pasti, pelancaran semalam telah membuktikan kecanggihan yang ada pada Menara Merdeka 118.
Berlatarkan ruang angkasa Kuala Lumpur, majlis bertukar meriah dengan cahaya lampu berwarna-warni dan pancaran laser yang menghiasi bahagian menara yang direka khas oleh Fender Katsalidis dari Melbourne, Australia itu.
Untuk pengetahuan korang, Menara Merdeka 118 dimiliki PNB menerusi anak syarikat milik penuhnya, PNB Merdeka Ventures Sdn. Bhd.
Rekaannya merupakan satu bentuk memikri aksi laungan kemerdekaan oleh Almarhum Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Lokasinya juga simbolik apabila ia berdiri megah di hadapan stadium keramat, Stadium Merdeka yang menjadi saksi kepada detik kemerdekaan negara kita.
Terdahulu, Menara Merdeka 118 pernah diulit kontroversi setelah dua rakyat warganegara Rusia berjaya menyelinap masuk untuk mendaki ke puncak menara biarpun bangunan tersebut dilengkapi oleh ahli sekuriti yang cukup ramai.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
YEG Academy, bersama Meatech Training Centre dan IUC Kolej Universiti Innovatif, telah melancarkan kempen 2025 Kickstartyourcareer in Aviation yang menawarkan peluang kerjaya menarik dalam industri penerbangan.
Melalui kempen ini, mereka memperkenalkan dua program pendidikan iaitu Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Penerbangan dan Diploma dalam Bidang Penerbangan.
Menurut Pengarah Pemasaran YEG Academy, Azizulhakim Suhaimi, pihaknya menyasarkan seramai 1,000 pelajar untuk menyertai program ini pada tahun 2025. Dengan Malaysia yang kini sedang berusaha untuk menjadi hub penerbangan utama di Asia Tenggara menjelang 2030, peluang pekerjaan dalam bidang ini sangat besar.
Selain itu, beliau juga menambah bahawa mereka telah merangka program pendidikan yang mengikut kehendak industri supaya para pelajar dapat bekerja dengan mudah setelah tamat pengajian.
Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Penerbangan ditawarkan kepada mereka yang sudah bekerja. Yang menariknya, program ini menawarkan kelas pada hujung minggu sahaja, jadi para pelajar boleh sambung belajar sambil bekerja.
Bagi pelajar yang hanya ada SPM tetapi mempunyai pengalaman kerja yang lama, mereka masih boleh terus ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Zarul Umbrella Kongsi Pengalaman Dalam Penerbangan
Bukan sahaja daripada sudut pendidikan, tetapi dunia penerbangan juga penuh dengan peluang kerjaya yang menarik. Penyanyi dan pempengaruh penerbangan terkenal, Zarul Umbrella, telah berkongsi bahawa dunia penerbangan bukan sekadar tentang pramugari dan juruterbang.
Zarul yang pernah bekerja sebagai pramugara selama 17 tahun berkata ramai pekerja industri penerbangan, seperti pramugari dan pramugara, bekerja sehingga pencen kerana kerja tetap yang ditawarkan.
“Banyak orang tidak tahu, ada banyak lagi peluang pekerjaan dalam penerbangan selain pramugari dan juruterbang, seperti dalam bahagian operasi,” kata Zarul.
Sebagai seorang pempengaruh, Zarul berusaha untuk memberi pendedahan kepada lebih ramai anak muda, terutama mereka yang baru habis sekolah, tentang peluang yang ada dalam dunia penerbangan.
Pelajar Program Meatech Dapat Kerja Cepat!
Selain itu, kejayaan program latihan penerbangan Meatech dapat dilihat melalui kejayaan hampir 80% pelajar mereka yang mendapat pekerjaan dalam industri penerbangan selepas tamat latihan.
Sebagai contoh, Arisia Parikos, 22, seorang pelajar yang berasal dari Keningau, Sabah, mengikuti program Cabin Crew & Ground Handling selama tiga bulan. Sebelum tamat latihan, dia sudah menerima tawaran kerja sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan di POS Aviation KLIA.
Arisia bersyukur dengan peluang yang diberikan dan menganggap pengajian yang diikutinya memberi pendedahan dunia pekerjaan sebenar yang sangat berguna untuk masa depan.
Yang lebih menarik, program-program penerbangan ini juga menawarkan bantuan kewangan melalui PTPTN, PTPK, pengeluaran KWSP, dan pinjaman bank. Selain itu, pelajar yang mengikuti program sijil dan diploma turut menerima elaun sara hidup sebanyak RM600 sebulan.
Ini memberi peluang kepada semua golongan pelajar untuk menyertai program pendidikan dalam bidang penerbangan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Coklat bukan makanan yang asing bagi masyarat Malaysia, sejak kecil kita sudah didedahkan dengan makanan ringan ini. Walaupun makanan ringan, rupanya bagus ye makan coklat ni!
Ia bukan sebarang coklat, ia adalah coklat gelap atau Dark Chocolate. Coklat ini banyak beza daripada coklat biasa lain kerana kandungan kokonya lagi tinggi melebihi kandungan gula malahan rasanya agak pahit kerana itu adalah rasa koko yang sebenar.
1. Coklat gelap baik untuk jantung
Kajian menunjukkan bahawa makan sejumlah kecil coklat ini boleh membantu menurunkan tekanan darah. Ia juga memperbaiki aliran darah dan boleh membantu mencegah pembentukan darah beku serta membantu menyihatkan jantung anda.
2. Bantu rutin diet
Terdapat kajian dibuat pada 2012 yang menyatakan coklat yang dihidangkan bersama protein mampu mengurangkan nafsu makan dan membantu mengurangkan berat badan. Ia juga kerana coklat gelap mengandungi kandungan gula yang sangat rendah. Itu sebab rasanya pahit namun masih sedap di kalangan peminat coklat gelap.
3. Menjaga kesihatan otak
Coklat gelap meningkatkan kelancaran aliran darah ke otak dan juga untuk jantung. Masa yang sama ia boleh membantu meningkatkan fungsi kognitif atau membuatkan pemikiran anda lebih cepat. Ia juga membantu mengurangkan risiko strok.
4. Tinggi kandungan antioksidan
Ia amat efektif dalam membantu melambatkan proses penuaan serta mengurangkan penularan sel kanser dalam badan.
5. Tidak memberi kesan kepada gigi
Ramai orang sakit gigi sebab makan coklat biasa. Coklat ini membantu melindungi kesihatan gigi anda. Ia tidak seperti coklat lain yang boleh merosakkan enamel gigi kerana terdapat kandungan gula. Ingat, coklat gelap rendah kandungan gula atau sesetengah produk coklat gelap lain tidak mempunyai gula langsung.
Jadi, jangan rasa bersalah ye nak makan coklat tu!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!