IBU negara Malaysia, Kuala Lumpur menduduki tangga ke-18 secara global sebagai bandar raya terbaik untuk tahun 2024. Perkara itu dicapai berdasarkan tinjauan global yang dilakukan baru-baru ini.
Menurut Britons Ranking, Kuala Lumpur menjadi antara bandar raya yang menyerlah dalam senarai 37 bandar raya di seluruh dunia yang termasuk dalam senarai berkenaan.
Kuala Lumpur telah menewaskan bandar-bandar popular lain seperti Abu Dhabi (tangga ke-21), Dubai (tangga ke-31) dan Las Vegas (tangga ke-37).
Sementara itu, Sydney menduduki tempat pertama, diikuti dengan Cape Town di tangga kedua dan Chicago ketiga.
Manakala negara Asia lain pula adalah Kyoto (ke-4), Singapura (ke-5), Tokyo (ke-8), Bangkok (ke-12), Ho Chi Minh (ke-17), Hong Kong (ke-19) dan Hanoi (ke-23).
Ads
Senarai bandar terbaik 2024
Untuk info, penilaian itu dilakukan oleh lebih 1,800 responden yang menilai pengalaman mereka mengembara dunia di luar Eropah sejak tiga tahun lalu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Laluan Jadi Juruterbang Lepasan SPM: Apa Yang Perlu Anda Tahu
Perkara itu dikongsikan oleh seorang bekas kadet juruterbang, Feeq Azmir menerusi perkongsian di laman Threads yang menjelaskan secara terperinci laluan dan syarat untuk menceburi bidang tersebut.
Menurut Feeq, terdapat dua laluan utama untuk memasuki dunia penerbangan selepas SPM, dan setiap laluan mempunyai kelebihan serta kekangan tersendiri.
1. Program Kadet Juruterbang Syarikat Penerbangan
Laluan paling disarankan ialah melalui program kadet juruterbang di bawah syarikat penerbangan. Program ini dianggap sebagai laluan paling selamat kerana peluang pekerjaan lebih terjamin selepas tamat latihan.
View on Threads
Calon perlu melalui tiga hingga empat peperiksaan saringan yang ketat, termasuk ujian akademik, psikometrik, temuduga serta penilaian kesihatan. Jika terpilih, keseluruhan latihan penerbangan akan ditanggung dan diuruskan oleh syarikat penerbangan.
“Nak jadi pilot ni ada dua laluan. Satu airline cadet pilot programme, di mana kena ambil tiga ke empat exam sebelum dipilih oleh airline dan airline akan hantar awak pergi training. Kira job secured lah,” jelas Feeq.
2. Sekolah Penerbangan Swasta
Laluan kedua ialah mengikuti latihan di sekolah penerbangan swasta. Walaupun lebih mudah dimasuki, laluan ini kurang digalakkan kerana peluang pengambilan juruterbang baharu oleh syarikat penerbangan adalah lebih terhad.
“Airlines lagi prefer ambil lebih ramai cadet pilot daripada intake yang fresh graduate pilot,” katanya.
Graduan sekolah penerbangan swasta perlu memohon sendiri jawatan juruterbang dan bersaing dengan ramai calon lain, termasuk mereka yang sudah berpengalaman.
Syarat Akademik Penting Untuk Jadi Juruterbang
Bagi lepasan SPM yang menyasarkan laluan jadi juruterbang lepasan SPM melalui program kadet, pencapaian akademik memainkan peranan besar. Calon biasanya perlu memperoleh sekurang-kurangnya gred A dalam Bahasa Inggeris dan Matematik, serta sekurang-kurangnya satu gred B dalam Fizik atau Sains.
Bahasa Inggeris amat penting kerana ia merupakan bahasa rasmi industri penerbangan global. Matematik pula membentuk asas pemikiran logik, pengiraan dan penyelesaian masalah yang kritikal semasa operasi penerbangan.
Bagi kemasukan ke sekolah penerbangan swasta pula, syarat minimum yang ditetapkan adalah lima kredit SPM. Menurut Feeq, kecemerlangan akademik semata-mata tidak menjamin kejayaan tanpa disiplin dan minat yang mendalam.
“Kalau nak join private flying school, 5C sekurang-kurangnya. Tak perlu nak jadi genius untuk jadi pilot,” katanya.
Kos Latihan Tinggi & Tekanan Akademik
Salah satu realiti paling mencabar dalam laluan jadi juruterbang lepasan SPM ialah kos latihan yang sangat tinggi. Yuran latihan di sekolah penerbangan swasta boleh mencecah antara RM470,000 hingga RM515,000, yang perlu ditanggung sendiri atau melalui pinjaman bank.
Tempoh latihan biasanya mengambil masa sekitar dua tahun. Tahun pertama memberi fokus kepada pembelajaran teori yang melibatkan 14 kertas peperiksaan dengan markah lulus minimum 75 peratus. Kegagalan mencapai markah ini boleh menyebabkan pelajar gagal dan terpaksa mengulang, sekali gus menambah kos.
Tahun kedua pula melibatkan latihan penerbangan praktikal menggunakan pesawat kecil sehingga melengkapkan sekitar 200 jam penerbangan sebelum layak menamatkan pengajian.
Risiko Kerjaya & Realiti Selepas Tamat Latihan
Selepas tamat latihan, graduan sekolah penerbangan swasta tidak dijamin pekerjaan. Mereka perlu menunggu pembukaan pengambilan oleh syarikat penerbangan dan melalui proses pemilihan yang kompetitif.
Bagi kadet juruterbang di bawah syarikat penerbangan pula, mereka akan menjalani latihan tambahan untuk mengendalikan pesawat bersaiz besar sebelum dibenarkan terbang secara komersial.
Feeq menegaskan bahawa kerjaya ini bukan untuk mereka yang hanya mengejar status atau kemewahan semata-mata.
“Kalau setakat nak jadi pilot sebab atas dasar glamor, lupakan sahaja. It is a big risk career, but highly enjoyable if you have the guts to take it,” katanya.
Panduan Awal Buat Lepasan SPM
Kesimpulannya, laluan jadi juruterbang lepasan SPM memerlukan perancangan rapi, kesungguhan dan kefahaman mendalam tentang risiko yang terlibat. Ia bukan sekadar impian, tetapi satu komitmen jangka panjang yang menuntut disiplin, mental yang kuat serta sokongan kewangan yang kukuh.
Perkongsian seperti ini wajar dijadikan panduan awal buat lepasan SPM agar keputusan yang dibuat adalah berdasarkan realiti, bukan sekadar persepsi indah kerjaya juruterbang.
Ini merupakan berita baik buat semua pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara. Mereka boleh membuat pemohonan suntikan vaksin COVID-19 dengan lebih awal.
Menurut ciapan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), permohonan vaksin awal boleh dibuat melalui aplikasi MySejahtera.
Tangkap layar Twitter @JKJAVMY
Menurut ciapan ini, terdapat 3 langkah mudah. Pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara hanya perlu membuka aplikasi MySejahtera dan memilih ikon ‘Help Desk’.
Selepas menu mula, pemohon vaksin bakal dibawa ke halaman ‘Janji Temu Vaksinasi’ serta perlu mengambil pilihan A, khusus bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Foto sekadar hiasan
Korang hanya perlu mengisi maklumat bersama dokumen MySj ID, isikan nombor kad pengenalan atau pasport dan pilih, dan hantar dokumen berkaitan. Korang juga perlu memastikan maklumat yang telah diisi itu adalah tepat dan benar.
Dengan cara ini, korang boleh dapatkan vaksin dengan lebih awal dan ianya bakal memudahkan proses korang juga.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa tidak kenal dengan watak Upin & Ipin, sejak muncul di televisyen lebih satu abad, ia muncul sebagai siri animasi yang menjadi hiburan selain sebagai mendidik anak-anak.
Diterbitkan oleh Les’ Copaque, siri animasi yang berlatarkan suasana kampung serba santai diminati seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira usia.
Baru-baru ini, YouTube Les’ Copaque muncul sebagai saluran yang berjaya menjana pendapatan tertinggi di negara sejak diperkenalkan.
Menurut senarai yang terbitkan oleh CashNetUSA, saluran YouTube tersebut telah berjaya menjana pendapatan sebanyak $16.73 juta (RM71 juta).
Ia sekali gus menjadikan syarikat berkenaan yang juga pengeluar animasi Upin & Ipin antara lima saluran paling menguntungkan di Asia Pasifik.
Selain itu, menurut Saving Spot, saluran YouTube paling menguntungkan ketika ini adalah kandungan yang menyasarkan golongan kanak-kanak. Berdasarkan senarai itu juga, rancangan kanak-kanak Didi & Friends turut berjaya menjana $10.56 juta (RM45 juta) setakat ini.
Sekadar informasi, Les’ Copaque telah ditubuhkan pada Disember 2005 dan merupakan salah satu produksi terkemuka dalam industri animasi tempatan dengan penciptaan Upin & Ipin.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Hari Ibu tahun ini cukup bermakna buat aktor versatil, Aedy Ashraf apabila luahan penghargaan yang dititipkan buat ibunya yang juga pelakon, Liza Zain mengundang...