
KedahDalam laporan terkini EF English Proficiency Index 2025 (EF EPI) 2025, Kedah muncul sebagai negeri kedua terbaik di Malaysia dari segi penguasaan bahasa Inggeris dengan skor 588, hanya satu mata di belakang Pulau Pinang.
Menariknya, walaupun sering dilabel sebagai negeri berloghat “kasaq”, rakyat Kedah kini membuktikan mereka bukan sahaja petah dalam loghat tempatan, malah turut hebat dalam penggunaan bahasa Inggeris.

Selain Kedah dan Pulau Pinang, negeri seperti Pahang, Selangor dan Perak turut mencatatkan skor yang tinggi dalam laporan tersebut, sekali gus menunjukkan peningkatan positif dalam tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan rakyat Malaysia.
Secara keseluruhan, Malaysia berada di kedudukan ke-24 dunia dan muncul sebagai negara dengan penguasaan bahasa Inggeris terbaik di Asia.
Bagi kategori bandar pula, Kuantan, Shah Alam dan Seremban dilaporkan mendahului carta sebagai bandar dengan tahap penguasaan bahasa Inggeris tertinggi di negara ini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dua Pelajar Malaysia Cipta Sejarah! Berjaya Terpilih Lanjut Pengajian Di Harvard

Bukan sahaja bijak, tetapi dua gadis ini mempunyai jiwa yang besar! Baru-baru ini, dua pelajar dari Malaysia berjaya melakar sejarah apabila diterima masuk ke Kolej Harvard, iaitu institusi sarjana muda ternama Universiti Harvard di Amerika Syarikat (AS) untuk tahun akademik baharu yang akan berakhir pada tahun 2029.
Kedua-dua pelajar tersebut ialah Athena Siow dari Kuala Lumpur, yang akan melanjutkan pengajian dalam bidang sains data (kerajaan), dan Namira Lee Tzu dari Kuala Terengganu, yang bercadang mengambil jurusan sains dan kejuruteraan alam sekitar.
Apa yang lebih membanggakan, kedua-dua pelajar ini datang dari latar belakang pendidikan sekolah kerajaan dan jom kita kenali kedua individu yang layak dijadikan inspirasi buat golongan muda pada masa kini.

Menurut Presiden Kelab Harvard Malaysia, Wan Nadiah Wan Abdullah Yaakob berkata, Athena menerima biasiswa Yayasan UEM merupakan bekas pelajar Kolej Yayasan Saad.
Bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, beliau juga merupakan antara wakil Malaysia di Persidangan Belia COP 2023 di Dubai dan aktif memperjuangkan isu keadilan iklim, selain melatih lebih 100 gadis melalui program Pandu Puteri.
Selain itu, Athena turut aktif dalam mengajar catur secara percuma kepada anak muda di Melaka dan menjadi sukarelawan di sekolah pelarian setempat.

Manakala, Namira merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chung Hwa Wei Sin dan menerima biasiswa Global Permodalan Nasional Berhad (PNB) pula aktif dalam pemuliharaan alam sekitar dan perkara itu merupakan salah satu sebab beliau terpilih untuk Program Kepimpinan Belia Asia Tenggara yang ditaja oleh AS di Illinois serta Washington D.C.
Beliau juga menerima geran selama dua tahun berturut-turut yang digunakan untuk memulakan projek pemuliharaan penyu bersama pelajar sekolah menengah dan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF). Lebih menarik, projek pemuliharaan ini kemudian diperluaskan lagi kepada pelajar sekolah rendah Cina.

Sementara itu, Wan Nadiah turut menzahirkan rasa bangga apabila pelajar-pelajar dari Malaysia yang diterima masuk ke Harvard kini semakin ramai datang dari luar Lembah Klang dan bukan dari sekolah elit sahaja.
“Kolej Harvard mengekalkan kadar kemasukan pelajar sarjana muda antara yang terendah di dunia dan terus mencari pelajar berbakat dari seluruh dunia yang menunjukkan komitmen menggunakan sumber sedia ada di sekeliling mereka untuk menyumbang ke arah dunia yang lebih baik”
“Kami sangat berbangga kerana pelajar yang diterima masuk dari Malaysia masih terdiri dalam kalangan pelajar sekolah kerajaan, dan semakin ramai daripada latar belakang berpendapatan sederhana di luar wilayah Lembah Klang,” katanya.
Sekadar info, Universiti Harvard merupakan universiti tertua di AS dan menduduki tempat keempat dalam QS World University Rankings 2024. Sehingga kini, Malaysia hanya mempunyai kurang daripada 15 graduan dari Kolej Harvard.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan Sekadar Bakat! Pelajar UPSI Ini Cipta Rekod Dengan 130 Sijil Dalam Tempoh 3 Bulan -“Talent Without Work Is Nothing”

Seorang pelajar membuktikan bahawa usaha tidak pernah mengkhianati hasil apabila berjaya mencipta rekod tersendiri dalam tempoh masa yang cukup singkat.
Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Reka Bentuk & Teknologi daripada Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Muhammad Isyraf Firdaus Hassim, baru-baru ini menerima pengiktirafan anugerah daripada Youth Achievement Record anjuran Gen Youth Malaysia.
Lebih membanggakan, Isyraf berjaya mencatat rekod memperoleh 130 sijil kursus atas talian terbanyak dalam tempoh tiga bulan, sekali gus menjadikannya antara pelajar UPSI dengan pencapaian tertinggi pada April 2025.

Untuk melayakkan diri menerima anugerah berprestij ini, pelbagai kriteria perlu dipenuhi termasuk mempunyai rekod dalam Malaysia Book of Records selain syarat-syarat lain yang telah ditetapkan pihak penganjur.
Menurut Isyraf, kejayaan tersebut bukan hadir secara kebetulan. Sebaliknya, ia menuntut semangat yang tinggi, disiplin yang konsisten serta fokus yang jelas terhadap matlamat.
“Apabila semangat disertai doa, sudah pasti segalanya dapat dicapai. Ibu bapa merupakan pendorong utama saya dalam mencapai kejayaan ini.
“Setiap perkara dilakukan dengan niat ingin mengharumkan nama mereka. Melihat kedua-dua ibu bapa gembira merupakan tekad dan niat utama saya,” ujarnya.

Tambahnya lagi, doa ibu bapa tiada hijab dan sentiasa menjadi sumber kekuatan untuk melakukan yang terbaik dalam pelajaran, kerjaya serta kehidupan seharian.
Sepanjang perjalanan hidup, Isyraf tidak terlepas daripada melalui fasa kegagalan dan kejatuhan. Namun, setiap pengalaman tersebut dijadikan pengajaran berharga yang mematangkan cara pemikiran dan tindakannya.
“Kegagalan sekali bukanlah bermakna kita akan gagal selamanya, sebaliknya ia adalah satu proses pembelajaran menuju kejayaan,” tambahnya.
Dalam pada itu, Isyraf turut menekankan bahawa sikap dan disiplin mampu mengatasi bakat semula jadi. Beliau berkongsi inspirasi daripada idola sukan dunia, Cristiano Ronaldo, yang pernah berkata bahawa “Talent without work is nothing” iaitu bakat tanpa usaha tidak membawa sebarang makna.
Kata-kata tersebut menjadi pegangan buatnya untuk terus berusaha tanpa jemu, berdisiplin dalam setiap tindakan serta kekal bertekad mengejar impian dan cita-cita hidup.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Myberita
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anak Malaysia Harumkan Nama Negara! Iman Mohamad Afif Raih Anugerah Pelajar Terbaik Di University of Manchester

Baru-baru ini, pelajar bernama Iman Mohamad Afif berjaya mencipta sejarah membanggakan buat dirinya apabila dinobat sebagai ‘Best Student of the Year’ bagi program pengajian Sarjana Kejuruteraan (MEng) dalam bidang Kejuruteraan Kimia Tenaga dan Alam Sekitar.
Menerusi sebuah perkongsian oleh Facebook MARA London & Ireland, penganugerahan ini turut melengkapkan kejayaan Iman dalam merangkul ‘Fourth Year Course Prize’ iaitu tanda pengiktirafan atas prestasi luar biasa.
Dalam pada itu, beliau juga berjaya menamatkan pengajiannya dengan Kepujian Kelas Pertama, membuktikan satu pencapaian yang bukan mudah dicapai terutama dalam bidang mencabar seperti kejuruteraan kimia dengan fokus tenaga dan alam sekitar.
BACA: Bukan Sekadar Angka! Graduan Akaun UiTM Ini Pernah Cipta Nama Di Pentas Dunia Melalui Seni Tari
BACA: Beauty With Brains! Graduan UPSI Dinobat Sebagai Penerima Anugerah Siswi Cemerlang PSWM 2025

Selain cemerlang di bilik kuliah, pelajar tajaan MARA dan bekas penuntut Kolej MARA Banting ini turut menunjukkan kehebatan dalaman melalui kejayaannya dalam pertandingan Manchester Intellectual Debate 2024 (Kategori Bahasa Inggeris) apabila menggondol gelaran juara dan menyemarakkan nama kolej serta negara.
Sementara itu, bagi pihak MARA dalam perkongsian yang sama menyifatkan kejayaan ini sebagai simbol harapan kepada generasi pelajar muda bahawa impian besar boleh dicapai melalui usaha gigih, sokongan yang tepat, dan keseimbangan antara akademik dan kepimpinan.
BACA: Harumkan Nama Malaysia! Dua Pelajar Melayu Genggam ‘Double Master’ Di University of Ohio!
BACA: “Akademik Nombor 1” Farhan Asri Berjaya Tamat Pengajian, Seru Generasi Muda Hargai Ilmu
“Syabas dan tahniah kepada Iman Mohamad Afif. Semoga terus melakar kejayaan dan menjadi contoh teladan kepada pelajar lain,” tulisnya.
Walau apapun, melalui kejayaan yang diperoleh, nama Iman kini terpahat sebagai salah seorang pelajar Malaysia yang berjaya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Tahniah kami ucapkan!
Sumber: FB MARA London & Ireland
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

