Kita selalu dengar anak-anak ke sekolah menaiki kereta, bas, mahupun kenderaan awam yang sedia ada. Namun, pernahkah anda melihat penjaga menghantar anak mereka menaiki sebuah pesawat?
Ya, wujud di Malaysia iaitu di Pedas, Negeri Sembilan, apabila seorang bapa ini yang telah mencuri perhatian warganet apabila menghantar anak lelaki kesayangannya ke sekolah menaiki sebuah pesawat ‘Microlight’. Bukan biasa-biasa penjaga ini.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @kuziking4 di TikTok, kelihatan dia sedang terbang di udara bersama anak lelakinya di sebelah. Unik dan istimewanya, bapa kanak-kanak berkenaan hanya memakai kain pelikat selain bertopi keledar.
IKLAN
“Selamat mendarat di pasir berdengung. Hantar anak ke sekolah. Malaysia boleh. #Kereta terbang,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen.
Kongsinya lagi, pesawat itu boleh terbang sehingga 500 meter di udara dan berharga RM40,000 hingga RM100,000 bagi sebuah pesawat.
IKLAN
Menjengah di perkongsian lain, dia juga sering berkongsikan aktiviti menerbangkan pesawat itu selain berkongsi serba sedikit berkaitan Microlight buat pengikut akaun TikTok miliknya.
Tinjauan REMAJA mendapati, rata-rata warganet kagum dengan ‘hobi mahal’ jejaka itu yang jarang sekali dilakukan oleh rakyat negara ini, selain memuji keberanian anaknya menaiki pesawat tersebut.
IKLAN
Sehingga kini, video tular tersebut telah meraih 978, 800 jumlah tontonan, 71, 700 tanda suka serta 2,530 jumlah komen.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pandemik Covid-19 benar-benar mengubah cara kita bekerja, kini boleh dikatakan semuanya dilakukan secara atas talian. Dunia seni tidak kurang menerima tempiasnya, termasuklah di Hollywood. Namun jika tidak berhati-hati dengan teknologi ini, lain pula jadinya.
Lukas Gage seorang pelakon muda berusia 25 tahun sedang menghadiri sesi uji bakat menerusi aplikasi Zoom mengalami satu situasi yang cukup kekok apabila pengarah yang melakukan uji bakat terlupa untuk meletakkan komputernya di dalam mod senyap.
psa if youre a shit talking director make sure to mute ur shit on zoom mtgings pic.twitter.com/PTgMZcRhEw
Pengarah tersebut, Tristram Shapeero telah meluahkan ayat seolah-olah menghina tempat tinggal pelakon muda tersebut. Omelannya seolah-olah sedang bercakap dengan orang di sebelahnya, “Orang miskin tinggal di apartment kecil…macam…cuba tengok rumah dia ni, anda tahu, latar belakang dan ada TV di dinding, faham tak…”
Lukas pula dengan selambanya menjawab, “Saya tahu ini apartment biasa. Sebab itulah anda perlu berikan saya kerja ini supaya saya boleh mendapatkan rumah yang lebih baik.” Menyedari omelannya didengari oleh Lukas, Tristram sedaya upaya cuba meminta maaf.
Lukas kemudiannya memuat naik klip rakaman yang cukup kekok ini ke Instagram dan menerima lebih sejuta tontonan dan lebih 130 ribu tanda suka untuk hantaran tersebut. Apa yang menarik, rakan-rakan selebriti lain dilihat memberikan kata-kata semangat dan mengeji tindakan pengarah tersebut yang dilihat seolah-olah memandang rendah kepada tempat tinggal pelakon terbabit.
Walaupun baru berusia 25 tahun, dia sebenarnya sudah menceburi bidang lakonan sejak tujuh tahun yang lalu ketika berusia 18 tahun. Antara filem dan drama lakonannya seperti Supergirl, Veronica Mars, Euphoria dan Love,Victor.
***P/S Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Allah SWT menyuruh manusia berbuat baik (ihsan) bukan sahaja kepada manusia, bahkan makhluk lain seperti maksud hadis: “Apabila kamu hendak menyembelih haiwan, maka sembelihlah dengan cara yang paling baik iaitu dengan menajamkan alat sembelihan dan hendaklah meletakkan haiwan dalam keadaan yang selesa.” (Riwayat Muslim).
Tapi sayang di bulan Ramadan yang mulia ini ia dicemari tindakan individu yang bertindak meracun anjing-anjing liar berkeliaran sehingga mengakibatkan 5 ekor anjing bergelimpangan mati.
Memang sedihkan kalau ada perangai manusia begini! Sanggup meracun haiwan ini yang pastinya tiada dosa pada mereka.
Dalam perkongsian di fb WORLD Youtube Channel, individu ini berkongsi kisah menyayat hati berlaku di bulan Ramadan ini.
Anjing-anjing liar ini ditemui bergelimpang sebelum ditanam selepas diracunKenapakah kita begitu kejam meracun binatang ciptaan Allah ini. Sepatutnya ada sifat ihsan dalam diri kita
Tragedi bulan Ramadan. Anjing jalanan dibunuh secara beramai-ramai di Flat PPR Batu Muda, Jalan Ipoh Kuala Lumpur. Apa dosa anjing-anjing ini semua kepada penduduk hingga ada bersikap zalim dan tergamak bunuh haiwan jalanan dalam bulan ibadah ini?
Apa pon alasannya bertindak secara bersendiri dengan meracun dan memukul anjing hingga mati adalah Jenayah Kezaliman Haiwan yang amat berat.
Saksi yang tahu pelaku bunuh anjing secara beramai-ramai ini boleh tampil hubungi Animal Malaysia di Whatsapp +601120901097.
Cukup bukti dan cukup saksi. Beberapa pelaku bakal ke penjara 3 tahun!
Basuh tangan sekerap mungkin menggunakan sabun bagi mematikan kuman COVID-19. Ini disarankan oleh pihak berkuasa iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membasmi kuman yang boleh masuk melalui mata, mulut dan hidung melalui sentuhan tangan.
Setakat hari ini (artikel ini ditulis), kes yang dicatatkan di negara kita adalah sebanyak 1518 kes dengan 14 kematian selain 159 kes yang sudah sembuh.
REMAJA menemuramah Penolong Ketua Imam Masjid Al Ikhlasiah Bukit C2 Kg Kerinchi, Ustaz Talhah bin Alimin @ Abdul Aziz simbolik mengenai wudhu yang diambil 5 kali sehari setiap kali waktu solat dan kaitan secara tidak langsung dengan kempen basuh tangan anjuran KKM bagi mematikan kuman COVID-19.
Wudhu ini berkait rapat dengan syariat di mana ia adalah satu aspek kebersihan dan keindahan yang dituntut dalam ajaran agama Islam – Ustaz Talhah
Kenapa kalau solat kita harus mengambil wudhu?
Dalam surah al Maidah ayat 6, membawa maksud “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak melaksanakan solat. maka basuhlah wajahmu dan tanganmu sampai ke siku dan usaplah kepalamu dan basuh kedua kakimu sampai ke dua mata kaki.
Dengan adanya ayat tersebut, perintah solat ini sangat berkait rapat dengan wudhu. Wudhu dari segi bahasa bermaksud bersih dan indah dengan niat untuk menghilangkan hadas kecil. Ia juga satu keadah bersuci apabila bertemu Allah taala.
Menurut Ustaz Talhah, dalam kitab-kitab Fekah, wudhu ini melibatkan beberapa anggota badan iaitu tangan, muka, siku, kepala dan kaki bukan semua anggota.
“Kesemua ia adalah anggota yang memang terdedah kepada pandangan umum. Ia berkaitan dengan kebersihan dan keindahan. Kita selalu kata cantiknya wajah, nah kalau lebih cantik ialah wajah itu selalu diserikan dengan air wudhu, bukan penggunaan alat solek dan sebagainya. Jika kita sentiasa berwudhu juga Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, bahawa Baginda akan mengenali umatnya di Padang Masyhar dengan adanya cahaya pada anggota tubuh mereka kerana pengaruh wudhu mereka ketika di dunia,”katanya ketika dihubungi.
Jelas Ustaz Talhah lagi, betapa istimewanya wudhu ini, ia berkait rapat dengan syariat d kehidupan manusia itu sendiri.
“Saya ambil contoh begini. Kalau kita terbuang angin (kentut misalannya) ia membatalkan air wudhu malah sembahyang pun. Kenapa kita tidak membasuh sahaja bahagian “kotor” sebaliknya kita kena ambil semula wudhu melibatkan anggota seperti tangan, kepala, muka, siku dan kaki. Kenapa bukan di tempat kita membuang angin itu. Asbabnya ialah bahagian itu tertutup, aurat dan bukan seperti anggota wudhu tadi yang boleh dilihat oleh orang lain terutama muhrimnya.
“Jadi wudhu ini berkait rapat dengan syariat di mana ia adalah satu aspek kebersihan dan keindahan yang dituntut dalam ajaran agama Islam,”jelasnya lagi.
Jelas Ustaz Talhah lagi, dengan berwudhu, tubuh kita akan sentiasa bersih dan terpelihara selagi kita yakin dengan wudhu yang ada di tubuh kita.
Menjawap satu pertanyaan lagi berkaitan saranan membasuh tangan untuk membasmi kuman COVID-19 dan aspek yang boleh dikaitkan dengan wudhu, Ustaz Talhah berkata, jika sehari umat islam mengambil wudhu lima kali sehari iaitu Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak, jarak masa yang Allah tetapkan itu sangat cantik aturannya iaitu pusingan 24 jam dalam kehidupan manusia.
“Bayangkan kita mula berwudhu pada Subuh hari.Kita akan mandi membersihkan diri bila bangun dari tidur. Selesai mandi, kita akan ambil air wudhu untuk solat Subuh. Ketika wudhu kita akan membasuh tangan, berkumur-kumur, bersihkan hidung malah kita meratakan air sembahyang ke wajah apabila membasuh muka.
“Bila menjelang tengahari pula, sekali lagi kalau kita di rumah kita akan mandi dan kemudian mengambil wudhu. Begitu juga waktu Asar menyampai ke Maghrib dan seterusnya terakhir waktu Isyak. Kalau kita nak kaitkan dengan kuman yang boleh masuk melalui mata, mulut mahupun hidung, secara tak langsung ketika kita berwudhu itu, semua anggota itu kita akan bersihkan. Betul tak? Soalnya.
Jelas Ustaz Talhah lagi, dengan berwudhu, tubuh kita akan sentiasa bersih dan terpelihara selagi kita yakin dengan wudhu yang ada di tubuh kita. Jadi kalau dikaitkan dengan saranan KKM untuk sentiasa membasuh tangan bagi membasmi kuman COVID-19 ini, wudhu juga adalah satu keadah terbaik kita boleh amalkan bagi yang beragama Islam,”katanya lagi.
Tambahnya lagi, sentiasa berwudhu juga salah satu usaha yang boleh dicuba ketika virus COVID-19 ini menunjukkan tanda-tanda belum reda kerana ia berkait rapat dengan kebersihan diri.