Budaya ‘Fear of Missing Out’ (FOMO) dan ‘You Only Live Once’ (YOLO) kini menjadi punca utama golongan muda di Malaysia terjebak dalam masalah kewangan.
Berikutan itu, dengan lebih 53,000 individu di bawah umur 30 tahun menanggung hutang terkumpul sebanyak RM1.9 bilion.
Pakar kewangan, Profesor Dr. Mohamad Fazli Sabri, memaklumkan bahawa situasi berkenaan amat membimbangkan.
Beliau menjelaskan bahawa ramai remaja mengambil keputusan untuk meminjam wang bagi membeli barang keperluan harian seperti makanan, sewa rumah, dan kereta.
Ads
“Dalam pengurusan kewangan, kita tidak sepatutnya berhutang untuk kelangsungan hidup,” tegasnya.
Selain itu, beliau turut menambah, kebanyakan remaja berani berhutang untuk mendapatkan gajet terkini dan mengikuti trend semasa tanpa memikirkan kemampuan kewangan mereka.
Ads
“Ramai yang sanggup meminjam hanya untuk membeli telefon bimbit terkini, dan ini adalah satu perkara yang sangat serius,” katanya lagi.
Menurut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), 28% daripada rakyat Malaysia yang bekerja juga meminjam wang untuk membeli barangan keperluan.
Ads
Dengan kemudahan pinjaman yang mudah diakses, seperti sistem ‘beli sekarang, bayar kemudian’, banyak pelajar kini terjebak dalam kitaran hutang.
Oleh itu, Profesor Mohamad Fazli menasihatkan agar remaja perlu menilai kembali kewangan mereka dan membezakan antara keperluan dan kehendak sebelum membuat keputusan untuk meminjam.
“Hutang bukanlah sesuatu yang boleh dianggap remeh, dan penting untuk kita bijak mengurus kewangan,” ujarnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Berita Harian, Foto Google
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap kali scroll di media sosial, pastinya ada stail rambut terbaru yang digayakan oleh influencer atau selebriti lelaki.
Sama ada mereka adalah penghibur ataupun Instafamous, komen bertalu-talu akan menjengah bahagian komen mereka dengan pujian. Iyalah, rambut baru mestilah ramai yang tertarik.
Kita pun antara yang ingin mencuba stail rambut tersebut. Cuma bila ke salun ataupun kedai rambut, kita blur sebentar untuk menjelaskan stail yang ingin ditiru itu.
Apa nama dia eh?
Familiar dengan situasi ini? Samalah!
Foto Via Pexels
Namun begitu, sebagai seorang Islam tidak semua benda boleh kita ikut dan contohi. Korang pernah mendengar istilah qaza’? Ia berkaitan dengan gaya pemotongan rambut yang hanya memotong pada sebahagian kepala sahaja.
Adakah gaya pemotongan qaza’ ini dibolehkan dan apakah hukumnya di sisi syariat? Mari ikuti penjelasan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan seperti di bawah ini.
Larangan Memiliki Potongan Rambut Bergaris/Bercorak
Gambar: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Rambut merupakan mahkota setiap insan. Naluri setiap manusia berkeinginan untuk memiliki fesyen rambut tertentu seiring dengan peredaran zaman. Namun sebagai umat Islam kita perlu cakna tentang beberapa larangan dalam memiliki potongan rambut tertentu agar tidak bertentangan dengan syariat Islam.
Maksud qaza’
Secara umumnya, menurut Al-Misbah al-Munir (502), definisi qaza‘ ialah mencukur sebahagian rambut tanpa sebahagian yang lain.
Manakala Imam al-Nawawi dalam Minhaj Syarh Muslim (14/01) pula mendefiniskan qaza’ sebagai mencukur sebahagian rambut seorang anak dan meninggalkan sebahagian yang lain.
Berdasarkan kedua-dua definisi tersebut, dapat kita fahami bahawa qaza‘ adalah perbuatan seseorang yang memotong atau mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian rambut yang lain bagi tujuan mengikuti fesyen potongan rambut tertentu.
Antara contoh potongan rambut termasuklah fesyen yang berbentuk seperti skin fade, taper fade, flat top, pompadour, 4am fade, upper cut, under cut, crew cut, mid fade dan lain-lain.
Bagaimanapun, terdapat hadis yang melarang perbuatan qaza‘ seperti yang diriwayatkan oleh Ubaidullah bin Hafs RA yang bermaksud:
“Aku mendengar Rasulullah SAW melarang qaza’. Ubaidullah berkata, aku berkata, “Apakah qaza’ itu?”. Ubaidullah mengisyaratkan kepada kami dan berkata, “Apabila seorang anak dicukur dan ditinggalkan rambutnya di sini dan di sini serta di sini”. Ubaidullah mengisyaratkan kepada kami kepada ubun-ubun dan kedua sisi kepalanya. Ubaidullah ditanya, “Anak perempuan dan anak lelaki?”. Dia berkata, “Saya tidak tahu”. Dia mengatakan , “Seorang anak”. Ubaidullah berkata aku pun kembali bertanya, maka dia berkata rambut pelipis dan bahagian tengkuk bagi anak lelaki tidak mengapa. Qaza’ adalah meninggalkan rambut di bahagian ubun-ubun sementara tidak ada rambut di kepalanya. Demikian pula membelah rambut kepalanya begini dan begini.” (Riwayat Al-Bukhari)
Selain itu, terdapat larangan melakukan qaza‘ dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar R.Anhuma yang bermaksud:
“Sesungguhnya Rasulullah SAW telah melarang melakukan qaza’. Aku bertanya kepada Nafi’, apakah itu qaza’? Nafi’ menjawab mencukur sebahagian rambut anak kecil dan membiarkan sebahagian yang lain.” (Riwayat Muslim)
Berdasarkan kedua-dua hadis di atas, jelas menunjukkan tentang larangan perbuatan qaza‘ dalam Islam iaitu memotong atau mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain.
Imam al-Nawawi melalui Raudhah al-Talibin (3/234) menyatakan dalam penulisannya, bahawa makruh (perbuatan) qaza‘ iaitu mencukur sebahagian kepala sama ada di tempat yang berbeza atau di tempat yang sama berdasarkan hadis (Bukhari dan Muslim) yang disebut larangannya.
Kesimpulan & penutup
Kesimpulannya, para ulama telah bersepakat bahawa qaza‘ adalah perbuatan yang MAKRUH sekiranya dilakukan pada tempat yang berbeza atau di tempat yang sama. Walau bagaimanapun, qaza‘ DIHARUSKAN untuk tujuan PERUBATAN (berbekam atau seumpamanya) dan hukum ini terpakai ke atas lelaki dan perempuan.
Umat Islam juga perlu mengetahui bahawa menghindari melakukan qaza‘ adalah lebih baik daripada melakukannya.
Semoga dengan penjelasan ini dapat memberi pencerahan buat kaum Adam semua.Semoga bermanfaat!
Ramai di kalangan kita pencinta kucing yang juga haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW. Sikap manja si bulus, wajah yang comel membuatkan mereka yang membela binatang ini tidak pernah berkira kos dikeluarkan membeli makanan. Bukan itu saja, kebersihan kucing juga menjadi keutamaan kita.
Kadang-kadang pelik juga bila tengok dagu kucing akan menjadi hitam setelah makan atau minum?
Kotoran atau bintik hitam bawah dagu kucing berkemungkinan daripada masalah kesihatan iaitu disebabkan kecederaan, kemunculan parasit atau gangguan sistem tubuh.
Ini dia rahsia yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook Tony Kit melalui page Kucing Sepahkan Apa Hari Ini?, tentang info bintik-bintik hitam di dagu kucing ini.
Menurutnya, bintik-bintik hitam ini disebabkan lemak kibble yang tertinggal di bekas makanan mereka dan akan melekat pada dagu serta-merta. Paling penting tak susah pun nak hilangkan kekotoran ini hanya guna tiga bahan yang sangat mudah.
Bila pandang sekali memang terlihat seperti seorang kanak-kanak berusia 5 tahun.
Manusia tercipta dengan keunikannya masing-masing. Ada yang berkulit hitam, putih, coklat, dan ada yang bertubuh gemuk serta kurus. Secara purata, ketinggian lelaki dan perempuan di Malaysia masing-masing adalah sekitar 165 dan 153 cm. Selalunya lelaki Malaysia yang tinggi pun hanya sekitar 185 cm.
Namun, Rekod Dunia Guinness (GWR) mengiktiraf remaja lelaki berusia 18 tahun dari Nepal ini sebagai remaja paling pendek di dunia pada Selasa lalu.
Foto Via nepal News
Dor Bahadur Khapangi, yang mempunyai ketinggian 73.43 sentimeter (sm) menerima sijil pengiktirafan itu daripada Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Nepal Dhananjay Regmi pada program yang diadakan di Kathmandu.
Dia dilahirkan pada 14 November 2004 di kampung Tinkanya di daerah Sindhuli iaitu kira-kira 130 kilometer (km) sekitar tenggara ibu negara. Anak bongsu kepada petani, Takkar Bahadur Khapangi dan Rana Maya kini belajar di sebuah sekolah berhampiran dan menetap bersama ibu bapanya.
“Dor Bahadur baik-baik saja ketika dilahirkan. Tumbesarannya bagaimanapun, tidak berkembang sejak berumur tujuh tahun.
“(Tumbesaran) rakan sebayanya bertambah tetapi Dor Bahadur tidak. Kami tidak tahu kenapa,” kata Nara Bahadur Khapangi, abang kepada Dor Bahadur.
Selain itu, dia juga menambah bahawa pemegang rekod baharu itu seorang yang pemalu dan kurang bercakap. Rekod ketinggian lelaki paling pendek pertama kali dipegang oleh Edward Hernandez, 36, dari Colombia pada 13 April 2010.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...