Hasilnya, rumah makin bersepah dengan barangan yang tidak lagi diperlukan.
Jadi, bersempena Tahun Baharu 2023, kami nak kongsikan salah satu kaedah mudah, tetapi berkesan jika anda ingin melihat rumah sentiasa bersih dan sedap mata memandang.
Cara yang disyorkan pasti buatkan anda tidak menyesal meskipun anda terpaksa buang barangan yang mungkin sudah terlampau lama ‘diperam’.
Ads
Teknik tersebut dikongsikan oleh Nurul Adni Adnan menerusi Laman Facebooknya. Menurut beliau, Marie Kondo adalah satu rancangan popular di Jepun yang berkonsepkan mengemas kediaman orang lain.
“Mulakan Tahun 2023 dengan Marie Kondo. Hanya simpan benda yang memberikan kegembiraan. Satu ketika, saya sempat tengok satu episod rancangan Marie Kondo tentang mengemas rumah.
Malah, bintang Netflix dengan siri Tidying Up With Marie yang terkenal dengan teknik mengemas dan mengatur KonMari ini mencipta fenomena dengan mengajak orang ramai merapikan dan mengorganisasikan ruang di dalam rumah melalui cara tersendiri.
Berikut dikongsikan lima tip untuk anda jadikan rujukan:
Ads
1.Setiap barang yang dimiliki mempunyai ruang tersendiri
Asingkan mengikut kategori, susun barangan tersebut supaya kelihatan kemas.
Labelkan setiap kotak bagi memudahkan anda meletakkan barang mengikut kategori.
2.Buang kertas atau bil yang tak diperlukan.
Sementelah kini, kebanyakan kertas kerja boleh disimpan secara dalam talian.
3. Susun barang secara menegak
Ads
Cara ini membantu menjimatkan ruang dan membolehkan anda mencari barang-barang anda dengan lebih mudah.
Simpan pakaian mengikut saiz, kemeja-T misalnya, senang diambil dan tidak bersepah. Malah susunannya juga lebih teratur.
4. Hanya simpan pakaian yang membawa kegembiraan
Tanya kepada diri sendiri jika cara mengemas tersebut mendatangkan kegembiraan atau tidak.
Anda akan mengetahui jawapannya dengan segera.
5. Simpan wang kecil dalam dompet
Marie Kondo tidak mengerti mengapa ada yang menyimpan duit syiling dalam tabung atau laci tanpa menggunakannya.
Justeru, beliau menyarankan supaya menggunakan wang tersebut dengan cara menyimpannya dalam dompet. Itu lebih baik daripada membiarkannya tersimpan lama dalam laci.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pemain legenda Portugal itu telah menyertai kelab Arab Saudi, Al-Nassr dengan gaji yang dilaporkan 200 juta euro (RM945 juta) setahun dengan kontrak dua setengah tahun. Hal ini sekali gus menjadikannya pemain dengan bayaran gaji paling lumayan sepanjang zaman.
Selepas beberapa bulan di Arab Saudi, kekasihnya, Georgina Rodriguez dikatakan sudah mula belajar untuk menyesuaikan diri di negara tersebut.
Cristiano Ronaldo dan keluarga (Instagram)
Perpindahan Cristiano Ronaldo ke Arab Saudi telah membuka lebih ramai yang meminati bola sepak Asia, khususnya Arab Saudi. Atlet yang sering dipanggil CR7 itu memberi pengaruh positif dalam menarik pelancong menonton perlawanan Al Nassr serta membeli jersi Ronaldo di Al-Nassr.
Mengikut laporan, Cristiano Ronaldo kini tinggal di kawasan elit di Arab Saudi bernama Al-Muhammadiyah. Kawasan itu adalah kawasan elit yang tidak boleh dimasuki oleh orang biasa secara sembarangan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, jenama teknologi terkenal antarabangsa, Apple, telah meraih perhatian warganet selepas tularnya foto logo Apple yang sudah dipasang di menara Tun Razak Exchange (TRX), yang didakwa ia adalah Apple Store pertama yang bakal dibuka di Malaysia.
Sehubungan itu, rata-rata netizen juga menjangkakan pembukaan kedai rasmi Apple bakal berlaku pada tahun hadapan iaitu pada bulan Mei, selari dengan khabar angin sebelum ini. Sempat REMAJA menjengah laman web rasmi carian kerja Apple, terdapat sebanyak 11 jawatan yang baru disenaraikan pada hari ini bagi lokasi di Malaysia.
Selain itu, sebahagian tawaran jawatan berkenaan juga dapat dikesan di portal peluang pekerjaan popular, LinkedIn. Ya, hal ini demikian sekaligus memberikan gambaran dan lebih yakin bahawa Apple Store akan membuka kedai rasmi mereka tidak lama lagi di ibu kota.
Sudah terang lagi bersuluh, pastinya ramai yang tidak sabar untuk mengunjungi Apple Store berkenaan memandangkan lebih mudah untuk berurusan secara terus dengan syarikat terkemuka itu.
Setakat ini, kesemua jawatan tersebut masih dibuka pada orang ramai yang berminat mengikut kelayakan. Sekadar informasi, majoriti tawaran yang dibuka itu memerlukan bidang kepakaran tertentu bagi kelancaran bisnes jenama yang semakin menjadi pilihan ramai itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Baru-baru ini, jenama terkemuka Xiaomi telah mengumumkan kerjasama dengan penyanyi terkenal BamBam yang dilantik sebagai duta pertama Xiaomi bagi Asia Tenggara sempena acara pelancaran Redmi Note 13 Series.
Xiaomi yang terkenal sebagai salah satu jenama teknologi popular pada masa kini yang mereka bentuk dan hasilkan telefon pintar serta pelbagai peranti AIoT untuk semua golongan, termasuk generasi baru yang mempunyai gaya hidup yang cemerlang dan keyakinan diri yang tinggi.
Diilhamkan dari konsep ‘Every Shot Iconic’ dari Redmi Note 13 Series, perlantikan BamBam akan memberi inspirasi kepada generasi baru kerana BamBam merupakan contoh teladan yang kerap menunjukkan usaha dan kemahirannya dengan cara yang unik.
Berbicara mengenai BamBam, penyanyi yang pernah meningkat naik kerana Hallyu Wave atau K-Pop menerusi kumpulan GOT7. Terbaru, dia menarik perhatian peminat utamanya di Malaysia kerana sempat berkongsi pengalamannya membelah durian Musang King ketika singgah di Kuala Lumpur.
“Saya datang pada musim yang tepat dan sempat rasa Musang King! Memang sedap! Dan saya juga sempat cuba Bak Kut Teh”
Dalam pada itu, dalam acara pelancaran Redmi Note 13 Series di Pavilion Kuala Lumpur pada 13 Julai lalu. BamBam juga sempat bertemu dengan para peminat bukan sahaja dari Malaysia, malah ada yang sanggup datang dari Thailand, Vietnam, Filipina, Tunisia dan sebagainya.
Menerusi acara yang sama, terdapat acara cabutan bertuah istimewa untuk peminat BamBam dan apa yang menarik perhatian adalah ketika sesi bergambar dimana interaksi di antara pelantun lagu Sour & Sweet bersama peminat lelaki yang nampak seperti ‘kawan lama’.
Sekadar info, siri Redmi Note 13 yang dilancarkan di bawah konsep Every shot iconic terdiri daripada 4 model; Redmi Note Series 13 Pro+ 5G, Redmi Note Series 13 Pro 5G, Redmi Note Series 13 5G dan Redmi Note 13. Ciri-ciri utama siri ini termasuk kamera utama 200MP dengan penstabilan imej optik (OIS), paparan AMOLED lengkung 1.5K 120Hz yang menakjubkan dengan kaca Corning Gorilla Glass Victus yang tahan lasak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sunway Square Mall larangan haiwan peliharaan dikuatkuasakan semula susulan arahan kerajaan negeri Selangor, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.