
Baru-baru ini, Presiden Korea Selatan, Lee Jae-myung menyatakan bahawa konsert ‘BTS The Comeback Live ARIRANG’ yang diadakan di Gwanghwamun, Seoul pada 21 Mac lalu berjaya memberi impak besar terhadap imej dan promosi negara itu di mata dunia.
Difahamkan, Jae-myung menyampaikan kenyataan tersebut ketika menerima taklimat daripada Menteri Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan, Choi Hwi-young dalam satu mesyuarat Kabinet yang berlangsung di Istana Presiden.
Menurut beliau, konsert yang menampilkan bintang sensasi BTS yang dianggotai oleh Jin, Suga, J-Hope, RM, Jimin, V, dan Jung Kook itu bukan sekadar acara hiburan semata-mata, malah berperanan sebagai platform strategik dalam menarik perhatian masyarakat global terhadap Korea Selatan.
BACA: Selepas 11 Tahun! BTS Akhirnya Kembali Gegarkan Kuala Lumpur Selama 2 Malam Disember Ini!

Dalam taklimat sama, Hwi-young menjelaskan bahawa siaran langsung konsert tersebut berjaya memfokuskan perhatian golongan muda di seluruh dunia ke pusat bandar Seoul, sekaligus menghasilkan impak yang disifatkan sebagai sukar diukur.
“Saya percaya kita telah menikmati impak yang tidak terukur apabila perhatian golongan muda di seluruh dunia tertumpu ke pusat bandar Seoul melalui siaran langsung (konsert BTS). Jumlah pelancong asing juga meningkat dengan ketara pada bulan Mac,” jelasnya.
Tambah beliau, peningkatan tersebut bukan sahaja melibatkan pelancong secara umum, malah menunjukkan lonjakan ketara dalam kalangan remaja dan individu berusia 20-an yang datang berkunjung.
BACA: Bukan Sekadar Penulis Lagu, Suga BTS Kini Penulis Bersama Manual Terapi Autisme Berasaskan Muzik
BACA: RM BTS Prihatin Warisan Budaya, Sumbangan Dana Hidupkan Semula Lukisan Tradisional Lama Korea

Mengulas lanjut, Jae-myung turut bersetuju dengan dapatan itu dan berkata, “Pelancong asing kini juga mula membanjiri Gwanghwamun dalam jumlah yang besar,” sekaligus mengukuhkan lagi kesan positif konsert tersebut.
Sementara itu, beliau menegaskan bahawa kejayaan penganjuran konsert ini turut disumbang oleh perancangan rapi serta kerjasama pelbagai kementerian termasuk aspek keselamatan yang dikendalikan dengan baik sehingga acara berlangsung tanpa sebarang insiden.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
















