Minggu yang amat sibuk buat jenama Korea Selatan, Samsung apabila mereka baru saja melancarkan model siri Galaxy S21 secara atas talian bersempena acara Galaxy Unpacked 2021.
Sepanjang tempoh sedekad lepas, siri Galaxy S oleh Samsung telah membuktikan bahawa syarikat tersebut mampu memberi persaingan dari segi teknologi dan jualan kepada beberapa syarikat lain di seluruh dunia.
Dengan kemunculan Galaxy S21 dan Galaxy S21+ hari ini, ia dipercayai merupakan telefon pintar yang mampu merealisasikan keperluan dan keinginan pengguna yang semakin lama, semakin demanding.
Dari Kiri: Seleksi warna S21 Phantom Gray, White, Pink danViolet.
Ia didatangkan dalam 3 bentuk model dengan keluasan skrin berbeza iaitu S21 6.2 inci, S21+ 6.7 inci dan S21 Ultra 6.8 inci.
Bagi membantu memberikan penjelasan mengenai kelebihan siri Galaxy S21, sekali lagi Samsung telah bekerjasama dengan kumpulan Bangtan Boys (BTS) dan kali ini, juga bersama kumpulan alternatif Leenalchi.
BTS diperkenalkan pada acara semalam pada skrin untuk memberikan demonstrasi menggunakan telefon baru tersebut dan juga earbud tanpa wayar baharu Samsung, Galaxy Buds Pro.
Ads
Kalau korang ingat pada tahun lalu, Samsung juga menjemput BTS untuk pelancaran Galaxy S20+ dan memperkenalkan edisi khas BTS.
*
Jadi, adakah Samsung S21 benar-benar berbaloi untuk dimiliki?
Well, kami tidak menafikan reka bentuknya memang ‘handsome’ dengan penggunaan material matte glass atau glasstic (campuran kaca dan plastik, duh) serta bahagian kamera belakang yang cukup slick. Senang cerita, rekaannya mempunyai kelas. Sayang sekali jika ia ditutup menggunakan casing.
Dari Kiri: Seleksi warna S21+ Phantom Violet, Silver dan Black.
Ads
Bercerita tentang kamera, ia didatangkan dengan lensa wide, ultra wide dan lensa telephoto untuk menangkap lebih cahaya.
Kesemuanya memberikan foto dan video yang lebih pelbagai sama ada pada sudut close up, wide angle atau 3x dan 10x zoom shot. Rutin scrolling pada permukaan skrin juga lancar pada kelajuan 120HZ.
So far so good.
Cuma bagaimana pula dengan harganya?
Untuk pengetahaun, Samsung Galaxy S21 dijual berasingan dengan aksesori S-Pen (macam Apple nampak..) dan sekiranya dibeli, korang perlu menyimpannya dalam kotak berlainan (okay tak macam iPad Air).
Ads
Galaxy S21 Ultra S Pen.
Selain itu, Samsung sudah mula menjual telefon pintar mereka tanpa menyertakan adapter/charger atas alasan ingin menyelamatkan alam sekitar. Sama seperti Apple, Samsung ingin menghentikan pembuangan 51,000 tan charger yang dibuang pada stiap tahun seperti yang berlaku di Eropah. Itu belum termasuk benua lain lagi.
Banyak betul persamaan seperti Apple, adakah ia juga mempunyai rangkaian harga yang lebih kurang sama dengan iPhone 12 yang baru dilancarkan?
*
Nasib baik, harga yang ditetapkan adalah lebih rendah sedikit berbanding iPhone 12.
Bagi model Galaxy S21 (256GB), ia dijual pada harga RM3,999. Manakala Galaxy S21+ 5G dengan saiz skrin yang lebih besar tidak jauh berbeza dan dijual pada harga RM4,299.
Menariknya, bagi yang menempah awal, korang akan menerima 1 unit Galaxy Buds Live dan Galaxy SmartTag berharga RM818!
Tempahan di Malaysia sudahpun mula dibuka dari hari ini hingga 28 Januari ini, bergantung kepada stok.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau korang merupakan pengguna telefon pintar jenama Samsung, pastinya korang teringin sangat untuk memiliki model telefon baru mereka, Samsung Galaxy Fold.
Dianggap sebagai one of its kind, pengalaman menggunakan Galaxy Fold ini memang dinanti-nantikan sejak klip teaser-nya muncul pada awal tahun ini.
Ia mempunyai ciri-ciri teknologi sofistikated yang masih belum pernah dikeluarkan oleh mana-mana jenama lain.
Bukan hanya fungsinya yang diperkatakan oleh pembelinya, malah mereka juga teruja dengan layanan yang diberikan di stor Samsung bagi ketika mendapatkan Galaxy Fold.
Semasa membeli, pelanggan akan berpeluang untuk mendapatkan sesi consultation bersama pakar dari Samsung yang akan menerangkan keseluruhan fungsi serta aksesori yang diberi.
Korang juga akan diajar mengenai fungsi Smart Switch agar pengalihan nombor telefon, foto, apps dan sebagainya dari telefon lama ke Galaxy Fold mudah dilakukan.
Paling menarik bagi penulis adalah apabila korang ditunjukkan cara bagaimana untuk betul-betul menjaga telefon pintar baru ini agar ia tahan lama. Ini kerana kita selalu mengadu setelah beberapa bulan mendapatkan telefon baru. Sebenarnya kita yang tak tahu menjaganya dengan betul. Hiks!
Sekiranya korang masih mempunyai pertanyaan, Samsung juga menyediakan talian Premium Careline di nombor 1800 88 7799 pada bila-bila masa pada setiap hari.
Akhir sekali, servis premium kepada pembeli Galaxy Fold juga termasuk perkhidmatan penghantaran mengikut kesenangan korang. Malah, korang juga akan diberikan servis penukaran skrin dalam (sekali – dalam tempoh sebulan pembelian) setelah mendaftarkan diri sebagai ahli Samsung.
Untungkan?! Ni yang buatkan penulis nak usha Galaxy Fold ni..
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru sahaja mengumumkan pihak universiti telah membangunkan sebuah aplikasi yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja bagi mencegah penipuan melibatkan penggunaan ijazah palsu.
Aplikasi itu dinamakan sebagai Tasdiq Al-Syahadah (TAS) yang berasaskan teknologi ‘blockchain’, boleh mengesan ketulenan skrol graduan dikeluarkan oleh USIM.
Menurut Naib Canselor USIM, Profesor Datuk Dr Mohamed Ridza Wahiddin, keistimewaan aplikasi itu adalah pada kos pembangunan yang jauh lebih rendah serta dibangunkan melalui kepakaran dalamannya sendiri.
USIM bekerjasama dengan Cyber Security Academia Malaysia (CSAM) dalam menjalani proses penilaian yang dianggotai oleh pakar-pakar keselamatan siber universiti awam dan swasta, selain turut dinilai oleh wakil pakar keselamatan Cyber Security Bristol, United Kingdom.
Difahamkan, semakan maklumat untuk skrol digital hanya boleh dibuat ke atas graduan yang telah memberikan kebenaran kepada aplikasi TAS USIM bagi tujuan perkongsian maklumat.
Aplikasi TAS USIM ini boleh dimuat naik di Google Play Store atau menggunakan versi web TAS USIM yang akan diperkenalkan tidak lama lagi.
Jika lebih banyak lagi universiti dapat mempraktikkan teknologi ini, sudah pasti kita dapat membendung masalah penipuan kelayakan graduan untuk memohon pekerjaan nanti.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Hanya selepas tempoh seminggu, Apple mengadakan acara istimewanya itu di Cupertino, Amerika Syarikat.
Acara itu adalah bersempena pelancaran dua model iPad; iaitu iPad Air dan generasi kelapan iPad serta peranti Apple Watch SE untuk kali pertama.
iPad Air
Didatangkan dengan skrin 10.9 inci Liquid Retina, kesan kamera dan audio yang lebih baik, pengesan Touch ID di butang pada bahagian bawah dan persembahan yang lebih baik dengan A14 Bionic.
Harga: RM2,599
iPad
Menampilkan cip pemproses A12 Bionic yang memberikan persembahan 40 peratus lebih pantas, dan mempunyai kualiti grafik yang dua kali ganda lebih hebat.
Harga: RM1,449
Apple Watch SE
Fungsinya hampir sama dengan Apple Watch Series 6 namun datang pada harga yang lebih mampu milik. Menariknya, ia menawarkan beberapa fungsi yang relevan dengan situasi pandemik Covid-19 yang sedang dihadapi oleh penduduk dunia sekarang.
Ia dilengkapi notifikasi kepada pemakai agar membasuh tangan dalam tempoh yang disyorkan supaya mereka akan sentiasa bersih dan lebih selamat.
Selain itu, paparan pada jam tersebut juga hadir dengan Memoji Face yang semestinya membuatkannya lebih interaktif. Apple Watch SE dijual pada harga RM1,199. Manakala bagi yang mempunyai bajet yang lebih tinggi, korang boleh pertimbangkan Apple Watch Series 6 yang dijual bermula dari harga RM1,749.
*
Seperti yang dijangkakan oleh peminat Apple, setiap unit peranti ini tidak akan disertakan dengan kabel cas USB demi mengurangkan pembaziran bahan plastik yang memberi kesan kepada alam sekitar.
Meskipun ramai yang tertarik dengan 4 jenis produk ini, rata-rata peminat jenama Apple merasa kecewa kerana tiada pengumuman terhadap model iPhone 12 dilakukan semasa acara tersebut.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.