Apa lagi yang boleh kita perkatakan tentang grup K-pop yang luar biasa popular bukan sahaja di peringkat Asia tetapi global!
Kejayaan demi kejayaan telah diraih oleh BTS sejak mereka melakukan debut pada tahun 2013. Pengaruh mereka di Amerika Syarikat juga semakin menjadi-jadi terutamanya selepas muncul melakukan persembahan di American Music Awards sebelum ini.
Dan kemenangan mereka sebagai Top Social Artist Awards di Billboard Music Awards tahun lalu mengukuhkan lagi kedudukan mereka di Amerika Syarikat.
Jadual siri jelajah ‘BTS WORLD TOUR: LOVE YOURSELF’ Di Amerika Utara.
Bermula pada 25 Ogos ini, BTS akan memulakan siri jelajah mereka yang ketiga iaitu ‘BTS: World Tour: Love Yourself’. Konsert jelajah ini dilancarkan BTS sempena rangka promosi album ‘Love Yourself: Her’ dan ‘Love Yourself: Tear’. Mereka juga ingin mengambil kesempatan bertemu peminat di beberapa buah negara seperti Korea Selatan, Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Belanda, Jerman, Perancis dan Jepun.
Berita tentang pengumuman siri jelajah ini diumumkan oleh label mereka, Big Hit Entertainment di YouTube. Dalam rangka jadual siri kali ini BTS akan mengadakan sebanyak 22 konsert di 11 buah bandar berbeza.
Ads
Apa yang menarik semalam BTS mengumkan mereka akan turut singgah di New York dan lokasi yang dipilih ialah Citi Field. Ia merupakan sebuah stadium besbol yang menjadi gelanggang pasukan New York Mets.
Inilah stadium yang bakal jadi lokasi persinggahan BTS di New York nanti.
Ads
Pemilihan stadium terbuka ini menyaksikan BTS menjadi artis dari Korea yang pertama bakal melakukan konsert solo di stadium di Amerika Syarikat.
Citi Field mampu memuatkan lebih 40,000 orang dalam satu-satu masa dan konsert di lokasi ini dijadualkan berlangsung pada 6 Oktober 2018. Dalam perkembangan lain, BTS dijangka akan mengeluarkan album repackaged ‘Love Yourself: Answer’ pada 24 Ogos ini.
Daebak! Congrats BTS!
Sumber: Naver
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tular satu dunia baru-baru ni perkahwinan mewah anak jutawan India, Anant Ambani yang cecah kos RM700 juta. Tapi jangan tak tahu, keluarga ini juga memiliki rumah termahal di dunia.
Terpaku tengok kediaman serba mewah dan eksklusif di India ini. Bangunan setinggi 27 tingkat yang dianggarkan menelan kos USD1 billion bahkan kediaman yang dinamakan Antilia sempena nama pulau mitos Laut Atlantik yang terletak di Mumbai, India ini juga dikhabarkan antara hartanah termahal di dunia selepas Istana Buckingham.
Singgahsana mewah milik pasangan terkaya India, Mukesh Ambani dan Nita Ambani tersebut turut dilengkapi dengan beberapa kolam renang, dewan, taman seluas tiga tingkat, tempat letak kenderaan enam tingkat, tiga helipad dan memerlukan seramai 600 pekerja untuk menguruskan kediaman berkenaan.
Mukesh dilaporkan membeli tanah untuk membina Antilia sejak tahun 2002 dan mengambil masa selama tujuh tahun untuk membina rumah idamannya. Lebih mengagumkan, Antilia mampu menahan gegaran gempa bumi sehingga 8 skala Richter!
Intai Rumah Termahal Di Dunia Milik AMBANI, Menjulang Tinggi Di Tengah Kota
Sebelum ini, Mukesh Ambani diiktiraf Bloomberg Billionaires Index sebagai Lelaki Terkaya Di Asia mengatasi pengasas Alibaba, Jack Ma pada Julai 2018. Pada tahun 2024 Mukesh Ambani, Pengerusi dan Pengarah Urusan Reliance Industries, adalah orang terkaya di Asia dan ke-9 terkaya di dunia. Beliau menceburi Liga Perdana India (IPL) apabila memiliki kelab kriket Mumbai Indians pada 2008 dengan kekayaan AS$110.4 bilion (kira-kira RM517 bilion)
Fuh, hebatnya keluarga jutawan di India ni!
Sumber: Business Insider
BACA LAGI : ‘Wedding Of The Year’, Perkahwinan Serba Mewah Anak Jutawan Asia Jadi Perhatian Dunia
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sabtu lalu, pasti ramai yang mengeleng kepala apabila membaca akhbar di mana dilaporkan seorang murid perempuan berusia 10 tahun menjadi jenayah mangsa seksual pemandu van sekolah dinaikinya.
Pelajar perempuan itu dipaksa menghisap **** lelaki setiap kali dia balik dari sekolah dan jenayah seksual dianggap gila ini bukan berlaku sekali, sebaliknya sudah beberapa kali berlaku sebelum dilaporkan oleh kawan yang sama menaiki van tersebut kepada ibu bapanya.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berkata suspek berusia 47 tahun itu sudah ditahan polis pada hari yang sama. Lebih menakutkan pemandu van itu sudah beberapa kali memaksa mangsa melakukan perbuatan jijik itu dan turut dilihat pelajar lain yang menaiki van sekolah terbabit.
Katanya, pada hari kejadian, seorang rakan mangsa mengadu pada bapa mangsa yang dia ternampak rakan sebayanya itu dipaksa menghisap kemaluan suspek.
“Bapa mangsa kemudian nampak anaknya turun daripada van berkenaan dalam keadaan menangis dan ketika di dalam rumah, bapa mangsa bertanyakan lebih lanjut mengenai kejadian itu. Mangsa memberitahu suspek sudah beberapa kali memaksanya melakukan perbuatan itu selain diugut supaya tidak mengadu kepada ibu bapanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Sumber: BERITA HARIAN.
MENAKUTKAN tetapi jenayah dan kegilaan minda golongan dewasa yang melakukan jenayah seksual kepada kanak-kanak seharusnya dikecam kerana ia boleh merosakkan masa depan pelajar itu sendiri.
Kes ini mendapat perhatian serius dari seorang guru Mohd Fadhli Bin Othman yang juga pengasas Modul Goodbye Pornography yang telah menyenaraikan lima cara untuk ibu bapa dan anak-anak yang bergantung kepada perkhidmatan van sekolah dari menjadi jenayah mangsa seksual porno yang dilihat amat menggerunkan ini.
Baca perkongsiannya, semoga anak-anak dan gadis remaja tidak menjadi mangsa NAFSU SERAKAH golongan gila ini.
Anda percaya dengan Pengusaha Bas @ Van sekolah anak anda ?
Anak anda naiki van / bas ke sekolah ?
Siapakah pemandunya ?
Apakah latar belakangnya?
Siapakah orang terawal naik bas / van ?
Siapakah orang terakhir turun dari bas / van itu ?
Banyak ibu bapa bergantung kepada keperluan bas dan van sekolah kerana kerja. Ramai yang meletakkan 100 peratus kepercayaan anak selamat pergi dan pulang. Gambar hiasan semata-mata.
Bukan untuk buruk sangka kepada pengusaha pengangkutan sekolah. Tetapi lebih kepada berhati hati.
Ibu bapa yang cakna, mereka akan berusaha melihat dan mengenali dengan siapa si anak berinteraksi. Meletakkan kepercayaan sepenuhnya adalah tindakan tidak wajar.
Namun tingkah dan ciri pemandu bas / van adalah diluar kawalan kita sebagai ibu bapa. Pokoknya bagaimana kita hendak mendidik anak anak kita memelihara diri dan tahu langkah langkah yang patut di ambil ketika berada dalam kenderaan tersebut.
Antara Langkah langkah yang boleh diambil ialah:
Pastikan anak duduk dibahagian hadapan jika si anak adalah orang pertama yang menaiki kenderaan ke sekolah.
Pastikan dan ajar anak duduk di hadapan bas / van sekiranya dia adalah orang yang terakhir di lokasi yang terakhir.
Ajarkan anak anak anda menjarakkan diri dengan pengusaha bas / van. Elakkan si anak kerap bergurau. Di takuti batas batas itu akhirnya hilang.
Setiap kali sebelum anak anda pulang atau tiba di rumah, pastikan anda mampu menunggu bas / van agar anak anda merasakan keberadaan anda sebagai ibu bapa.
Lihat atau perhatikan tingkah anak terutamanya. Jika ada sebarang tanda yang pelik teruk bertanya atau berbual dengannya
Ini adalah beberapa langkah yang asas bagi ibu bapa dan anak anak. Langkah langkah ini merupakan perkara di dalam kawalan kita sebagai ibu bapa.
Yang penting pendidikan dan penjelasan di rumah hendaklah difahami dengan jelas oleh anak anak.
Jenayah seksual seperti yang dilaporkan hari ini semakin hari semakin menjadi. Ada di antara pengusaha bas cuba mengumpan material bagi menutup tingkah sumbang yang dilakukan.
Kesedaran ini wajar diperluaskan kepada masyarakat dan komuniti sekolah.
MOHD FADHLI BIN OTHMAN
FOUNDER MODUL GOODBYE PORNOGRAPHY
Semakin hari, semakin meningkat kes Covid-19 di negara kita.
Perkembangan terbaru hari ini,20 Mac 2020 kenyataan rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia , terdapat 130 kes baharu yang telah dilaporkan.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 1030 kes. Berdasarkan siasatan awal, daripada 130 kes baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 48 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.
Sehingga kini, seramai 26 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.
Selain itu, terdapat 12 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Hal ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang ppulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 87 kes.
Secara langsungnya, Selangor mencatatkan kes paling tinggi sebanyak 263 kes, diikuti Kuala Lumpur sebanyak 139 kes, dan Sabah 119 kes.
Itu lah sebabnya kita digalakkan tidak keluar rumah kerana semakin hari semakin ramai dijangkiti.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!