Brunei tukar ‘Ringgit’ kepada ‘Dolar Brunei’ menerusi pengeluaran Siri Baharu Wang Kertas Keluarga yang diumumkan oleh Bank Pusat Brunei Darussalam (BDCB). Siri baharu ini bakal diedarkan pada separuh pertama tahun 2026, melibatkan lima denominasi iaitu BND1, BND5, BND10, BND100 dan BND500.
Perubahan istilah ini dilakukan bagi meningkatkan kefahaman orang ramai serta menggalakkan penggunaan nama rasmi “Dolar Brunei” secara lebih meluas. Menurut BDCB, penggunaan istilah yang lebih konsisten ini penting untuk mengukuhkan identiti mata wang Brunei, khususnya di peringkat antarabangsa.
Lindungi integriti mata wang
Selain penggantian nama, siri wang kertas baharu ini turut hadir dengan ciri keselamatan moden yang dipertingkatkan. Inovasi ini bertujuan melindungi integriti mata wang negara dan mengekang risiko pemalsuan, selaras dengan perkembangan global dalam industri kewangan.
Ads
Identiti kebangsaan Brunei tetap dikekalkan dalam rekaan wang kertas baharu. Potret Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah akan terpampang pada denominasi BND1, BND5, BND10 dan BND100. Sementara itu, potret Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien akan menghiasi wang kertas BND500.
Ciri DOMINO™
Lebih menarik, siri baharu ini turut memperkenalkan ciri DOMINO™, iaitu titik timbul di bahagian bawah kanan wang kertas dengan susunan unik bagi setiap denominasi. Ciri ini direka khas untuk membantu golongan cacat penglihatan mengenal pasti nilai wang dengan lebih mudah.
Ads
Walaupun siri baharu akan diedarkan, BDCB memberi jaminan bahawa wang kertas lama tetap sah diperlakukan dan boleh digunakan bersama-sama dengan siri baharu.
Bagi remaja yang suka mengumpul wang kertas sebagai hobi, pelancaran ini pasti mencuri perhatian. Selain reka bentuk moden dan ciri keselamatan terkini, wang kertas ini juga menjadi simbol kebanggaan dan identiti negara Brunei yang semakin menyerlah di pentas dunia.
Walaupun sudah berusia 59 tahun, namun ia bukan penghalang bagi penjawat awam ini untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bersama calon yang lain.
Menurut laporan Astro Awani, Hamidan Yahaya yang bertugas sebagai pemandu awam Kementerian Pertahanan di Kem Bukit Keteri (rejimen 504 Askar Wataniah) memaklumkan dia didorong oleh keseronokan belajar dan mahu cabar kemampuan diri.
Lebih membanggakan lagi, Hamidan mendedahkan dia berjaya memperoleh B+ bagi mata pelajaran Sains yang diambil dengan hanya belajar sendiri sahaja.
“Saya tak ada cikgu, tidak pergi tuisyen, tidak berpandukan TikTok atau Google… Dengan hanya guna buku yang dibeli sendiri, buat latihan, kemudian tengok jawapan di belakang buku.
“Saya ingin cuba dan cabar diri. Saya juga seronok masuk dewan peperiksaan,” katanya.
Dalam pada itu, dia turut akui terdapat cabaran ketika menjawab soalan peperiksaan itu dibandingkan dengan SPM yang pernah diduduki pada 42 tahun lepas.
“Dulu keputusan SPM saya dapat pangkat tiga, untuk Sains dan Matematik sekadar lulus,” ujarnya.
Pada masa sama, dia sempat menitipkan nasihat buat golongan muda supaya mengambil berat akan kepentingan SPM kerana itu adalah langkah permulaan untuk masa depan yang cerah.
Terdahulu, Hamidan juga pernah menduduki peperiksaan SPM 2022 bagi pelajaran Matematik dan berjaya peroleh A dengan hanya belajar sendiri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Susulan kemalangan maut melibatkan bas dinaiki pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul KadIr berkongsi tindakan terkini kementeriannya.
Dalam maklumat yang disampaikan menerusi Facebook miliknya, ahli parlimen lumut itu memastikan kementeriannya akan menyalurkan segala bantuan yang diperlukan.
“Salam Takziah untuk keluarga mangsa kemalangan yang turut melibatkan warga Universiti Pendidikan Sultan Idris awal pagi tadi.
“Sebarang maklumat lanjut akan dikemaskini. KPT akan menyalurkan segala bantuan yang diperlukan,” tulisnya.
Sementara itu, menerusi satu hantaran di Facebook rasmi Naib Canselor UPSI. Satu hantaran dimuat naik dengan kenyataan berbunyi, “UPSI Berduka. 09 Jun 2025”
Setakat ini hantaran tersebut menerima ribuan komen dengan rata-rata bersedih dengan tragedi yang menimpa para pelajar institusi pengajian tersebut.
Ketika berita ini ditulis, 15 kematian melibatkan pelajar sudah disahkan pihak berkuasa manakala tujuh orang kritikal dan dirawat di zon merah, 20 cedera sederhana (zon kuning) dan enam lagi dalam keadaan stabil (zon hijau).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang pekerja kedai makan berjaya mencipta kejayaan dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2023) dengan meraih 9A menerusi peperiksaan besar itu.
Menurut Said Syazwan Said Rosnizam, kehilangan bapa tercintanya pada dua tahun lalu sedikit pun tidak mematahkan semangatnya untuk terus belajar.
Malah, kepayahan ibunya yang mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga dengan bekerja sebagai kerani di sebuah bengkel kereta menjadi inspirasi untuk terus meraih keputusan cemerlang.
“Bila dapat keputusan, saya terus teringat arwah ayah, sedih sebab sewaktu masih hidup ayah banyak bagi motivasi dan inspirasi untuk teruskan belajar.
“Arwah ayah pun tahu saya dulu banyak main, tapi (pesanannya) suruh saya fokus waktu belajar dan dalam kelas. Kini saya bangga kerana dapat banggakan mereka,” katanya.
Dalam pada itu, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gambang itu memaklumkan memberi tumpuan sepenuhnya di dalam kelas antara rahsia kejayaan, selain bijak membahagikan masa.
“Di rumah saya kurang belajar, lebih banyak masa bermain dan bersama keluarga namun, bila di sekolah saya selalu 100 peratus fokus kepada apa yang cikgu ajar.
“Saya juga akan terus bertanya kepada guru sekiranya tidak faham,” ujarnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penyanyi dan pelakon jelita, Bella Astillah tidak dapat menahan air mata apabila menerima sebuah mikrofon putih yang sudah lama menjadi impiannya.
Momen itu dikongsikan oleh...