Baru-baru ini, pelakon terkenal dan legenda seni mempertahankan diri Hong Kong, Bruce Leung Siu-lung, dilaporkan meninggal dunia pada usia 77 tahun, pada 14 Januari lalu.

Pemergian bintang ikonik itu disahkan menerusi laporan media tempatan Hong Kong yang memetik pengesahan daripada rakan rapat serta pihak pengurusannya. Berita tersebut sekaligus mencetuskan rasa duka dalam kalangan peminat filem aksi klasik Asia dan antarabangsa.

Difahamkan, punca kematian Bruce Leung masih belum disahkan secara rasmi oleh pihak keluarga. Namun, beberapa sumber mendakwa beliau berkemungkinan mengalami edema serebrum akut iaitu keadaan serius yang melibatkan bengkak otak, manakala laporan lain menyatakan faktor kegagalan jantung sebagai antara kemungkinan punca kematian.

Bruce Leung Siu-lung, ‘Sifu Kodok’ Kung Fu Hustle Meninggal Dunia Pada Usia 77 Tahun

Ads
Bruce Leung Siu-lung, ‘Sifu Kodok’ Kung Fu Hustle Meninggal Dunia Pada Usia 77 Tahun
Bruce Leung yang pernah membawakan watak ikonik ‘Sifu Kodok’ dalam Kung Fu Hustle

Setakat ini, keluarga mendiang masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan perubatan terperinci berhubung pemergian pelakon berkenaan, dan orang ramai diminta menghormati privasi keluarga dalam tempoh berkabung ini.

Untuk info, Bruce Leung merupakan antara ikon utama era kegemilangan sinema kung fu Hong Kong pada tahun 1970-an dan 1980-an. Namanya sering dikaitkan dengan fenomena ‘Bruceploitation’ yang muncul selepas kematian legenda seni mempertahankan diri, Bruce Lee.

Ads

Selepas sekian lama aktif dalam industri, beliau kembali meraih perhatian global menerusi watak The Beast dalam filem Kung Fu Hustle (2004). Lakonan berkarisma serta koreografi aksi yang mantap menjadikan watak tersebut ikonik dan memperkenalkan Bruce Leung kepada generasi baharu peminat filem.

Bruce Leung Siu-lung, ‘Sifu Kodok’ Kung Fu Hustle Meninggal Dunia Pada Usia 77 Tahun

Ads

Di samping itu, selain kerjaya lakonan yang menjangkau lebih lima dekad, Bruce Leung turut dikenali sebagai penggiat seni mempertahankan diri yang terlatih dalam beberapa disiplin, termasuk Goju-ryu Karate dan Wing Chun, sekaligus mengukuhkan reputasinya sebagai figura berpengaruh dalam industri aksi Asia.

Sementara itu, upacara perpisahan terakhir mendiang Bruce Leung dijadualkan berlangsung pada 26 Januari ini di Longgang, Shenzhen, bagi memberi peluang kepada keluarga, rakan dan peminat untuk memberikan penghormatan terakhir.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads