
Kumpulan Blackpink sekali lagi telah mencatatkan rekod peribadi apabila mencapai kejayaan yang membanggakan di saluran YouTube.
Muzik video BOOMBAYAH yang dilancarkan pada 8 Ogos 2016 pada jam 8 malam waktu Korea telah pun melepasi 1 billion tontonan di YouTube pada kira-kira jam 8.25 pagi waktu Korea pada 13 Oktober 2020. Ini bermaksud muzik video ini memerlukan masa selama sekitar 4 tahun dan 12 jam untuk mencapai jumlah tontonan tersebut.

BOOMBAYAH adalah muzik video ketiga Blackpink yang mencapai 1 billion tontonan mengikuti DDU-DU DD-DU dan Kill This Love. Walaupun muzik video BOOMBAYAH mengambil masa yang agak lama untuk mencapai 1 billion tontonan berbanding dua lagu mereka yang lain, namun difahamkan Blackpink merupakan satu-satunya selebriti Korea dengan tiga muzik video yang mencapai kejayaan dan BOOMBAYAH adalah muzik video debut K-Pop yang mendapat lebih daripada 1 billion tontonan di YouTube.
Kejayaan ini turut diraikan oleh para peminat mereka dan rata-ratanya mengucapkan tahniah buat kejayaan yang dicapai oleh kumpulan K-pop wanita popular ini.




Tahniah Blackpink!
Sumber: Soompi
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jurugambar Ini Ucap Terima Kasih Kepada Bekas MB Perak & Netizen Sebak Dengar Luahannya

Bukan semua yang lama itu ditolak rakyat.
Kita harus akui, terdapat beberapa pemimpin menerusi parti Barisan Nasional yang sebenarnya begitu dekat dengan hati rakyat. Mereka disayangi bukan kerana memberi ‘gula-gula’ setiap kali perlu meraih sokongan rakyat.
Namun mereka benar-benar melakukan tugasan mereka sebaik mungkin demi melihat negeri serta kementerian yang dikelolakan oleh mereka itu berkembang dalam tempoh tampuk pemerintahan.
Antara pemimpin yang selalu disebut-sebut termasuklah YB Khairy Jamaluddin, Dato’ Seri Utama Mohamad Hassan (Menteri Besar Negeri Sembilan ke-10), Datuk Seri Ir. Idris Haron (Ketua Menteri Melaka ke-10) dan tentunya, Dato Seri DiRaja Dr. Zambry Abdul Kadir iaitu Menteri Besar Perak ke-11.

Dato Seri Zambry umpamanya disifatkan sebagai seorang Menteri Besar yang mudah memberi inspirasi kepada rakyat Perak, terutamanya. Perubahan tampuk kepimpinan negeri Perak pada kali ini sedikit sebanyak memberi kesan emosi kepada rakyat Perak yang menyenangi cara Dato Seri Zambry bekerja, termasuklah jurugambar beliau, Airil Ezuan.
* * * * *
Menerusi dua perkongsian di Instagram miliknya, Airil menceritakan bagaimana cara dia melihat Dato’ Seri Zambry sebagai seorang pemimpin berjiwa rakyat:

Sepanjang hampir 5 tahun aku ada di depan, kanan, kiri dan belakang dia.
2014, aku ditugaskan sebagai seorang jurugambar YAB Menteri Besar Perak. Aku sendiri macam tak percaya yang aku akan nampak dunia politik. Sedangkan aku tak ambil tahu pasal politik dan tak percaya dengannya.
Biasalah fasa umur anak muda, semua benda nak memberontak dengan kerajaan atas sebab terikut-ikut ataupun sifat benci pada sesuatu.
Tak lama lepas itu, aku slow-slow terima semua yang ada depan aku iaitu dunia politik. Aku ni tak lah power politik but aku tau mana yang baik dan mana yang buruk. Aku rasa cukup bertuah dapat kerja yang aku sendiri tak pernah terfikir. Walaupun kerjanya berisiko. Hilang jawatan, hilanglah aku.
Dalam tempoh aku berkhidmat untuk dia, banyak benda aku belajar. Apa yang dia selalu pesan pada rakyat, aku dengar dan aku fikir untuk diri aku. Lagi-lagi bab untuk terus berjaya walaupun peluang itu kecil. Tengok pada diri dia seorang anak nelayan sampai dia jadi seorang pembela nasib rakyat.
Aku sendiri tak tahu struggle dia nak hadapi macam-macam dalam hidup dia macam mana. Hati dia aku rasa cukup rapat untuk rakyat. Cuma sesetengah pihak saja yang tak nampak. Dalam diam aku kerja, ada sesuatu aku belajar.
* * * * *

Dalam tempoh aku berkhidmat sampailah hari Pilihan Raya Umum 14 (PRU14).
Tiba masa pengumuman keputusan PRU14 sampai tengahari semalam, dah 3 hari aku tak nampak dia. Aku risau. Risau yang aku terfikir, macam mana dia hadapi semua ini? Sebabnya dia mungkin kecewa dan terlalu kecewa dengan apa yang berlaku. Siapa tahu? Ibarat dia hilang dari radar mata aku yang selalu ada depan kamera aku.
Tadi (kelmarin) aku sendiri tak sangka boleh jumpa dia dalam kediaman rasmi, aku nampak dia, dia nampak aku. Dia panggil aku. Aku letak kamera, aku terus peluk dia. Aku tak tahu nak cakap perasaan masa itu macam mana. Dalam pelukan hanya air mata saja yang keluar.
Dari raut wajah dia aku tau dia tahan mcam-macam. Lain dari biasa aku tengok. Itu pun salah sebab aku tak tahan sebak. –
“ …you’re a good photographer. Don’t worry. Ini hari baru untuk you.”
Terima kasih untuk 5 tahun yang cukup bermakna bagi saya. Saya tahu siapa Zambry Abd Kadir. Semoga perjuangan Dato’ Seri terus dan menerus untuk rakyat dan Malaysia. Keep me and everyone else inspired, always. May Allah bless you sir.
InsyaAllah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dugaan Terdahulu Buahkan Hasil, Diddy Hirdy Berjaya Genggam PhD University Of Liverpool

Genggam bara api biar sampai jadi arang…
Semestinya untuk mencapai apa yang kita impikan, terutamanya bergelar penuntut universiti ada cabarannya tersendiri yang perlu kita hadapi dengan lapang dada. Namun, pada akhirnya, segala pahit getir, asam garam kehidupan sebagai seorang mahasiswa pasti akan membuahkan hasil.
Sama seperti salah seorang bekas peserta Akademi Fantasia 4 (AF4) ini, kini dia mampu menarik nafas lega apabila ‘kepayahan’ dilalui sejak 2017 memberikan hasil berbaloi apabila berjaya menggenggam segulung doktor falsafah (PhD) dalam jurusan muzik dari University of Liverpool, England pada Rabu.
ARTIKEL BERKAITAN: Jadi Salah Seorang Penerima Master UPSI! Arja Lee Titip Rasa Syukur

Menerusi sebuah hantaran di entri Instagram, penyanyi Diddy Hirdy yang dilihat mengenakan jubah konvokesyen mendedahkan rasa sebak dan terpaksa menahan air mata lelakinya ketika di atas pentas apabila terkenang semula pelbagai dugaan yang dihadapinya sepanjang perjalanan untuk menamatkan pengajiannya di bumi asing.
Selain itu, pelantun lagu popular Hilang itu berkongsi, pengalaman dilaluinya sebelum ini umpama pengorbanan yang akhirnya berbayar.
“Semua orang gembira dan senyum bila naik atas pentas. Diddy pun lakukan perkara yang sama. Cuma jauh disudut hati menahan sebak dan air mata (bunyi macam dramatik), tetapi itulah realitinya. Wallahi…
“Terkenang perjalanan PhD yang penuh berliku dan yang tak pernah surut dengan dugaan. The ultimate dugaan apabila kami sekeluarga dijangkiti Covid-19 pada tahun lepas semasa bulan puasa bila mana dah nak tunggu PhD viva sahaja.

“Yang paling berat, bila isteri Diddy sampai masuk ke hospital kerana Covid-19 dan tahap oksigen dia pernah juga turun. Tetapi Alhamdulillah, Allah itu maha penyayang. Kami semua diberikan semula kesihatan yang baik dan yang paling penting, saya lulus viva dengan mudah (ikut perasaan dan pengalaman saya lah),” coretnya panjang.
Dalam pada itu, Diddy yang kini bertugas sebagai pensyarah di Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah, turut menzahirkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada yang Maha Esa apabila ‘bersetuju’ untuk dirinya bergelar titile seorang doktor falsafah.
“Dan momen ini adalah momen bersejarah yang bukan sahaja meraikan kejayaan, tetapi mengenang perjalanan yang diibaratkan tidak pernah sudah ujiannya. Sebab itulah Diddy menangis bila lulus viva PhD. Sampai sekarang masih membuatkan Diddy sebak bila mengenangkan semua ini. Terima kasih Allah,” ujarnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Diddy Hirdy
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lee Chong Wei Akan ‘Menetap’ Di Hong Kong Pertengahan Tahun 2020

Okay, okay relaks..
Tak lama lagi, penduduk dan pelancong di Hong Kong boleh berjumpa dengan jaguh badminton Malaysia, Datuk Wira Lee Chong Wei di sana pada setiap hari
Namun, Chong Wei bukannya berpindah ke sana bersama-sama ahli keluarga beliau.
‘Chong Wei’ akan menjadi sebahagian daripada koleksi patung lilin (wax figure) di Madam Tussauds Hong Kong. Sekaligus, beliau menjadi atlet Malaysia pertama yang menerima penghargaan tersebut.
Telah banyak sumbangan yang Chong Wei telah hulurkan sebagai pemain badminton nombor satu negara.
Selain berjaya merangkul kejuaraan BWF Super Series Masters Finals sebanyak 3 tahun berturut-turut, beliau juga seorang dermawan yang berbakti semula kepada negara apabila menyumbang RM2 juta untuk pembangunan sukan badminton, tahun lalu.

Maka, tak hairanlah apabila Madame Tussauds berminat untuk menghasilkan patung lilin Chong Wei agar ramai pengunjung boleh mengambil gambar dan belajar mengenai kejayaan beliau sebagai pemain badminton unggul.
Menurut Madame Tussauds Hong Kong, Chong Wei adalah individu kedua yang diabadikan dalam muzium tersebut selepas Datuk Michelle Yeoh beberapa tahun lepas.


Bagi korang yang merancang untuk bercuti ke Hong Kong bermula pertengahan tahun ini, jangan lupa untuk ke Madame Tussauds dan katakan hi kepada ‘Chong Wei’!
*
Jika cawangan Hong Kong menambah jumlah patung lilinnya, jumlah patung di cawangan London Madame Tussauds pula semakin berkurangan apabila patung Putera Harry dan Meghan Markle dipindahkan.
Err..
Susulan Pengunduran Harry & Meghan, Madame Tussauds London Singkirkan Patung Mereka
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

