Satu perayaan yang amat bermakna buat umat Islam di seluruh dunia kerana ia membabitkan kepercayaan kita kepada agama, sejarah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang cukup agung diceritakan di dalam kitab suci dan tentunya kerana ia merupakan sebahagian daripada ibadah yang termaktub dalam rukun Islam yang lima.
Semasa umat Islam di Malaysia terlebih dahulu menunaikan solat sunat Aidiladha pada sebelah pagi tadi, REMAJA tertarik dengan keberadaan dua orang pemimpin negara ini di Masjid Putra, Putrajaya.
Meskipun kini berbeza fahaman politik, Tun Dr Mahathir Mohammad dilihat tidak mempunyai isu untuk berjalan beriringan dengan Datuk Seri Azmin Ali semasa sedang bergerak pulang dari ruang solat Masjid ke kenderaan rasmi beliau.
Malah, Azmin Ali dilihat setia mengiringi beliau hingga ke penghujung sebagai tanda hormat.
Walaupun tidak bersalaman tangan kerana SOP pada musim PKPP ini, namun ‘gesture’ yang diberikan oleh kedua-dua belah pihak adalah sesuatu yang positif untuk dilihat oleh rakyat.
Ini adalah sesi live yang sempat dirakam oleh rakan media MGTV di Youtube.
Ads
Beliau sendiri telah memuat naik tweet dengan gambar yang lebih jelas.
“Bersama anak-anak dan menantu menunaikan solat Eidul Adha di Masjid Putra. Saya dan YB @radzijidin berkesempatan bertemu dan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada YB @chedetofficial ” pic.twitter.com/oZxng0MzOT
Antara yang memuji tindak-tanduk Azmin Ali itu termasklah @ainmohamed yang merasakan beliau masih tahu untuk mempamerkan adab apabila bersebelahan dengan Tun Mahathir disebabkan rasa hormat dan perbezaan usia di antara mereka berdua.
@HasbullahMaon pula ingin kita ingat semula bahawa ini adalah keindahan yang agama Islam minta kita pamerkan. “Walaupun berbeza pendapat, tetapi bila menyembah Allah yang satu, mereka boleh bersama.”
Muhammad Hatta Tabut pula menyifatkan bahawa Allah tetap yang berkuasa walaupun manusia ‘berebut setengah mati’ mengenai perihal dunia.
Ads
Jom lihat beberapa lagi respon netizen kegemaran REMAJA di dalam ruang komen.
Ads
Pesanan Khutbah Solat Jumaat
Bagi korang yang berada di negeri lain, penulis suka untuk menyentuh serba-sedikit mengenai intipati khutbah yang dibacakan oleh khatib di Selangor pada hari ini.
Ia menyentuh mengenai persaudaraan kita sesame umat Islam. Hhm, seakan mirip dengan situasi yang telah kita lihat di Masjid Putra ini.
Mereka berdua pernah ‘bersatu’ satu masa dahulu..
Antara lainnya, khatib berkata seteruk mana pun pertelingkahan yang tercetus di antara dua pihak, akhirnya kita perlu ingat bahawa kita hadir dari rumpun yang sama dan agama yang sama.
Oleh itu, sebagai saudara seagama kita perlu berpegang teguh kepada kepercayaan yang lebih utama iaitu agama kita sendiri sebelum berpegang kepada kepercayaan lain yang lebih bersifat keduniaan.
*
Semoga tindak-tanduk yang ditunjukkan kepada khalayak ramai di antara Tun Mahathir dan Datuk Seri Azmin Ali boleh dicontohi oleh pemimpin politik lain yang telah menunjukkan tingkah laku yang tidak sepatutnya dalam linkungan perbahasan di Parlimen.
Setelah status agamanya hangat diperkatakan sejak disatukan dengan suaminya di India pada Disember lalu, hari ini Illi Najwa Anuar Hussein Saddique disahkan belum lagi dan tidak pernah keluar daripada agama Islam.
Let’s recap back, shall we?
Tumpuan terarah kepada Illi pada akhir tahun lalu apabila gadis tersebut berangkat ke India untuk mengahwini teman lelakinya yang juga merupakan kapten hoki pasukan India, Manpreet Singh Pawar.
REMAJA sendiri pernah melaporkan berita tersebut dan merasakan persatuan itu cukup sweet dan romantik.
Namun, perkahwinan tersebut tanpa disangka terpalit kontroversi setelah video upacara bertukar ikrar perkahwinan mengikut budaya masyarakat India di antara Illi dan Manpreet tersebar hingga ia mendapat perhatian rakyat Malaysia.
Lalu, ramai berspekulasi mengenai status agama Illi dan ingin tahu sama ada gadis tersebut telahpun keluar daripada agama Islam.
Sehubungan dengan itu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar telah menitahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Mufti Johor untuk menyiasat status agama Illi Najwa.
Titah baginda, sebagai Ketua Agama Islam Johor, baginda bertanggungjawab memelihara kedudukan agama Islam supaya ia sentiasa terpelihara dan dipandang mulia.
Setelah beberapa bulan berlalu, JAINJ dan Mufti Johor akhirnya mengeluarkan hasil siasatan terhadap status perkahwinan serta agama pasangan tersebut untuk dipersembahkan kepada Sultan Johor di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi di Johor Bahru.
Turut hadir untuk menghadap baginda ialah Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad, Pengarah JAINJ, Datuk Md Rofiki Shamsudin dan Illi sendiri.
Dalam satu muat naik di akaun Facebook rasmi Sultan Johor, ia mencatat, “Hasil siasatan mendapati Illi Najwa tidak pernah keluar dari Islam. Malah pada hari ini, beliau juga hadir bersama kami bagi menghadap Baginda Tuanku Sultan.”
Hari ini, laporan penuh mengenai kes pemandu lelaki yang meninggal ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor telah diterima dan ia disahkan oleh pihak polis tempatan.
Lelaki warganegara Singapura itu dilaporkan baru saja memandu dari Johor ke Kuala Lumpur untuk menghantar seorang rakannya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada malam 19 Mei. Dia memutuskan untuk terus memandu pulang ke selatan tanah air pada malam yang sama.
Bagaimanapun, lelaki tersebut ditemui telah meninggal dunia di dalam keretanya pada jam 4 pagi itu. Lokasinya terletak di sebuah stesen minyak berdekatan dengan KLIA. Menurut seorang saksi, lelaki tersebut kelihatan memandu kereta masuk ke kawasan tersebut dan menggunakan bilik air.
Setelah dirinya pulang ke kereta, badannya didapati mengalami renjatan (convulsion) sebelum tidak menyedarkan diri.
Hhm, pelik.
Namun pihak polis dalam laporan berkata perjalanan kereta untuk tempoh 3 jam 15 minit tanpa henti itu mungkin adalah sebab utama badan mangsa tidak dapat menerima tekanan. Tambahan pula, mangsa sudah berusia 62 tahun.
Laporan bedah siasat juga menunjukkan mangsa bergelut dengan serangan jantung. Maka, kenyataan tukang rekod video di bawah yang mengatakan mangsa lemas semasa tidur di dalam kereta adalah tidak benar.
Balik Kampung
Kita sudah hampir dengan fasa ‘Balik Kampung’ apabila Aidilfitri bakal menjelang kurang dua minggu dari sekarang.
Maka, laporan kes meninggal semasa memandu jarak jauh seperti ini amat merisaukan ramai orang, terutamanya di kalangan mereka yang lebih berusia seperti ayah atau abang kita.
Sebagai pemandu yang berhemah, kita perlu tahu akan kemampuan diri sendiri. Walaupun semua orang ingin mengelakkan pemanduan pada waktu siang di bulan Ramadan, tak semua orang mampu memandu pada waktu malam.
Kebanyakan daripada kita akan letih dan kurang penumpuan pada mata walaupun telah tidur terlebih dahulu. Jika tidak yakin, jauhi balik kampung di malam hari.
Seperkara lagi, pastikan korang atau pemandu kereta tersebut mengambil sebarang ubatan jika sememangnya ia sudah menjadi rutin harian mereka. Alasan tak mengambil ubat kerana ingin memandu sebenarnya membahayakan dirinya dan penumpang yang lain.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, seorang pengguna perkhidmatan Uber diugut kerana tidak sengaja meninggalkan iPhone miliknya dalam kenderaan pemandu.
Menurut Facebook postAlvin, pemandu Uber itu tidak akan memulangkan semula iPhone miliknya melainkan dia mahu membayar sejumlah wang.
Ini merupakan perbualan mangsa bersama pemandu yang tak bertanggungjawab itu..
“Telefon ini mungkin penting untuk awak, tapi tidak saya. Bukan salah saya dan ianya adalah kesilapan awak sendiri. Berapa sanggup awak bayar untuk saya pulangkan telefon ni semula”
“Kalau setakat RM 100, awak boleh lupakan saja sebab tak berbaloi dan saya tak nak buang masa atas kesilapan orang lain. Lebih baik saya buang saja ke dalam tong sampah,” kata pemandu Uber tersebut.
Alvin tidak mempunyai pilihan lain dan bersetuju dengan permintaannya.
“Bagi saya RM200 dan saya akan hantar malam ini. Nak ke tak nak? Jangan buang masa, saya nak sambung bawa Uber ni,” tambah lelaki itu.
Namun begitu, setelah mereka bertemu lain pula jadinya. Pemandu tersebut meminta lagi RM100, bermakna Alvin terpaksa membayar RM300 untuk mendapatkan semula telefon bimbitnya.
Perghh cekik darah!
Ramai yang meninggalkan pesanan di ruangan komen menasihatkan Alvin supaya membuat laporan polis dan pihak Uber kerana ugutan pemandu tamak ini.
Harapnya lepas ni tiada lagi insiden seperti ini berlaku lagi dan kita juga patut lebih berhati-hati serta tidak cuai dalam menjaga barangan peribadi sendiri.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!