Sebelum ini kenderaan persendirian tidak dibenarkan menggelapkan cermin melebihi had ditetapkan terutama di bahagian pemandu dan penumpang hadapan bagi memudahkan pemeriksaan apabila ditahan pihak berkuasa. Namun sejak beberapa bulan lalu wujud cadangan memberikan kebenaran cermin gelap secara keseluruhan bagi kenderaan persendirian.
Bila isu ini timbul wujud pro dan kontra di mana Polis Di Raja Malaysia pernah menyuarakan pandangan tidak bersetuju kerana tugas membuat pemeriksaan kenderaan khususnya penjenayah menjadi agak sukar. Dan satu pertanyaan pasti timbul, adakah kadar jenayah akan meningkat kerana pihak berkuasa tempatan akan lebih sukar mengesan penjenayah yang berada dalam keadaan mencurigakan?
Mulai esok kenderaan persendirian dibenarkan tinted sepenuhnya
Namun hari ini, Kementerian Pengangkutan membenarkan membenarkan penggunaan cermin gelap untuk bahagian cermin sisi kiri dan kanan penumpang serta belakang bagi kenderaan persendirian di seluruh negara berkuat kuasa esok.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pindaan ke atas peraturan cermin gelap di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 itu turut meliputi kenderaan e-hailing seperti Grab.
“Kadar ketelusan cahaya pada bahagian cermin depan serta cermin sisi kanan dan kiri pemandu kekal seperti sedia ada.
“Namun, mana-mana individu boleh memohon untuk menggunakan cermin lebih gelap bagi kedua-dua cermin terbabit atas faktor keselamatan dan kesihatan,” katanya.
Ads
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pindaan ke atas peraturan cermin gelap di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 itu turut meliputi kenderaan e-hailing seperti Grab.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pindaan peraturan penggunaan cermin gelap ke atas kenderaan motor di lobi Kementerian Pengangkutan di sini hari ini.
Peraturan sebelum ini menetapkan kadar gelap Visible Light Transmission (VLT) yang dibenarkan ialah cermin hadapan sebanyak 70 peratus, cermin sisi hadapan (50 peratus) serta cermin penumpang dan belakang (30 peratus).
Mengulas lanjut, Siew Fook berkata, permohonan yang diluluskan untuk tujuan menggelapkan cermin kenderaan sepenuhnya akan dikenakan fi sebanyak RM5,000 bagi setiap kenderaan untuk tempoh dua tahun.
Ads
Menurutnya, sebelum itu, pemilik kenderaan perlu membayar fi perkhidmatan sebanyak RM50 bagi permohonan yang dikemukakan atas faktor keselamatan.
“Permohonan di atas faktor kesihatan pula akan dikecualikan daripada bayaran fi namun perlu mendapat pengesahan bertulis daripada pakar perubatan kerajaan.
“Individu yang telah diluluskan penggunaan cermin lebih gelap perlu memohon semula apabila tempoh sah laku tamat dan akan dikenakan fi sama dalam setiap permohonannya” katanya.
Ads
Sementara itu, Siew Fook berkata, penguatkuasaan ke atas peraturan baharu itu akan bermula tiga bulan dari sekarang.
“Sebarang permohonan pengecualian boleh dikemukan mulai tarikh kuat kuasa pindaan kaedah ini,” katanya.
Dalam pada itu, Siew Fook memberitahu, pindaan peraturan penggunaan cermin gelap itu antara lain bertujuan meningkatkan hasil kerajaan menerusi bayaran fi permohonan dan pemprosesan yang dikenakan. – Sumber : K! ONLINE
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa cakap pondok kecil dan usang tidak boleh dihias sempurna!
Mengubah suai rumah seakan menjadi trend pada zaman sekarang. Tidak kira rumah jenis apa, kalau rajin pasti rumah korang kemas dan kelihatan indah di dalamnya
Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan pondok usang tapi tandas bersadur emas?Untuk pengetahuan semua, pondok tersebut milik seorang lelaki yang dikenali sebagai Baharuddin Mamat yang tular di TikTok sejak beberapa hari yang lalu.
Jika dilihat dari luar, anda mungkin tidak akan menyangka bahawa pondok tersebut kelihatan berbeza dari dalamnya. Menerusi video yang dimuatnaik oleh kenalannya @salahuddinmazelan, memasuki ke dalam pondok tersebut adalah seperti berada dalam dunia yang berbeza.
Paling istimewa, tandas di dalam pondok itu juga turut dilengkapi dengan tab mandi dan dihiasi dengan sangat kemas.
Manakan tidak, ia dihiasi dengan pelbagai barangan berwarna keemasan yang kelihatan sangat mewah dan moden.
Mengikut laporan, pondok tersebut dibina oleh Baharuddin Mamat untuk pekerja-pekerja berehat selepas berniaga. Malah, pondok tersebut berada berdekatan dengan kedai makannya di Kampung Dusun Melintang, Jalan Sultan Muhammad di Terengganu.
Rata-rata netizen terkejut dan memuji hiasan dalaman pondok ini yang tak setara dengan luarannya.
Kesimpulannya, bak kata pepatah English, “don’t judge a book by its cover“. Ha kalau korang jumpa pondok macam ni jangan pandang sebelah mata, kot-kot lagi hebat dari hiasan dalaman rumah korang tu.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Baru-baru ini seorang perenang wanita transgender Lia Thomas telah mencetuskan satu perdebatan dalam kalangan profesional sukan apabila dia menjuarai pertandingan renang wanita National Collegiate Athletic Association (NCCA) 2022 dan memecahkan rekod pertandingan yang sebelum ini dipegang wanita sejati.
Kemenangan Lia yang baru sahaja menukar jantinanya ketika berusia 21 tahun dan sebelum ini pernah berada dalam pasukan renang lelaki dianggap tidak adil dan mengganggu gugat kualiti sukan khas buat wanita.
Sumber foto: Lia Thomas, 22, mencetus kontroversi apabila memenangi kejohanan kategori wanita. E Online
Lantas isu ini diketengahkan dan menerima reaksi yang bercampur, ada yang menyokong Lhia dan ada yang menentang penglibatan wanita transgender dalam sukan wanita.
Lebih daripada 300 perenang kolej, Pasukan USA dan Olimpik menandatangani surat terbuka untuk menyokong Lia dan semua perenang transgender dan bukan binari, tetapi atlet dan organisasi lain telah menimbulkan kebimbangan mengenai kemasukan golongan transgender.
Terbaru, badan induk dunia renang (FINA) telah mengundi untuk tidak membenarkan atlet transgender daripada bersaing dalam perlumbaan elit wanita jika mereka telah melalui mana-mana bahagian proses akil baligh lelaki.
Dalam peraturan baru yang ditetapkan mana-mana pesaing wanita transgender perlu melengkapkan peralihan mereka sebelum atau pada usia 12 tahun untuk dapat bersaing dalam pertandingan kategori wanita.
Dasar baharu itu, yang diluluskan dengan 71% undian daripada 152 ahli FINA disifatkan sebagai “hanya satu langkah pertama ke arah kemasukan penuh” untuk atlet transgender.
Fina juga akan menyasarkan untuk mewujudkan kategori ‘terbuka’ pada pertandingan untuk perenang yang identiti jantinanya berbeza daripada jantina kelahiran mereka.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Keprihatannya terhadap rakyat memang sudah tidak dinafikan lagi. Sebelum ini, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah dilihat sanggup turun dari kenderaan rasminya untuk memeriksa keadaan mangsa kemalangan di dalam hujan lebat, kini seorang pengguna twitter juga turut berkongsi cerita tentang keperibadian anak Raja ini.
Dikenali sebagai Raja Mohd Faiz, jelasnya dia merupakan bekas rakan sekelas kepada Tengku Hassanal ketika di sekolah rendah. Perkongsian ini menjadi viral apabila mendapat lebih daripada 25 ribu tanda suka dan hampir 13 ribu retweets.
Lelaki ini berkongsi kisah tentang teringatkan masa dahulu apabila dia dijemput ke istana sewaktu majlis menyambut hari kelahiran Tengku Hassanal.
Jom kita ikuti thread yang dikongsi oleh Raja Mohd Faiz ini.
Tengku Hassanal sempat meminjamkan baju
Tak cukup duit beli tie, Tengku beri RM5
Thanks for the memories
Cerita ini juga turut dikongsi di laman instagram House of Pahang dan rata-rata netizen memberi pujian kepada keluar diraja berjiwa rakyat ini.
Larangan akaun media sosial bawah 16 tahun diperkenalkan bagi melindungi kanak-kanak daripada ancaman siber. Akaun hanya dibenarkan jika dikendalikan oleh ibu bapa.