Ibaratnya seperti satu tradisi untuk empat orang ahli kumpulan Blackpink untuk ‘terbang’ ke kota Paris setiap kali tibanya Minggu Fesyen Paris bagi musim bunga dan musim luruh.
Bagi Blinks tegar di luar sana, pastinya korang sudah dapat mengagak ahli Blacpink mana yang akan muncul di pertunjukan fesyen serta acara jenama yang mana satu. Ini kerana setiap seorang mewakili jenama berbeza bagi mengukuhkan lagi imej Blackpink sebagai antara selebriti antarabangsa paling stail buat masa ini.
Sebagai contoh, Jennie akan ke acara Chanel, Jisoo pula boleh dijangka meraikan jenama Dior. Rose sudah sinonim dengan jenama Yves Saint Laurent manakala Lisa pula merupakan wajah jenama Celine dan Bvlgari.
Malang sekali pada musim lalu, mereka hanya boleh memeriahkan pertunjukan secara maya. Sebab itulah, dengan kelonggaran yang diterima Blackpink sekarang memandangkan situasi pandemik di seluruh dunia mulai berada pada tahap yang lebih terkawal, mereka dapat ke Paris pada minggu ini untuk memeriahkan Minggu Fesyen di sana.
Jisoo dan Rosé menjadi ahli terawal untuk tiba; masing-masing untuk menghadiri pertunjukan fesyen Dior dan Saint Laurent. Ia diikuti oleh Jennie untuk menghadiri acara Chanel pada malam ini.
Akhir sekali siang tadi, trio tersebut telah disertai oleh ahli yang baru melancarkan dua lagu solonya iaitu Lisa. Khabarnya, Lisa akan tampil di pertunjukan fesyen Miu Miu atau Celine.
Jom lihat penampilan mereka di Minggu Fesyen Paris pada tahun ini.
Ads
JISOO
Sebagai duta antarabangsa Dior, Jisoo hadir bagi menonton pertunjukan fesyen Spring Summer 2022 dalam persalinan dress sutera pendek daripada koleksi Cruise 2022 oleh Dior bersama tas mikro Lady Dior terbaru. Tamat saja acara tersebut, Jisoo terus bertukar kepada padanan seluar pendek dan hoodie daripada koleksi kapsul Dior Chez Moi.
Seperti biasa, acara fesyen Saint Laurent mengambil tempat berdekatan dengan Menara Eiffle di Paris. Kali ini, Rosé kekal dengan pemilihan warna hitam (sinonim dengan jenama Saint Laurent) tapi kali ini dalam potongan mini dress dengan but tinggi dan rantai – semuanya daripada koleksi jenama tersebut.
Penyanyi Solo ini mempunyai lebih masa sebelum menghadiri acara fesyen Chanel. Lalu, dia sempat mengelilingi bandar Paris bersama Jisoo dalam persalinan Chanel head-to-toe. Khabarnya ramai yang kini berminat dengan kardigan yang disarungkannya itu. Terbaru pada malam ini, Jennie membuat kemunculan pertunjukan utama Chanel dalam persalinan two-piece serba merah oleh Chanel dan dilengkapi tas labuh juga dalam warna merah.
Ads
LISA
Okay it sure gets interesting with Lisa.
Malang sekali bagi Lisa yang sudahpun berada di Paris apabila dia dikatakan ‘tidak dibenarkan’ menghadiri acara tertutup yang dianjurkan oleh Bvlgari pada malam ini. Menurut CEO Bvlgari iaitu JC Babin menerusi Instagram, Lisa tidak hadir ke acara ETAM Live Show 2021 setelah agensinya iaitu YG Entertainment tidak membenarkannya atas alasan risiko COVID-19. Biarpun langkah pencegahan itu perlu, namun ramai merasakan Lisa akan sedih memandangkan ahli Blackpink lain telahpun mula menghadiri acara penting masing-masing.
Lisa juga dilaporkan tidak dapat menghadiri satu lagi acara yang disediakan Bvlgari walaupun dia berada di Eropah sekarang. Disebabkan ketidakhadiran itu, Lisa juga terlepas peluang daripada penggambaran menarik bersama selebriti terkenal seperti Zendaya, Lily Aldridge dan Vittoria Ceretti bagi kempen Bvlgari 2021/2022.
Sayangnya!
Implikasinya, Blinks ‘mengamuk’ di platform Twitter dengan tanda pagar #YGLetLisaDoHerWork. Mereka beranggapan tidak adil untuk Lisa diperlakukan sedemikian sedangkan ahli lain dapat ke acara masing-masing.
Apapun, jangan risau kerana kami pasti Lisa akan munculkan diri juga di acara seterusnya seperti untuk jenama Celine. Dan Lisa juga pastinya gembira kerana dapat meluangkan lebih banyak masa dengan ibunya yang juga berada di sana setelah dua tahun tidak bertemu.
Dari sudut fesyen, kami gemarkan pemakaian ‘airport fashion’ Lisa yang memilih turtleneck hitam dan blazer hitam dengan piping putih serta butang emas.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Apa goals korang untuk tahun 2021 ni? Goals penulis mesti lah untuk dapat kulit yang sihat dan cantik secara semula jadi. Jadi bila dah dapat kulit sihat dan cantik secara natural korang boleh la ucapkan selamat tinggal pada make up.
Gambar : Pexels.com
Siapa je yang taknak dapat kulit sihat, cantik dan glowing secara natural kan? REMAJA kali ini ibukan nak suruh korang beli produk kecantikan di pasaran sebaliknya ingin membawa korang semua untuk try 10 posisi menarik dalam senaman yoga ini yang mampu untuk membantu mendapatkan kulit cantik dan glowing secara semula jadi!
Tadasana
Posisi juga ini juga dikenali sebagai Palm Tree Pose atau Mountain Pose. Caranya berdiri dalam keadaan biasa untuk tumpukan perhatian pada pernafasan yang dalam. Melalui posisi korang akan menyedut oksigen yang dapat membantu badan mengeluarkan toksin dan membantu kulit menjadi lebih glowing.
Halasana
Dipanggil sebagai Plow Pose, ini adalah salah satu asana yang boleh buatkan kulit kamu menjadi glowing secara semula jadi. Pose ini buatkan proses pencernaan badan kamu dipertingkatkan di mana ia boleh bebaskan toksin daripada badan.
Ustrasana
Ala-ala seekor unta, pose ini melibatkan lenturan bahagian belakang badan yang membuka rib cage dan tingkatkan keupayaan paru-paru dalam menyedut lebih banyak oksigen. Selepas lakukan pose ini, kamu akan rasa keseimbangan hormon dan kurang tekanan di mana ia menjadi punca kepada pertumbuhan jerawat.
Trikonasana
Berbentuk seperti segi tiga, pose ini buatkan kulit kamu glowing apabila pergerakan ini membuka paru-paru, dada dan jantung untuk bergerak dan pam secara normal. Melalui pergerakan ini, kamu akan dapati oksigen akan lebih banyak bergerak ke kulit dan membuatkannya sentiasa segar dan anjal.
Matsyasana
Seakan-akan seekor ikan, pose ini dapat meningkatkan fungsi thyroid, pineal, pituitary glands dan menormalkan hormon dalam badan. Bagi kamu yang ada double chin, pasti kamu suka akan pose ini kerana bukan sahaja hilangkan lebihan lemak di dagu tapi ia juga bagus untuk otot wajah.
Bharadvaja
Kunci kepada kulit yang sihat dan glowing adalah kesihatan usus kamu dalam mencerna. Jika kamu sering membuang, jangan risau ia sebenarnya baik untuk badan dan kulit. Pose ini dapat bantu kamu buang segala toksin dan bahan-bahan yang berbahaya daripada organ dalam badan.
Sarvagasana
Pose ini seakan-akan kamu berdiri menggunakan bahu dan pergerakan ini sangat popular serta paling efektif untuk mereka yang inginkan kulit glowing. Selain tingkatkan tekstur dan kualiti kulit, pose ini dapat lancarkan peredaran darah ke seluruh wajah. Buat 3 sehingga 5 kali sehari, pasti kamu terkejut apabila lihat kulit bebas daripada jerawat, kedutan dan kusam.
Utthanasana
Untuk pose ini, kamu hanya perlu melentur badan ke hadapan untuk buatkan darah kamu bergerak ke seluruh wajah. Bukan sahaja tingkatkan bekalan oksigen, malah pose ini bekalkan nutrien yang bantu melawan radikal bebas dan meremajakan kulit.
Bhujangasana
Pose seperti seekor ular kobra, pergerakan ini bantu badan kamu dalam kurangkan ketegangan, tekanan dan rasa letih. Sementara itu, pose ini juga buatkan kulit menjadi lebih remaja apabila oksigen membekalkan nutrien tambahan ke dalam sel kulit.
Pavanamuktasana
Ha, posisi yoga ini sangat sesuai buat korang yang ada masalah angin dalam badan. Ye korang yang suka sedawa dan kentut tu la! Posisi asana ini membantu pencernaan badan ditingkatkandengan lebaih baik. Dalam pada masa yang sama, pergerakan ini juga melegakan sembelit dan mengurangkan jerawat di wajah.
Hmmm…senang je kan,selain cantikkan kulit ia juga mampu membuatkan badan korang sihat dan slim. Jom start dari hari ni buat yoga,sambil-sambil tengok netflix pun boleh ni!hehe
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rumah. Lokasi yang membuatkan semua orang dilanda perasaan nostalgia. Memori zaman kanak-kanak tentunya masih masih jelas pada ingatan apabila kita kembali ke kawasan kejiranan di mana kita dibesarkan, lalu membibitkn rasa rindu untuk kembali semula ke masa lampau.
Itulah yang cuba untu dilakukan oleh jenama All-American, Coach baru-baru ini menerusi pertunjukan fesyen musim luruh 2022.
Jaket shearlings tidak pernah lari daripada identiti Coach. Kali ini, saiz memainkan peranan penting bagi menjadikannya lebih menarik dan segar.
Pengarah kreatifnya, Stuart Vevers kembali mengingatkan semula peminat jenama tersebut akan kawasan kejiranan di New York, Amerika Syarikat menerusi elemen-elemen persalinan yang familiar kepada semua.
Sedikit percikan idea pemakaian yang mudah dicop sebagai ‘American’ kembali diolah bersama penggunaan material yang pelbagai yang menjadi ciri-ciri persalinan kebiasaan masyarakat di negara Uncle Sam itu.
Pada mana-mana koleksi fesyen lain, gabungan material seperti lace, crochet, kulit dan warna neon dan corak grafiti mungkin tidak masuk akal. Tetapi di pentas Coach Fall 2022 ini, segalanya begitu cantik diadun dan langsung tidak terasa janggal untuk dipertontonkan bersama.
Jom lihat di antara elemen menarik yang akan menjadi trend tidak lama lagi pada tahun ini sempena musim luruh kelak.
Gaun Lace
Paten Grafiti
Fabrik Kulit
Gaun Bercorak Lantang Paras Lutut
Rekaan Tas Tangan Coach Fall 2022
Tonton koleksi penuh Coach Fall 2022 pada pautan video di bawah:
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sudah lama rasanya tiada pertunjukan fesyen dilangsungkan di Malaysia sejak negara dihambat musim pandemik COVID-19 pada tahun lalu.
Malahan sempena persediaan Aidilfitri 2020, tiada pertunjukan fesyen yang dilakukan oleh mana-mana jenama lokal kerana kekangan wabak.
Justeru, apabila jenama Leeyana Rahman tampil sebagai jenama lokal pertama yang melangsungkan pertunjukan fesyen Raya pertama untuk tahun ini, tentulah semua mata terarah kepada koleksi yang dinamakan sebagai Leeyana Rahman Glorious Raya 2021 ini.
*
Dilangsungkan di ibu negara semalam, pertunjukan fesyen ini turut dipancarkan secara langsung ke seluruh Malaysia dan di negara jiran seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand.
Mengambil tema rona persalinan ‘muted’ seperti pastel, neutral dan warna-warna semulajadi seperti beige serta sand, team Leeyana Rahman mengajak korang untuk meraikan Aidilfitri pada tahun ini dengan gaya tenang, sederhana namun masih manis untuk dipandang.
Antara kelainan yang dibawakan oleh mereka terletak pada potongan siluet berbeza bagi memenuhi keinginan pemakai jenama tersebut yang berlainan citarasa dan bentuk badan.
Ada potongan empire waist ala hanbok, ada juga draping pada bahagian dada yang memastikan figura tampil menarik.
Paling mencuri tumpuan adalah perincian bahu ‘terangkat’ sebagai statement pada bahagian top.
Koleksi ini juga seimbang dari segi potongan pakaian mendakap tubuh dan potongan yang longgar. Terpulang kepada korang sendiri untuk memilih gaya yang dirasakan selesa.
Ini merupakan 10 stail pilihan REMAJA daripada koleksi Leeyana Rahman Glorious Raya 2021.
*
So, yang mana satu paling korang gemari?
Sebelum korang klik ke laman web Leeyana Rahman untuk mendapatkan pakaian Raya untuk tahun ini, jom tonton dahulu sedikit bingkisan yang sempat REMAJA rakamkan semalam.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!