Pelakon dan pengacara televisyen popular, Sarimah Ibrahim tampil berkongsi berita gembira apabila berjaya ‘dilamar’ untuk bekerjasama dengan agensi terkenal di London, Fiona Cross UK.
Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu Kini Kau Tiada itu menerusi satu ciapan di platform X miliknya, sempena ulang tahun kelahirannya pada malam tadi.
“Saya kini diwakili di peringkat antarabangsa oleh agensi Fiona Cross UK Management yang berpangkalan di London,” tulisnya.
Pada masa sama, Sarimah yang baru-baru ini tampil dalam siri televisyen Jack Yusof berkata dia tidak sabar untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar agensi tersebut.
Selain itu, pengasas dan pengarah Fiona Cross Management berkata, pihak mereka sangat berbesar hati dengan kehadiran bakat besar seperti Sarimah Ibrahim dalam melonjakkan nama bintang itu ke persada yang lebih tinggi.
Ads
“Kami berbesar hati mengalu-alukan Sarimah ke dalam pasukan kami. Bakat, dedikasi dan daya tarikan yang luar biasa sekali gus memberi inspirasi kepada agensi kami.
Ads
“Kami komited untuk menyokong visi artistik Sarimah dan melonjakkan kerjayanya ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.
Sekadar informasi, Fiona Cross Management yang diitubuhkan pada tahun 2017 itu ialah sebuah agensi bakat yang berpangkalan di London, mengkhusus dalam komersial, teater, teater muzikal, filem dan televisyen.
SUMBER: Platform X Sarimah IbrahimUpdate terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, minggu kedua Big Stage Alpha mengejutkan para penonton apabila dua peserta terpaksa akur tersingkir pada minggu kedua dari pentas saingan.
Bersiaran secara langsung dari Royal Theatre Shah Alam, program edisi all-male ini menyaksikan 12 peserta tampil dalam persembahan berkumpulan iaitu Alpha Prime dan Alpha Ultra, namun hanya 10 orang yang berjaya mara ke minggu seterusnya.
Dua peserta yang tidak berjaya menambat hati juri pada malam Ahad, semalam ialah Ashmirul dan Qarl G.
“Saya nak ucapkan terima kasih atas Allah SWT kerana telah memberikan saya peluang ini,” ucap Ashmirul.
“Ini adalah pertama kali saya keluar dari zon selesa saya dan saya juga nak ucapkan terima kasih kepada barisan juri Ajai, Datuk Syafinaz, Hael Husaini, Akim Ahmad serta kepada kawan-kawan dan peminat yang sentiasa beri sokongan,” katanya lagi.
Di samping itu, Qarl G turut meluahkan rasa syukur atas sokongan dan peluang yang diberikan buat dirinya dalam program ini serta memasang harapan untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang.
Pada masa yang sama, menurut juri tetap Big Stage Alpha, Datuk Syafinaz Selamat, sekali lagi mengingatkan bahawa pemilihan peserta ke peringkat seterusnya bukan sahaja berdasarkan kekuatan vokal secara solo, malah keserasian dalam sebuah kumpulan juga amat penting untuk dititikberatkan.
“Macam saya pernah cakap sebelum ini, bila berada dalam kumpulan. Para peserta perlu pastikan mereka ‘blend well’ dengan ahli kumpulan lain”
“Saya mahu mereka semua pandai bawa diri bila berada dalam kumpulan tapi pada masa yang sama kita (juri) mahu mereka lebih menyerlah semasa nyanyian solo,” katanya.
“Selain itu, saya harap para peserta memilih lagu yang sesuai semasa persembahan solo kerana ada beberapa peserta yang saya tahu mereka boleh buat lebih baik daripada minggu ini,” jelasnya.
Sementara itu, penyingkiran dua peserta pada malam tadi sekaligus melayakkan 10 peserta lain iaitu Allan Andersn, Awienit, Aeril Fesol, Araff, Afiq Sky, Daniel Sher, Izat Ibrahim, Ray D, Rizal Rasid, dan Que.
Big Stage Alpha merupakan spin-off pertama Big Stage dengan konsep 18 bintang lelaki akan bertanding untuk dijadikan sebuah kumpulan lelaki pertama di bawah naungan Astro.
Setiap minggu, para peserta akan diuji menerusi persembahan solo dan misi berkumpulan mengikut tema yang diberikan.
Markah Peserta Big Stage Alpha Pada Minggu Ke-2
Penjurian dikendalikan oleh barisan juri tetap seperti Datuk Syafinaz Selamat, Hael Husaini, dan Edry Abdul Halim, manakala Kris Dayanti tampil sebagai juri jemputan untuk minggu pertama.
Program yang dihoskan oleh gandingan mantap Elly Mazlein dan Rina Nose ini bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan turut distrim melalui Astro GO serta sooka.
Terdahulu, enam peserta iaitu Syafeek Ikhwan, Suff Ahmed, Apich Lo, Alif Azri, Shaqeen dan Ridhwan Azman telah disingkirkan pada minggu pertama.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Memang ada niat nak kahwin tapi jodoh belum jumpa”
Demikian pertuturan pelakon dan pelawak popular, Zizan Razak yang lebih tenang membicarakan soal jodoh…
Menurut bintang berusia 39 tahun itu, dia mengakui ada masa dirinya berasakan soal jodoh bukan lagi menjadi keutamaan buatnya. Selain, kegagalan menjalinkan cinta sebelum ini membuatkan dia bimbang untuk kembali berhubungan dengan mana-mana wanita.
“Sekarang ini saya lebih tenang kalau bercakap soal hubungan. Kalau ada berjumpa dengan mana-mana wanita, saya rasa lebih senang jadi kawan baik.
“Apabila sudah menjadi kawan baik memang tak fikir ke arah bercinta, ada juga datang ketika saya sibuk bekerja, jadi tidak fokus ke arah perkahwinan.
“Mungkin ada juga kerisauan daripada kisah lampau. Oleh itu, saya ambil jalan untuk abaikan dahulu soal bercinta,” tuturnya.
Perkara tersebut dikongsikan Zizan ketika ditemui di sidang media dan majlis berbuka puasa bersama barisan pelakon Polis Evo 3 yang berlangsung di Six In The City, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Dalam pada itu, bercakap mengenai karya hit berkenaan yang bakal ditayangkan pada 25 Mei depan, penyanyi lagu popular Bawa Aku Pergi itu berkata dia tidak mengalami sebarang masalah besar ketika sesi penggambaran meskipun bekeria dengan pengarah baharu iaitu Syafiq Yusof.
Sekadar informasi, Polis EVO 3 merupakan filem aksi Malaysia dengan arahan Syafiq Yusof terbitan bersama Astro Shaw dan Skop Productions. la merupakan kesinambungan daripada Polis EVO 2 (2018) dan filem ketiga dalam trilogi Polis EVO, filem ini dibintangi oleh Shaheizy Sam dan Zizan Razak.
Lebih menarik, Polis Evo 3 turut dijayakan dengan penampilan khas pelakon-pelakon terkenal tanah air seperti Dato’ Afdlin Shauki, Michael Ang, Ben Amir, Wanna Ali, Zulin Aziz, Fauziah Gaos, Ezzaty Abdullah, Iman Corrine Adrienne, Danial Zaini, Radin ERA, Kamaliah Mat Dom, Datin Fadilah Mansor, Daniel Cheang, Isha Norsham ERA dan pempengaruh media sosial, Zukieeeee.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Teka-teki perkongsian klip video perkahwinan pasangan pelakon berbakat besar, Nad Zainal dan Ungku Ismail yang menerima perhatian warganet hari ini, terjawab selepas pereka fesyen terkenal, Seth & Luna membongkar rahsia mengenai majlis pernikahan pasangan tersebut.
Menerusi satu hantaran di Instagram, demi menjaga hubungan persahabatan selama tujuh tahun , Seth & Luna mengakui terpaksa menyimpan rahsia terbesar majlis pernikahan kedua-dua pasangan merpati dua sejoli itu.
“Bermula sebagai pelanggan Seth & Luna dan seterusnya kami diberi kepercayaan untuk menyimpan rahsia terbesar. Itu adalah penghormatan atas tujuh tahun kami bersahabat.
“Setelah lebih tujuh tahun, berbagai ujian yang dihadapi, sempat berlinang air mata dan berkirim doa. Nad mengetuk pintu kami dan menyerahkan kepercayaan untuk menghasilkan busana pernikahannya bersama bakal suami. Antara rahsia yang kami simpan dengan penuh rasa hormat.
“Pada hari ini, kami berdua dengan penuh bangga hati mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru Nad Zainal dan Ungku Ismail. Semoga mahligai perkahwinan yang dibina berbahagia dan berkekalan hingga ke jannah,” coretnya panjang.
Sebelum ini, pasangan itu memberi bayangan di platform media sosial itu bahawa mereka sudah mendirikan rumah tangga.
Menerusi klip video pendek, pasangan itu yang saling menggenakan sepasang busana berwarna putih turut berpimpin tangan berjalan di perkarangan Masjid Wilayah Persekutuan.
Bukan itu sahaja, di ruangan kapsyen tertulis emoji berbentuk hati selain tarikh 23 Januari 2023, merujuk kepada tarikh istimewa mereka disatukan.
Perkongsian berkenaan sekaligus dihujani dengan ucapan tahniah oleh rakan-rakan selebriti termasuk para pengikut mereka yang turut mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin baharu ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Spekulasi mengenai hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini semakin hangat diperkatakan di media...