Guru tari profesional, Linda Jasmine mengakui dirinya perlu menggunakan pendekatan berbeza untuk membimbing anaknya, Tengku Ratu Haidar Tengku Iskhan Shah, sepanjang bertanding di program Talk To My Manager (TTMM) musim ke-2.

Cabaran Emosi Bila Ajar Anak Sendiri

Menurut Linda, meskipun berpengalaman mengajar pelbagai peringkat usia, mengajar anak sendiri memberikan pengalaman yang berbeza terutama dari segi emosi sebagai seorang ibu.

“Bila nak mengajar anak sendiri, saya rasa ia lebih sukar daripada nak mengajar orang lain. Saya pernah bekerja dengan semua peringkat umur, artis profesional sehinggalah dengan mereka yang tidak punyai pengalaman di atas pentas.

“Namun, saya rasa cabaran ini bagus. Ia akan memberikan saya pengalaman untuk mengajar lebih ramai kumpulan manusia. Jadi, saya seharusnya boleh mengajar dan mengurus anak sendiri.

“Perasaannya pasti akan berbeza kerana ia bakal bercampur dengan perasaan peribadi. Sepanjang pengalaman bergelar guru tari, setiap pelajar ada pendekatan yang berbeza.

“Ada cara yang keras dan lembut. Apapun, kita nak keputusan yang terbaik. Jadi, saya kena cari tahu dahulu cara yang sesuai,” katanya kepada Remaja.

Ads

Linda berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media TTMM2 baru-baru ini.

Bimbing Anak Sendiri Lebih Mencabar, Linda Jasmine Akui Perlu Pendekatan Berbeza

Perlu Seimbangkan Peranan Ibu & Pengurus

Dalam masa sama, Linda menegaskan kebajikan anaknya sentiasa menjadi keutamaan berbanding hal-hal lain.

Ads

“Saya kena tahu beza bila masanya saya perlu jadi pengurus dan bila perlu menjadi ibu. Perkara ini sangat sukar. Seperti kejadian sebelum ini, Ratu ada satu sesi penggambaran fotografi.

“Saya sudah siapkan dia segala perancangan. Nak datang awal dan sudah bersedia sepenuhnya. Tiba-tiba Ratu sakit sebab ada masalah perut.

“Kita jumpa doktor dan mereka bagi drip. Ketika itu, saya mengharapkan yang kita sempat ke tempat penggambaran. Namun, doktor tahan Ratu.

Ads

“Selepas itu, saya terus bercakap dengan diri sendiri, penggambaran ini harus dihentikan. Ketika itu, saya kena berhenti berfikir menjadi pengurus. Saya perlu menjadi seorang ibu,” kongsinya sebak.

Bimbing Anak Sendiri Lebih Mencabar, Linda Jasmine Akui Perlu Pendekatan Berbeza

Pernah Tolak Tawaran Musim Pertama

Dalam pada itu, Linda turut mendedahkan mereka sebenarnya telah ditawarkan untuk menyertai TTMM sejak musim pertama, namun terpaksa menolak kerana faktor kesediaan.

Bimbing Anak Sendiri Lebih Mencabar, Linda Jasmine Akui Perlu Pendekatan Berbeza

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads