Untuk menjadi juara pertandingan ratu cantik, bukan hanya rupa menjadi perhatian tetapi kecerdasan minda turut menjadi taruhan. Terbaharu, Divita Rai, 23, yang merupakan seorang arkitek dan peragawati telah berjaya memenangi pertandingan Miss Diva 2022 sekaligus menggalas gelaran Miss Universe India 2022.
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, Miss Diva ditubuhkan pada 2013 merupakan sebahagian daripada pertandingan ratu Miss India Femina, yang bertujuan untuk memilih wakil India ke pertandingan Miss Universe, salah satu pertandingan kecantikan antarabangsa yang berprestij tinggi.
Sejurus selepas kemenangan gadis cantik ini menyatakan keterujaan dan juga rasa terkejut setelah diberi kepercayaan untuk memegang jenama tersebut. Ujarnya, “Saya akhirnya mempunyai mahkota ini di kepala saya. Ia sukar dipercayai, saya benar-benar tidak mempunyai kata-kata.”
Merupakan graduan Kolej Senibina Sir J.J, Divita yang berasal dari Kartanaka menerima mahkota daripada Miss Universe 2021, Harnaaz Sandhu yang juga merupakan pemenang Miss Diva Universe 2021.
Ads
Satu fakta menarik tentang kemenangan Divita, semnagat yang dimilikinya merupakan sebuah lambang tidak putus asa. Dia sebenarnya merupakan seorang finalis Miss Diva 2021 dan mendapat tempat ketiga. Kembali lagi tahun ini dia membuktikan yang di berhak mewakili India ke pentas antarabangsa.
“Ramai di antara kita mempunyai persepsi bahawa wanita harus mempunyai rambut panjang, mereka harus mempunyai jenis rupa dan badan tertentu. Tetapi dengan setiap pemenang, saya rasa kita cuba memecahkan stereotaip tersebut. Saya rasa seseorang hanya perlu mempunyai hati yang baik, niat yang baik dan minda berorientasikan matlamat.
Ads
“Jika anda boleh melakukannya dan mempunyai keyakinan pada diri sendiri, anda boleh mewakili diri anda dan negara anda dengan baik. Dan itulah perkara yang harus kita sentiasa bincangkan, kecantikan itu bukan hanya terhad kepada sebilangan orang sahaja. Perkara yang anda rasa dari dalam, apa yang anda katakan dan impaknya sangat penting,” kongsinya dalam satu temubual.
Adakah Divita akan berjaya memenangi pertaningan Miss Universe 2022 sekaligus memecah rekod kejuaraan back-to-back bagi India? Sama-sama kita nantikan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, jenama aksesori Speculum telah mendapat kritikan oleh peminat dari kumpulan K-Pop terkenal, Seventeen apabila acara ‘fan meeting’ bersama model jenama tersebut iaitu Jeonghan dan The8 tidak seperti yang diharapkan.
Difahamkan jenama Speculum telah mengadakan acara beramah mesra tersebut secara terbuka untuk 50 pelanggan bertuah yang bakal bertemu dengan dua anggota Seventeen itu. Namun, menurut peminat ianya tidak dilaksanakan dengan baik dan Speculum juga telah menghindari segala keluhan atau maklum balas yang diberikan oleh mereka.
Sebelumnya, dilaporkan bahawa bagi pelanggan atau peminat yang membeli barangan dari jenama tersebut dari 9-10 September 2024 akan berpeluang memenangi hadiah menarik. Salah seorang dari pemenang menyatakan dia telah menghabiskan lebih kurang 63 juta Korea Won (RM 62,415) kerana dengan pembelian lebih banyak, lebih tinggi peluang untuk menang.
Walau bagaimanapun, semasa acara tersebut berlangsung, kebanyakan dari pemenang meluahkan rasa kesal kerana waktu untuk mengambil gambar bersama kedua idola K-Pop itu kurang memuaskan ditambah pemandangan kabur.
Selain itu, video khas yang sepatutnya ditayangkan istimewa untuk para pemenang juga tidak ditayangkan serta kedua artis tersebut hanya tampil selama 9 minit sahaja.
Dalam pada itu, meskipun acara tersebut seharusnya disertai oleh 50 pemenang sahaja. Speculum juga diduga telah menambah pelanggan dari China ke dalam senarai pemenang, bahkan mengundang para pempengaruh yang menerima lebih banyak waktu daripada para pemenang.
Susulan itu, menurut peminat (Carat), Speculum sebelum ini mengakui kekurangan profesionalisme mereka dalam mengendalikan acara tersebut dan berjanji untuk menebus semula kekurangan itu kepada ganjaran lain tetapi sehingga kini jenama berkenaan masih belum memberikan sebarang maklum balas mengenainya kepada pemenang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selain daripada melaksanakan tugas hakiki sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan di rumah, korang juga masih boleh melakukan aktiviti sihat untuk tidak menjadi ‘lemau’ dan kekal cergas.
Walaupun tidak boleh pergi ke gimnasium atau jogging diluar, apa kata korang ambil inisitiatif sendiri untuk mengeluarkan peluh dirumah.
Berikut merupakan 20 minit kuarantin workout yang korang boleh buat di rumah berdasarkan perkongsian dari jurulatih kecergasan, Jordan Yeoh.
1. Elbow to knee
2. Cross lunge
3. T-Retraction
4. Hip bridge
5. Ez-push up
6. Lying single knee raise
7. Jumping jack
8. Crunches hip bridge
9. Soft jump
10. Prone stroke
11. Hi toe touch
12. Plank to downward dog
13. Side hip raise (kiri dan kanan)
14. Ez-push up knee in
15. Mountain climber
16. Jump jack
17. Squat
18. Plank hold
Korang boleh rehat dalam masa 1 hingga 2 minit
19. Squat
20. Half push up
21. Prisoner back extension
22. Active rest (20 saat): Maksudnya korang berehat sebentar tapi masih melakukan pergerakan simple
23. Prone jump in
24. Active rest (20 saat)
25. Plank heel raise
26. Back lunges
27. Active rest (20 saat)
28. Alternate toe touch
29. Bent over toe tap
30. Active rest (20 saat)
31. Reverse plank
32. Ez burpee
Sebelum mengakhiri workout ni, korang jangan lupa buat cooling down ya.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Usaha dan kegigihan tidak akan sia-sia andai berani menyahut cabaran. Pepatah ini sesuai diumpamakan kepada wanita berusia 28 tahun ini apabila dia akhirnya berjaya memenangi gelaran Miss Universe Vietnam 2022 sekaligus mengalahkan 70 peserta yang lain.
Nguyen Thi Ngoc Chau bukanlah nama asing dalam dunia peragaan dan ratu cantik di negaranya. Beliau sebelum ini pernah memenanangi rancangan realiti Vietnam Next Top Model pada tahun 2016 ketika berusia 22 tahun.
Kemudian pada tahun 2018, dia telah memenangi pertandingan Miss Supranational Vietnam 2018 sekaligus mewakili negaranya ke peringkat antarabangsa. Tidak pulang dengan tangan kosong, wanita tinggi lampai ini berjaya berada dalam kedudukan 10 terbaik dan diberikan gelaran Miss Supranational Asia 2018.
Sebagai veteran dalam dunia peragaan dan ratu cantik, semestinya tekanan untuk menempa kejayaan menjadi lebih hebat. Namun dia membuktikan dengan segala pengalaman yang dimiliki, dia adalah individu yang tepat untuk mewakili negaranya.
Daripada 71 peserta di peringkat awal kemudiannya dikecilkan kepada 41 peserta untuk tampil di pentas finale, dia berjaya menembusi ke jajaran 16 peserta terbaik sebelum diumumkan sebagai Top 10. Setelah menempuhi cabaran pakaian renang dan juga persembahan gaun petang, Ngoc Chau akhirnya diumumkan sebagai salah seorang peserta Top 5.
Di peringkat lima terbaik ini, masing-masing diberikan soalan yang berbeza-beza untuk dijawab. Setelah melalui cabaran ini, para finalis kemudiannya dikecilkan lagi menjadi tiga peserta terbaik dan mereka menerima soalan yang sama sebagai penentu kepada pihak juri memilih siapakah yang terbaik.
Kredit foto: Instagram Miss Universe Vietnam
Mengiringi dirinya sebagai Miss Universe Vietnam yang baharu, Le Thao Nhi dinobatkan sebagai naib juara dan Huynh Pham ThuyTien pula berada di kedudukan ketika. Mereka masing-masing menerima mahkota dan hadiah iringan sebagai habuan kejayaan.
Miss Universe Vietnam 2022 kali ini menampilkan barisan juri profesional termasuklah tiga bekas pemenang Miss Universe iaitu Harnaaz Sandhu, Catriona Gray dan Natalie Glebova. Setakat ini Vietnam sudah lima kali berjaya bergelar semi-finalis di pentas utama Miss Universe dan kejayaan tertinggi dicapai oleh Miss Universe Vietnam 2017, H’Hen Nie apabila dia menjadi peserta Top 5 di Miss Universe 2018.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!