Nasib tidak menyebelahi Firdaus Rahmat apabila dia disingkirkan dari pentas Big Stage musim ke-5 semalam, sekaligus membantutkan perjalanan penyanyi muda tersebut untuk maju ke pentas akhir pertandingan nyanyian tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Masuk Telinga Kanan, Keluar Telinga Kiri,” – Ajai Kecewa Dengan Kualiti Persembahan Peserta Big Stage?

#BIGSTAGE2023 Ajai & Aina Abdul Akui Terkejut Dengan Kualiti Persembahan Peserta ‘Always Perform’ Ini!

Meskipun markah yang diberikan oleh juri terhadapnya lebih tinggi berbanding Putera Muhammad, beliau terpaksa akur dengan takdir penyingkirannya dek kerana markah rendah dari undian penonton di rumah.

Sungguhpun majoriti peminat beliau mempersoalkan sistem penyingkiran pertandingan nyanyian itu , juri tetap Aina Abdul dan Ajai masih kekal dengan pendapat mereka berkaitan isu terbabit.

#BIGSTAGE2023 Ajai & Aina Abdul Akui Terkejut Dengan Kualiti Persembahan Peserta ‘Always Perform’ Ini!

“Saya tak jangka yang Putera akan menyanyi sebegitu rupa. Manakala berbalik pada Firdaus, kami dah banyak kali tekankan untuk pergi kepada kekuatan tersendiri individu tersebut,

IKLAN

“Kita taknak bandingkan mereka berdua kerana jelas sekali ‘beribu tiang’ perbezaan tersebut, maka ianya akan jadi tidak adil di situ,” jelas Ajai ketika sidang media semalam.

#BIGSTAGE2023 Ajai & Aina Abdul Akui Terkejut Dengan Kualiti Persembahan Peserta ‘Always Perform’ Ini!

Ahli kumpulan Exists itu juga mengakui bahawa dirinya sendiri tidak terfikir bahawa kedua-dua peserta berbakat tersebut akan melakukan persembahan sebegitu rupa.

Manakala, Aina Abdul yang selama ini turut memberikan pernilaian markah kepada peserta Big Stage musim ke-5 turut mengakui bahawa dirinya agak terkejut dengan persembahan yang dipamerkan oleh Putera Muhammad semalam.

IKLAN

#BIGSTAGE2023 Ajai & Aina Abdul Akui Terkejut Dengan Kualiti Persembahan Peserta ‘Always Perform’ Ini!

“Saya agak ralat melihat persembahan Putera hari ini ini.  Sama ada ianya ingin dilabel sebagai ‘favouritisim’ sekalipun tapi kita harus akui bahawa dia sentiasa berada di kedudukan Top 3 setiap minggu,

“Tetapi seperti yang saya cakap sebentar tadi bahawa rezeki tidak akan salah alamat dan mungkin kita juga boleh mula consider the fact yang Putera sentiasa memberikan persembahan terbaik beliau setiap minggu,” komen penyanyi terkenal tersebut.

IKLAN

#BIGSTAGE2023 Ajai & Aina Abdul Akui Terkejut Dengan Kualiti Persembahan Peserta ‘Always Perform’ Ini!Persembahan duet Putera Muhammad bersama Ara Johari.

Pemenang Anugerah Juara Lagu bagi kategori vokal terbaik ini turut bersetuju dengan kemahuan penonton dan melabelkan Firdaus Rahmat sebagai seorang peserta yang berpontensi tinggi namun perlu mengambil masa lebih untuk menunjukkan taringnya kepada mereka di luar sana.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Astro Gempak

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI