Penyanyi terkenal dan tersohor Indonesia, Datuk Seri Rossa membuktikan pengaruhnya masih lagi berbisa apabila tiket pra-jualan Konsert Here I Am yang dibuka bermula pukul 3.00 petang semalam habis dijual dalam masa tiga jam sahaja.
Menariknya, tiket kategori zon Festival habis dijual hanya dalam masa empat minit.
Terharu dengan sambutan peminatnya di Malaysia, pemilik nama sebenar Rossa Roslaina Handiyani ini turut menyatakan keterujaannya untuk kembali beraksi di pentas Malaysia dan menghiburkan para peminatnya di negara ini.
“Saya sangat teruja untuk kembali ke Kuala Lumpur dan menyampaikan lagu-lagu yang membawa maksud mendalam buat diri saya”
Ads
“Sokongan peminat di Malaysia sentiasa menghangatkan hati saya dan saya tidak sabar untuk berkongsi detik istimewa ini bersama mereka setelah 25 tahun berkarya,” kata penyanyi kelahiran Sumedang, Jawa Barat ini yang bakal menggegarkan Axiata Arena, Bukit Jalil pada 14 Jun 2025.
Dalam pada itu, bercakap mengenai konsert susulan kepada filem dokumentari ‘All Access to Rossa: 25 Shining Years’ yang ditayangkan bulan lepas merupakan anjuran Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Inspire Production dengan kerjasama SAH Entertainment, sebagai tanda penghargaan buat peminat Rossa yang setia menyokong perjalanan kariernya.
Ads
Selain itu, antara lagu-lagu yang bakal dipersembahkan adalah seperti Nada Nada Cinta, Pudar, dan Hey Ladies, selain beberapa persembahan eksklusif lain.
Ads
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Datuk Aizuddin Ghazali berkata, pihaknya berbesar hati untuk menjayakan konsert tersebut sebagai inisiatif untuk merapatkan hubungan antara Malaysia dan Indonesia melalui platform muzik seterusnya membantu Malaysia mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Menurutnya, Rossa adalah ikon seni yang disegani serta dihormati. Pihaknya yakin konsert ini akan memberikan pengalaman dan memori terindah buat semua peminat beliau serta memperkukuh ikatan persaudaraan serantau.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam satu hantaran di laman media sosial Instagram @bruneiroyalfamily, telah dimaklumkan bahawa anakanda ketujuh baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah iaitu Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim telah meninggal dunia hari ini pada jam 10.08 pagi.
Seperti yang tertulis di laman Instagram tersebut,
“Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam, dengan amat dukacita memaklumkan kepada seluruh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam bahawa dengan takdir Allah Subhanahu Wataala, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah telah mangkat pada hari ini, Sabtu 7 haribulan Rabiulawal 1442 bersamaan 24 haribulan Oktober 2020 jam 10.08 pagi.
Sumber gambar: Tangkap Layar via Instagram @bruneiroyalfamily
Jenazah Almarhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim akan dimakamkan di Kubah Makam Diraja pada hari ini, Sabtu 7 haribulan Rabiulawal 1442 bersamaan 24 haribulan Oktober 2020, selepas waktu Asar.
Maka oleh yang demikian, seluruh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam hendaklah mengibarkan bendera setengah tiang pada hari ini dan berkabung selama 7 hari mulai pada hari ini Sabtu 7 haribulan Rabiulawal 1442 bersamaan 24 haribulan Oktober 2020.
Sedemikian dengan amat dukacita dimaklumkan.”
Sumber gambar: via thescoop.co (Pengiran Abdul Azim bersama ayahanda dan adik-beradiknya.)
Untuk pengetahuan pembaca, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim merupakan anakanda pertama Sultan Haji Hasannal Bolkiah bersama bekas isteri kedua baginda iaitu Puan Hajah Mariam binti Haji Abdul Aziz dan merupakan kekanda kepada Pengiran Muda Abdul Mateen yang merupakan seorang figura popular di laman media sosial.
Diputerakan pada 29 Julai 1982, almarhum mangkat pada usia 38 tahun. Salam takziah kami ucapkan kepada seluruh keluarga di-Raja Brunei Darussalam.
Sumber: Instagram @royalbruneifamily
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, Kim Kardashian sekali lagi dikaitkan dengan artis Hollywood terkenal itu dalam video jenama fesyen Dolce & Gabbana. Ibu kepada empat orang anak itu mengambil inspirasi daripada mendiang Marilyn dalam sebuah video bagi mempromosikan pertunjukan fesyen Dolce & Gabbana.
Dolce & Gabbana adalah jenama fesyen agung yang tidak pernah menghampakan para peminatnya dengan rekaan yang berjiwa feminin.
Kim dilihat menikmati piza sambil dirinya diperhatikan oleh sekumpulan jurugambar.
Klip yang dihasilkan itu sempena pertunjukan fesyen musim panas Milan Fashion Week 2023 yang berlangsung pada Sabtu lalu.
Kim yang berkolaborasi dengan jenama mewah itu menampilkan video promosi dengan tema hitam putih yang diberi judul Ciao Milano, #CiaoKim #DolceGabbana.
“Saya tidak sabar menunggu koleksi ini dilancarkan. Ini akan menjadi sangat luar biasa. Tidak sabar menunggu pertunjukan itu, sudah hampir waktunya!” tulisnya di Instastory.
Sama tak? Dah namanya Kim Kadashian, apa sahaja yang dilakukan selebriti ini pasti menjadi perhatian ramai.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dari Allah kita datang dan Kepada-Nya jua kita kembali
Aktres TV Wanita Popular, Anna Jobling dimaklumkan telah kehilangan bapa tersayang, Allahyarham Abdul Rahman Jobling Abdullah akibat penyakit jantung di United Kingdom (UK), semalam.
Pemergian Allahyarham Abdul Rahman disahkan bintang utama drama Melur Untuk Firdaus itu menerusi Instagram, sebentar tadi.
“Ayah saya, Abdul Rahman Jobling Abdullah menghembuskan nafas terakhir, malam tadi,” tulisnya.
Menurut Berita Harian, Anna turut memohon peminat menghadiahkan bacaan al-Fatihah buat arwah bapanya, sambil menyifatkan lelaki itu sebagai bapa yang baik kerana sentiasa memberi sokongan kepadanya.
Sementara itu, pengurus Anna, Shawn Amer berkata, Anna tidak dapat menatap jenazah arwah bapanya buat kali terakhir berikutan berada di Bali, Indonesia atas urusan kerja.
“Allahyarham meninggal dunia di UK akibat penyakit jantung, semalam. Bagaimanapun, Anna tidak dapat bersama arwah buat kali terakhir kerana terikat dengan jadual penggambaran di Bali,” katanya.
Sekadar info, aktres berusia 23 tahun itu berada di Bali bagi menjalani penggambaran drama bersiri The One untuk sebuah platform penstriman.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO & ARTIKEL: Instagram Anna Jobling & Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!