
Berita baik buat peminat kumpulan kpop BTS, Big Hit Music telah mengesahkan bahawa BTS akan kembali dengan album baharu pada 10 Jun ini.

Sebelum ini, agensi itu telah memuat naik sebuah video yang tertulis ‘WE ARE BULLETPROOF’ dan ‘2022.06.10’ pada penghujung iklan konsert yang bakal berlangsung pada 16 April di Las Vegas. Bersama-sama dengan video itu juga, Big Hit Music turut menyiarkan sebuah kenyataan rasmi di Weverse dan mengumumkan kumpulan kpop itu akan kemali pada 10 Jun dengan album baharu.
[공지] #BTS 신보 발매 안내 (+ENG/JPN/CHN)https://t.co/Pxb2rZbyCc pic.twitter.com/qkuPPA4cmx
— BTS_official (@bts_bighit) April 17, 2022
Hello,
This is Big Hit Music
BTS akan kembali dengan album baharu pada 10 Jun 2022.
Butiran mengenai album baharu akan dikemaskini dalam kenyataan lain yang akan dimaklumkan kelak.
Kami mengharapkan sokongan dan kasih sayang anda untuk album terbaharu BTS ini.
Terima kasih.

Wah, mesti peminat dah tak sabar nak tunggu lagu terbaharu mereka kan?
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
[REVIEW] Diperam 12 Tahun,’Dukun’ Kini Muncul Sebagai Lebih Daripada Sebuah Filem Seram Klise
![[REVIEW] Diperam 12 Tahun,'Dukun' Kini Muncul Sebagai Lebih Daripada Sebuah Filem Seram Klise 6 [REVIEW] Diperam 12 Tahun,'Dukun' Kini Muncul Sebagai Lebih Daripada Sebuah Filem Seram Klise](https://cdn.remaja.my/2018/04/Dianas-ritual-03.jpg)
12 tahun lamanya. Itulah tempoh masa yang kita semua perlu tunggu untuk menyaksikan filem ‘Dukun’ ditayangkan di pawagam. Kalau dibandingkan dengan usia kanak-kanak, filem tersebut kini sudah bergelar sebagai murid darjah enam!
Filem arahan pengarah hebat yang terkenal dengan filem ‘Bunohan’ dan ‘Interchange’, Dain Said menganggap filem ini sebagai sebuah karyanya cukup istimewa. Ia merupakan filem pertama arahannya yang kemudian berdepan pelbagai spekulasi dan kontroversi menyebabkan ‘Dukun’ terpaksa diperam selama 12 tahun.
Namun pada sidang media selepas tayangan eksklusif ‘Dukun’ semalam, Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar menjelaskan ‘Dukun’ sebenarnya tidak pernah diharamkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).
Ia sekaligus menamatkan pelbagai spekulasi yang berlegar bertahun-tahun lamanya kononnya filem ini diharamkan atas banyak faktor; antaranya kaitan dengan sebuah kes pembunuhan berprofil tinggi dalam sejarah negara.
‘Dukun’ telah mendapat klasifikasi tayangan label P13 di mana hanya individu berusia 13 tahun ke bawah perlu mendapat pengawasan dan bimbingan ibu bapa atau penjaga ketika menontonnya.
![[REVIEW] Diperam 12 Tahun,'Dukun' Kini Muncul Sebagai Lebih Daripada Sebuah Filem Seram Klise 7 [REVIEW] Diperam 12 Tahun,’Dukun’ Kini Muncul Sebagai Lebih Daripada Sebuah Filem Seram Klise](https://cdn.remaja.my/2018/04/qaaa.jpg)
Benarkan filem ‘Dukun’ hanyalah sebuah filem seram tempatan yang seperti biasa kita tonton?
Itulah sangkaan penulis ketika memasuki panggung semalam. Namun ternyata jangkaan itu meleset sama sekali. Ini merupakan sebuah karya yang mempunyai banyak elemen genre psycho thriller yang kaya dengan unsur paranormal. Dan melihatkan sentuhan Dain Said, ‘Dukun’ juga sarat dengan symbolism yang memberi dimensi berbeza kepada karakternya.
Kisah ‘Dukun’ bermula dengan penangkapan seorang wanita bernama Diana Dahlan (Datin Seri Umie Aida) yang dituduh membunuh seorang lelaki bernama Datuk Jefri. Selepas dia ditangkap kita diperkenalkan pula dengan Karim (Faizal Hussein), seorang peguam yang mempunyai juga konflik peribadi cukup menarik.
Selepas menolak ramai peguam lain, Diana Dahlan bersetuju menerima Karim sebagai peguam belanya. Little did we know, Diana sebenarnya menyimpan rahsia besar antara dirinya dan keluarga Karim. Dan Karim pula menerima kes itu sebagai antara jalan untuk dia mencari anak gadisnya, Nadia (Elyana) yang telah hilang sejak beberapa minggu.
![[REVIEW] Diperam 12 Tahun,'Dukun' Kini Muncul Sebagai Lebih Daripada Sebuah Filem Seram Klise 8 [REVIEW] Diperam 12 Tahun,’Dukun’ Kini Muncul Sebagai Lebih Daripada Sebuah Filem Seram Klise](https://cdn.remaja.my/2018/04/MG_9346.jpg)
Sebagai seorang peguam kita ditonjolkan dengan karakter Karim yang percaya bahawa setiap orang sama ada bersalah atau tidak mempunyai hak untuk dibela. Dan dalam pada masa yang sama dia terpaksa bergelut untuk menrima tentang kebenaran yang haikat dan tersirat terbentang di depan matanya. People will do anything for the person they dearly love. Hatta terpaksa melawan prinsip kepercayaan dan logik akal dirinya sendiri.
Sisi seram filem ini muncul dalam banyak babak ketika Diana melakukan ritual ajaran ilmu hitamnya. Dan bagi penulis, sisi yang lebih menyeramkan ialah bagaimana karakter Diana yang dilakonkan dengan cukup cemerlang oleh Umie Aida tidak pernah berasa bersalah atas kematian mangsanya. Reasoning di sebalik keyakinannya itu diungkap dengan kata-kata penuh yakin dan angkuh sekaligus menunjukkan karakter dukun ini berada di luar batasan sifat norma manusia.
![[REVIEW] Diperam 12 Tahun,'Dukun' Kini Muncul Sebagai Lebih Daripada Sebuah Filem Seram Klise 9 [REVIEW] Diperam 12 Tahun,’Dukun’ Kini Muncul Sebagai Lebih Daripada Sebuah Filem Seram Klise](https://cdn.remaja.my/2018/04/Karim-Faizal-Hussin-and-Diana-Umie-Aida-1.jpg)
Kemantapan barisan pelakon lain seperti Namron (ASP Talib), Hasnul Rahmat (Danni) dan Sofi Jikan (Fadzli) turut menjadikan ‘Dukun’ sebagai salah sebuah filem thriller seram terbaik pernah dihasilkan di Malaysia.
Penantian selama 12 tahun untuk menyaksikan ‘Dukun’ ternyata cukup berbaloi. Cuma mungkin di masa akan datang kita tidak lagi perlu menunggu tempoh panjang begini untuk menyaksikan sebuah karya yang baik di layar perak. Jika korang minat filem seram yang bukanlah hanya bersifat satu dimensi yang klise, pergilah menonton filem ini di pawagam.
‘Dukun’ telah mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula pada hari ini.
Rating: 8/10
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Kami Telah Menerima Hakikat,” – ND Lala Tidak Dapat Dihubungi, Syada Amzah Luah Rasa Buat Bapa

Kemelut rumah tangga di antara kedua ibu bapa penyanyi terkenal Shila Amzah menjadi perhatian media massa apabila ibunya, Datin Fauziah Sarman memuat naik gambar seorang wanita yang dikatakan isteri baharu Datuk ND Lala.
Menjadikan konflik tersebut lebih rumit apabila dilaporkan bahawa wanita tersebut merupakan teman sekolah Shila sendiri dan pernah bertandang ke rumah keluarga mereka.
Kini, adik kepada Shila, Syada Amzah yang juga seorang penyanyi meluah perasaan di laman Instagram miliknya berkaitan hal tersebut. Menerusi hantaran tersebut, Syada menyatakan bahawa keputusannya membuat tindakan sebegitu disebabkan bapanya tidak dapat dihubungi.

“Wahai ayah, tiada lagi foto ayah bermula hari ini. Surat terbuka ini ditulis kerana tiada siapa mempunyai akses menghubungi ayah. Pertama sekali, selamat menyambut ulang tahun kelahiran ke-62. Terima kasih atas pengorbanan untuk membesarkan kami empat beradik,” ujarnya.
Dalam kenyataan itu lagi, gadis berusia 25 tahun itu turut berkongsi yang dia dan adik beradiknya yang lain sudah menghidu hubungan bapa mereka sebelum ini. Namun kini semuanya menjadi jelas.

“Bagi pihak adik-beradik, kakak, Syafiq, Syahir dan saya, kami terima hakikat dan reda apabila ayah memilih meninggalkan kami sekali lagi. Kami sudah lama tahu mengenai hubungan itu, tetapi baru kini segala-galanya terungkai dengan jelas. Semoga itu semoga ini dengan kehidupan yang ayah pilih. Selamat Hari Raya lebih awal,” kongsi Syada menoktahkan ucapan buat bapanya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kontroversi Lirik Lagu Dengan Kalimah Allah, Jay Park Jawab Kritikan

Kecoh sebentar dunia hiburan K-Pop dan Malaysia pada hari ini apabila sebuah lagu yang pernah dirakamkan oleh penyanyi, Jay Park kembali diperkatakan kerana kandungan liriknya yang didapati tidak sensitif.
Lagu berjudul Twisted Dreams itu telah dinyanyikan oleh Jay Park bersama-sama beberapa penyanyi lain seperti Jay Electronica dan juga rapper terkenal negara, Joe Flizzow.
Sebelum ini, Jay dan Joe pernah berkolaborasi menerusi lagu Ciao dan ia mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat mereka di kedua-dua buah negara. Jadi, apakah yang menyebabkan ramai pendengar bengang dengan lagu Twisted Dreams ini?
Ia didapati menggandungi kalimah Allah dan didakwa tidak sensitif terhadap penerimaan pendengar beragama Islam seperti yang dapat disaksikan menerusi komen-komen warganet yang kecewa dengan penglibatan Joe dalam lagu ini.

Dalam lirik yang dinyanyikan oleh Jay Electronica, ia berbunyi,
“Astaghfirullah, all we want is salam-salam. But all these f****s givin’ out is haram-haram.”
Biarpun Jay Electronica merupakan seorang rapper beragama Islam, namun penggunaan kalimah tersebut masih tidak disenangi oleh pendengar umum kerana ia bercampur-baur dengan perkataan tidak senonoh.
*
Isu ini tidak terhenti setakat di situ saja apabila Joe turut dikaitkan dengan sebuah lagi lagu nyanyian Jay Park berjudul Mukbang! yang turut menampilkan kalimah Allah, haram dan wanita Arab dalam liriknya.
Hari ini, Jay yang juga merupakan pengasas kepada AOMG dan H1GHR MUSIC telah tampil dengan penjelasan ringkas di akaun Twitter rasminya.
Kata Jay, liriknya tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan sesiapa atau tidak menghormati kepercayaan masyarakat dan menganggap ia hanyalah ‘sekadar lirik’.
“Kepada sesiapa yang merasakan ia sebegitu (menyinggung perasaan), saya mohon maaf. Kamu terus mengeluarkan komen seperti ‘dia mempergunakan agama’ dan ‘rasis’, hentikan naratif yang tidak benar itu. Bagi saya, ia hanya lirik, kepada sesetengah orang lain ia adalah lebih serius. Ia semudah itu.”

Biarpun kedengaran seperti Jay tidak mahu mengalah dengan tiket kebebasan untuk berkarya, tidak lama selepas itu dia tampil semula dengan beberapa lagi ciapan untuk memohon maaf dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.
“Tentunya, saya faham respon yang diterima ini. I will be more mindful next time dear. Saya sayang semua peminat muslim sejati saya dan saya berharap isu ini tidak akan membuatkan kamu memandang saya dari sudut berlainan.
“Kepada yang ingin terus membenci, biarkan mereka,” catatnya.

Setelah beberapa jam, Jay Park kembali semula ke Twitter setelah beberapa jam untuk menjelaskan bahawa dia kini benar-benar faham isu yang telah menyentuh sensiviti masyarakat Muslim.
“Pada mulanya saya tidak melihat lirik itu adalah salah. Namun setelah saya membaca komen (bukan komen yang berbaur kebencian tetapi komen yang cuba menerangkan mengapa ia offensive), saya sedar saya telah menggunakan kalimah yang penting. Ada orang yang sanggup hilang nyawa demi kalimah tersebut (kalimah Allah).
“Saya tidak mempunyai hak untuk menggunakan sesuatu yang penting kepada masyarakat Islam dalam lirik rap saya. Saya memohon maaf kepada anda semua. Niat saya bukanlah untuk tidak menghormati sesiapa dan saya akan lebih berhati-hati. Saya sayang dan hormati semua peringkat masyarakat berlainan budaya, etnik dan agama.”
🙏❤️ I humbly apologize. pic.twitter.com/uOUwxzqdN0
— JAY BUM PARK (@JAYBUMAOM) May 27, 2021
I see where yall comin from now. Thanks to those who were kind enough to explain. Love ❤️🙏
— JAY BUM PARK (@JAYBUMAOM) May 27, 2021
Cuba korang baca lirik Mukbang! di bawah dan komen sekiranya Jay Park benar-benar telah melampui batas menerusi penulisan liriknya pada kali ini.
Worship me like Allah
Get it done like wallah
B**** I’m on fire
I don’t compromise though
I’m not surprised though
Even Arab women take off their hijab and wear a bikini
ARTIKEL BERKAITAN : Sultan Selangor Pertahankan Kalimah ALLAH, Larang Sama Sekali Penggunaannya Dalam Kitab Bible – REMAJA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

