Setiap kali demam, kita akan cari Panadol (biarpun ia adalah satu jenama seperti Colgate tetapi kita sudah terbiasa menyebut paracetamol sebagai panadol). Sekali makan, sekurang-kurangnya dua biji sekali makan, konon bagi menghilangkan kebah panas badan.
Kemudian wujud mitos pil paracetamol ini tak akan hadam dalam perut untuk satu tempoh agak lama iaitu 5 tahun. Ada lain kata-kata lain bahawa paracetamol sememangnya tak baik untuk kesihatan tubuh.
Setiap ubat ada kebaikannya jika dimakan dengan betul seperti disarankan oleh doktor. Namun boleh menjadi mudarat kalau digunakan dengan berlebihan. Ini samalah dengan ubat batuk. Elok jika ikut dos tetapi kalau berlebihan boleh jadi lalok dan digunakan oleh kebanyakan penagih dadah bagi menghilangkan ketagihan mereka.
Jika paracetamol dimakan berlebihan, ia boleh jadi mudarat- pix internet
Sebelum mempercayai semua fakta dan auta tentang paracetamol, baca penerangan yang tulis oleh pegawai farmasi, Mohd Dziehan Mustapa mengenai paracetamol ini seperti di syer dalam entri facebooknya.
Satu pertanyaan berbunyi, ADA ORANG TANYA, BETUL KE MAKAN PARACETAMOL (UBAT DEMAM) NI AKAN ROSAK HATI?
Jawapannya : YA, jika makan lebih daripada yang disarankan.
Dos yang disarankan (demam biasa)?
Jawapan: Dewasa: 1g (500mg tab x 2biji) setiap 6 jam
[Max dos:4g sehari]
Ads
Kanak-kanak: Rujuk lampiran sebab kanak-kanak dos ikut berat badan begitu juga max dos dalam sehari.
Dos yang bagaimana boleh merosakkan hati?
Jawapan: Dos minimun yang boleh menyebabkan kesan toksik paracetamol adalah:
Dewasa: 7.5-10g dalam 1 dos (1 pengambilan)
Kanak-kanak (1-6tahun): 200mg/kg dalam 1 dos (1 pengambilan)
Perut membusung adalah tanda seorang itu mengidap penyakit hati
Ads
Habis tu kenapa ada orang kata makan paracetamol 8 biji sehari boleh rosak hati?
Jawapan: Mungkin orang itu bukan Ahli Farmasi atau Doktor Perubatan . Atau mungkin juga orang itu salah faham. Kita (dewasa) makan paracetamol ikut dos yang disarankan adalah 1g iaitu 500mg tablet x 2biji sebagai 1 dos (1 pengambilan).
Dos (dewasa) min yang boleh menyebabkan kesan toksik adalah 7.5-10g iaitu 500mg x 15 biji hingga 20 biji sebagai 1 dos (1 pengambilan). Mana ada orang yang makan 15-20 biji paracetamol sebagai 1 dos atau 1 pengambilan? Kecuali individu itu ada niat lain jika makan banyak begitu.
Habis tu En. Dziehan kalau makan paracetamol 2 biji setiap 6 jam tidak menyebabkan kesan toksik pada hati kita?
Jawapan: TIDAK. Sebab ikut dos yang disarankan. Badan kita bukan macam TONG atau BALDI. Ubat yang kita makan tidak berkumpul dalam badan kita. Setiap ubat akan melalui proses metabolisma dan dikumuhkan keluar daripada tubuh kita. Untuk paracetamol ia di-matabolisma oleh enzim hati kita dan dikumuhkan keluar daripada badan kita melalui urin (air kencing).
Hati-hati dengan dos yang dimakan kerana jika berlebihan boleh merosakkan organ dalaman
Berapa lama proses ini berlaku?
Ads
Badan kita ambil masa 1-3jam (elimination half life) untuk mengurangkan kepekatan paracetamol dalam darah kepada 1/2 daripada kepekatan asal yang diserap oleh tubuh.
Hmmmm nampak tak…inilah ilmu yang kita panggil sebagai ‘pharmacokinetics’. Ahli farmasi belajar subjek ini. Sebab itu kami lebih memahami perkara-perkara berkaitan Ubat-ubatan ?
Maka setakat makan 2 biji (1g) paracetamol tidak menyebabkan kerosakan hati. Dalam 1-3 jam kepekatan 1g paracetamol yang diserap oleh tubuh akan menjadi separuh kerana proses metabolisma. Kesan toksik berlaku apabila ubat berada dalam kepekatan tinggi dalam tubuh dalam satu jangka masa yang tertentu dan kekuatan ubat tersebut.
Maka sekarang CLEAR tak berkaitan FITNAH PARACETAMOL yang digembar gemburkan kononnya beri kesan toksik kepada hati pada dos biasa. Ingat, SALAH INFORMASI itu…saya dah terangkan paling ringkas yang boleh berdasarkan informasi yang sahih.
Pegawai Farmasi Anda
Mohd Dziehan Mustapa
Medical Mythbusters Malaysia (M3)
Kejadian malang yang menimpa dirinya tidak menjadi penghalang untuk terus memajukan diri. Victoria Salcedo, 23 tahun, yang berasal dari Guayaquil, Ecuador ini merupakan salah seorang finalis pertandingan Miss Ecuador 2021. Pemenang pertandingan ini akan mewakili negara itu ke pertandingan Miss Universe 2021 yang dijangkakan bakal berlangsung penguhujung tahun ini.
Victoria yang merupakan seorang pelajar dan juga pempengaruh media sosial hilang kedua belah tangan dan sebelah kaki dalam insiden renjatan elektrik ketika berusia lima tahun. Walaupun dia dikategorikan sebagai orang kurang upaya dek kecacatan kekal, itu tidak langsung mematahkan semangatnya untuk hidup. Bahkan dia mahu menyampaikan mesej agar masyarakat lebih bersikap memahami.
Seorang pelajar dalam bidang kewartawanan, Victoria dalam satu temubual berkata, “Insiden yang belaku kepada dirinya bukan penghalang bagi mengejar impian dan terus maju ke hadapan. Selain belajar dalam bidang kewartawanan saya juga aktif berenang dan menyertai pelbagai aktiviti tanpa masalah. Kekurangan ini tidak menghalang saya.”
Memperaga busana dalam pertunjukan fesyen. Sumber gambar: Instagram Victoria Salcedo
Menurutnya lagi perkara yang paling sukar bukanlah tentang keupayaan dirinya, tetapi bagaimana hendak beradaptasi dengan orang yang selalu memandangannya dengan serba kekurangan. Dia belajar untuk menguruskan hidupnya dan berbuat aktiviti dengan kaki kanannya yang berfungsi.
Memiliki lebih 120 ribu pengikut di Instagram dan 260 ribu pengikut di TikTok, dia menjadi inspirasi untuk masyarakat yang terdiri dari pelbagai lapisan umur. Menggunakan laman media sosialnya sebagai medium untuk menyampaikan mesej positif tentang ketidakupayaan, dia mendidik masyarakat agar menjadi lebih peka dan prihatin.
Finally, ada berita baik mengenai situasi jerebu yang melanda Malaysia!
Menurut Jabatan Metereologi Malaysia, kualiti udara di bahagian timur Malaysia akan bertambah lebih baik pada hari Sabtu atau Ahad, manakala untuk pantai Barat pada hari Ahad atau Isnin.
Sepantas 2 minggu dari sekarang pula, jerebu di Malaysia yang reda sepenuhnya. Setidak-tidaknya, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) akan turun hingga angka 100.
Ini kerana dalam tempoh beberapa hari, angin di rantau ini akan mula berubah haluan dari timur ke barat. Jika haluan angin itu kekal konsisten, ia akan bertiup semula ke Indonesia terutamanya ke Sumatra.
NAMUN, buat masa sekarang, korang masih perlu berjaga-jaga dengan situasi jerebu ini. Selagi tidak reda, korang disarankan untuk mempraktikkan 7 tip ini.
Aktiviti Luar
Elakkan diri daripada terlibat dengan aktiviti luar dalam tempoh masa ini. Jika perlu ke luar sekalipun..
Penutup
..gunakan topeng muka agar dapat mengurangkan kesan jerebu yang disedut. Bagaimanapun, topeng pembedahan (surgical mask) bukanlah topeng bersesuaian. Topeng muka yang terbaik ialah topeng muka N95.
Udara Bersih
Walaupun berada dalam bangunan pastikan persekitaran di dalam kawasan terhindar daripada sebarang udara tercemar dari luar.
Jangan Bakar
Bukan sahaja aktiviti pembakaran tidak elok untuk kesihatan tetapi juga menyalahi undang-undang. Jika ternampak berlakunya kebakaran walaupun kecil, sila laporkan kepada pihak berkuasa.
Sentiasa Cuci
Amalkan rutin mencuci tangan dan muka terutamanya sebelum makan. Gunakan sabun bersesuaian yang mengandungi anti-septik.
Minum
Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Dengan kandungan air masak yang mencukupi, badan akan merasa lebih segar dan suhu badan akan lebih teratur.
Hawa Dingin
Jika memandu kereta, sila pasang pendingin hawa dengan menggunakan mod kitaran udara dalaman.
Sekiranya mempunyai bajet, pasang juga alat pendingin hawa dan penapis udara (air filter/purifier) yang berkecekapan tinggi di dalam rumah bagi menapis partikel halus dan menghalang kemasukan pencemaran udara dari luar.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Memiliki rangkaian sabun mandi dan penjagaan rambut dengan haruman menawan merupakan pilihan bagi setiap orang.
Kecantikan bukan sahaja dengan solekan wajah, namun penjagaan diri juga memainkan peranan penting untuk membangkitkan rasa keyakinan dalam diri.
Jenama baru Summerie telah melancarkan rangkaian produk sabun mandi dan syampu yang direka khas untuk membangkitkan rasa keterujaan dan mengasyikkan ketika membersihkan diri. Dilengkapi dengan esktrak botani yang dapat memulihara kulit, produk ini menggunakan wangian yang diilhamkan oleh aroma asli dengan manfaat minyak biji bunga matahari.
Ia menggunakan minyak biji bunga matahari organik yang menawarkan pelbagai manfaat untuk kulit dan rambut. Bahan ini juga kaya dengan vitamin anti oksidan A, B, C dan E; mineral seperti besi, potassium dan kalsium, serta Omega-6.
Setiap rumusan mengandungi sekurang-kurangnya 94% bahan-bahan yang diperoleh dari alam semula jadi dan semuanya bebas dari bahan SLS, SLES, paraben, minyak mineral, pewarna sintetik dan ramuan berasaskan haiwan.
Paling best, produk Summerie ini berbau sangat harum dan mudah untuk didapati dengan harga yang berpatutan. Korang boleh dapatkan produk-produk ini di Guardian sahaja.
Nah, berita baik untuk korang, Remaja nak berikan hadiah daripada produk Summerie yang bernilai RM50 setiap satu kepada 10 pemenang bertuah.
Korang hanya perlu menjawab soalan mudah di bawah. Peraduan ini hanya untuk peserta yang tinggal di sekitar Lembah Klang sahaja bagi memudahkan proses pengambilan hadiah.
Good luck!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah menyentuh hati Leong Kun Xuan yang berusia 10 tahun sanggup menderma sel stem demi menyelamatkan bapanya yang menghidap leukemia, sehingga meraih perhatian dan sokongan masyarakat.