‘Kuih dan muih beraneka macam, Makanlah jangan hanya di pandang’

Begitulah bait-bait lirik yang sering dinyanyikan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Maklumlah sudah menajdi tradisi buat sekian lama bagi orang Melayu untuk menghidangkan barisan kuih raya yang pelbagai buat tetamu yang datang beraya.

ARTIKEL BERKAITAN: Cara Senang Topping Almond London, Tangan Pun Tak Comot Melekat Coklat

Betul Ke Almond London Berasal Dari London?

Namun dalam puluhan aneka kuih raya, ada beberapa jenis kuih yang pasti menjadi kegemaran ataupun dalam kata mudah, laku keras.

Almond London merupakan antara kuih raya yang paling digemari rakyat Malaysia. Badam panggang yang dibalut dengan adunan doh susu mentega dan kemudiannya disalut dengan coklat yang lazat pasti menjadi tarikan setiap lapisan umur.

Betul Ke Almond London Berasal Dari London?

IKLAN

Namun, persoalan mengenai asal usul kuih ikonik ini sering diperdebatkan terutama jika kita lihat pada namanya; Almond London. Majoriti menganggap kuih ini berasal dari bandar London yang terletak di United Kingdom dek kerana namanya.

Ada juga yang berandaian bahawa nama itu dipilih kerana dua perkataan itu mempunya hujung rima yang sama. Maka, ianya senang untuk disebut dan mudah untuk dikomersialkan. Almond – London!

Bahkan ada yang beranggapan bahawa nama itu merupakan gabungan tiga perkataan iaitu Almond Land On. ‘Land On’ tersebut merujuk kepada racikan kacang badam yang ditabur (mendarat) di atas atas biskut itu. Kerana sering disebut maka nama kuih itu lebih dikenali sebagai Almond London.

Jadi betul ke kuih Almond London ini berasal dari London?

Betul Ke Almond London Berasal Dari London?

IKLAN

Malangnya sehingga kini tiada satu sumber sahih yang dapat membuktikan dari mana lahir idea resipi kuih badam ini. Pencipta sebenar kuih tersebut juga tidak dapat dikenalpasti. Sekadar apa yang kita tahu, kuih ini mula popular pada awal tahun 2001 dan kekal sehingga kini.

Antara desas desus yang paling kuat mengatakan bahawa kuih ini berkemungkinan dihasilkan oleh seorang pakar pastri yang berasal dari Eropah. Dikatakan beliau telah menetap di Malaysia pada abad ke‐20.

Betul Ke Almond London Berasal Dari London?

Maka, ada kemungkinan bahawa individu ini yang mencipta resipi kuih kegemaran rakyat Malaysia ini. Namun ini hanya spekulasi sehingga sekarang.

IKLAN

Apa-apa pun, kuih Almond London kekal sebagai kuih yang tidak jemu dinikmati oleh rakyat Malaysia. Semoga ianya kekal hingga ke generasi yang akan datang.

BACA LAGI: Angkara Obses Dengan Jimin BTS, Pelakon Kanada Meninggal Dunia Selepas Jalani 12 Pembedahan

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Che Nom, Dari Dapur, MM2H

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI