
Kita semua sedia maklum bahawa baju raya digambarkan dengan rekaan yang sopan dan manis, tetapi sejak beberapa tahun ini, macam-macam desain yang ada sampaikan kami juga naik pening melihatnya.
Rekaan yang dilihat semakin hari semakin pelik . Ada ke yang nak pakai?
Bagaimanapun, satu gaya baju raya dari Indonesia yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter ini telah mencuri perhatian ramai. Biarpun baju ini nampak berbeza dari kebiasaannya yang dipakai pada pagi raya, namun rekaanya itu berjaya menambat hati ramai.
Berikut adalah perkongsian rakaman cara memakai baju raya dari Indonesia yang dimuat naik di Twitter ini:
Believe it or not, this baju raya way better than our local baju melayu mengarut design2 tu. n aku nak beli satu. Sekian pic.twitter.com/9YZJ4nTDl3
— rulduff 💉❄ (@rulduff) April 21, 2021
Malah, baju dengan rekaan unik ini memang laku keras, dan ternyata sudah sold out. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian ini:


Macam-macam gaya pelik bila tiba hari raya ni. Tapi harapnya korang tak ada la yang pelik-pelik ok? Takut terkejut pula orang tengok korang OOTD nanti. Yelah kan tak boleh beraya rumah ke rumah. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mandi Serbuk Kayu Manis Untuk Dapat Jodoh Cepat, Tradisi Tradisonal Di Denmark

Setiap manusia memang sudah ditetapkan jodoh masing-masing seawal dalam kandungan ibu lagi. Namun, untuk mendapatkannya kita juga harus tetap berusaha dan memohon doa kepada yang Maha Esa.
ARTIKEL BERKAITAN : 3 Sebab Kenapa Doa Korang Untuk Dapat Jodoh Tak Makbul
Bercakap tentang jodoh ini, tidak bermaksud korang hanya perlu menunggu sehingga jodoh tu datang sendiri tanpa berusaha. Kalau duduk saja pun, jodoh tak datang bergolek tau.
Oleh sebab tu korang kena teruskan usaha untuk mendapatkan jodoh yang baik.
Tentu sahaja ada kepercayaan dan tradisi dari seluruh dunia untuk mendapatkan jodoh ini. Kedengaran seperti pelik dan lucu, tetapi petua melumurkan serbuk kulit kayu manis pada seluruh badan adalah salah satu tradisi unik masyarakat di Denmark untuk mendapatkan jodoh dengan cepat. Amalan ini sudah lama dipraktikkan iaitu sejak abad ke-16 lagi dan masih diamalkan sehingga ke hari ini.

Serbuk kayu manis akan dimandikan kepada mana-mana individu yang sudah mencecah usia 25 tahun, tetapi masih belum berkahwin. Amalan ini dipanggil sebagai ‘pebersvend’ atau lebih dikenali sebagai ‘paper dude’.
Menurut salah seorang penduduk di sana, Oliver, aktiviti tersebut diamalkan bagi memperingati golongan pedagang rempah-ratus pada zaman dahulu. Pada ketika itu, pedagang kerap mengembara ke seluruh dunia untuk menjual hasil dagangan mereka.

Oleh sebab itu, golongan ini selalu terlupa tentang masa depan mereka terutamanya dalam mencari pasangan dan mendirikan rumah tangga. Jadi untuk mengelakkan golongan muda terlupa tentang perkara yang sama, amalan mandi serbuk kulit kayu manis dicipta.
Upacara mandi serbuk kayu manis kebiasaannya akan dilakukan ketika seseorang individu itu menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-25. Amalan ini akan dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat yang akan membantu memandikan mereka yang diraikan.

Untuk rekod, selain daripada serbuk kayu manis, ada sesetengah amalan menggunakan bahan-bahan lain seperti bunga, lada hitam, kek dan sebagainya untuk memandikan seseorang.
Walau bagaimanapun, ini hanyalah sebagai ikhtiar untuk korang bertemu jodoh. Jangan putus asa selagi belum jumpa yang sesuai. Nak dapat yang terbaik kenalah sabar sikit.
BACA : 5 Cara Paling Sesuai Yang Korang Boleh Try Untuk Jumpa Jodoh
Sumber : Kosmo
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Jangan Bahayakan Diri”, KKM Kongsi Risiko Pakai ‘Fake Braces’ Yang Semua Kena Tahu

Bagai sudah menjadi trend fesyen pemakaian braces di kalangan para Remaja masa kini.
Trend fesyen yang dianggap sebagai perhiasan gigi untuk tampak lebih cantik dan bergaya. Kebanyakan dari mereka yang sanggup memakai fake braces ialah golongan remaja yang terikut-ikut dengan arus perkembangan fesyen semasa.

Hal ini mungkin kerana kos rawatan yang diberikan daripada Dr ‘palsu’ ini lebih murah, maka lebih ramai orang sanggup ambil risiko dan mengetepikan aspek-aspek keselamatan semata-mata untuk bayaran yang jauh lebih rendah.
Untuk mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan melakukan pemasangan braces, adalah lebih baik jika korang memikirkan dahulu kesan dikemudian hari yang dikongsikan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) KKM ini.
Antaranya kesannya seperti berikut:
(1) Gigi Berlubang
(2) Gusi berdarah
(3) Pergerakan gigi yang tidak terkawal
(4) Gigi longgar
(5) Hakisan gigi
(6) Kecederaan tisu mulut
Apa Itu Fake Braces

Fake braces ialah braces yang dipasang pada gigi yang menyerupai bentuk braces yang sebenar namun braces palsu tidak mempunyai fungsi aplian ortodontik seperti braces yang dipakaikan oleh pakar ortodontik yang bertauliah di klinik mahupun di hospital.
Hm, rasanya isu ini bukanlah sesuatu yang baru. Dah banyak pun berita-berita tak baik yang kita dengar tentang kesan penggunaan fake braces ini. Tapi persoalannya, mengapa masih ada yang berani mendapatkan rawatan ini daripada individu yang salah ya?
Sumber : Facebook KKM
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bibir Kering Punca Lipstik Tidak Rata, 10 Tip Penjagaan Hanya Di Rumah Sahaja!

Bibir kering dan merekah sememangnya antara masalah yang kerap terjadi ketika dalam tempoh berpuasa. Tentunya ia akan memberikan rasa yang tidak selesa kerana bibir terasa begitu pedih dan lagi teruk boleh luka berdarah.
ARTIKEL BERKAITAN: Atasi Bibir Hitam, Gelap & Mengelupas Dengan DIY Skrub Organik Ini!
Malah, ramai wanita tidak menyedari tentang penggunaan gincu dengan kerap boleh mengakibatkan permukaan bibir menjadi gelap akibat bahan kimia yang terkandung dalam gincu bibir.

Ini tip dari Remaja :
1. Khas bagi anda yang sentiasa sibuk melakukan urusan kerja di luar, berhati-hati dengan sinaran UV! Seperti kulit, bibir juga mempunyai tindak balas negatif terhadap sinaran UV. Oleh itu, selalulah menggunakan pelembap bibir yang mengandungi pelindung sinaran UV. Ia bagi membekalkan lembapan biarpun pada cuaca panas.
2. Ini seringkali dilakukan oleh kita! Jangan basahkan bibir anda dengan lidah. Setiap kali membasahi bibir dengan lidah, air liur yang menempel di permukaan bibir akan meresap dan pelembap semula jadi bibir akan terbawa olehnya. Hasilnya, bibir anda akan bertambah kering.
3. Walau dalam apa situasi sekalipun, usah menggigit bibir walaupun pada ketika anda dalam ketakutan kerana selain membuatkan ia kering, tabiat ini akan membuatkan lapisan kulit mengelupas. Jika sukar mengikis tabiat ini, oleskan pelembap bibir sekerap mungkin.
4. Pasti ramai yang tidak tahu tentang kesan ubat gigi pada bibir, bukan? Sebenarnya, untuk mengelakkan bibir kering dan sentiasa takpak cantik, elakkan menggunakan ubat gigi yang terlalu pedas dan dingin. Walaupun ia untuk gigi, namun jika kerap terkena pada bibir, ia tidak baik untuk kesegaran bibir.

5. Bibir perlu dibebaskan segera daripada sisa-sisa gincu sebaik anda pulang ke rumah. Jangan tidur dengan sisa-sisa lipstik anda pula! Gunakan air atau pencuci solekan untuk membersihkan gincu agar ia benar-benar bersih. Jangan sesekali biarkan ia tanggal sendiri tanpa bilasan sempurna.
6. Anda tidak perlu menggunakan skrub bibir untuk menanggalkan sel kulit mati kerana bibir tidak mengandungi kelenjar minyak dan sel kulit mati akan terlepas dengan sendiri melalui proses semula jadi.
7. Jika anda mahu mengoles rona gincu yang berbeza pada satu masa, sebaiknya pilih dalam jenama yang sama kerana bahan yang berbeza akan menyebabkan warna dan teksturnya tidak blend sekata. Ia boleh menyebabkan bibir terluka.

8. Kala memilih gincu, pilih gincu berwarna natural gelap seperti coklat jika anda banyak melakukan aktiviti di luar pada siang hari. Ini sebenarnya untuk memberikan keselesaan dan memudahkan anda mengawal warnanya agar tidak tampak sarat kala kesibukan.
9. Sekiranya bibir mengalami masalah alergi atau kegatalan, gunakan pelembap bibir terlebih dahulu sebelum mengoles rona gincu.
10. Untuk mengekalkan bibir lembut dan sihat, pilih gincu bibir yang mengandungi pelembap dan bahan anti-oksida seperti vitamin A, E dan C.
Tip Bonus Untuk Bibir Mungil Persis Angelina Jolie!

- Untuk mendapatkan bibir mungil persis Angelina Jolie, lakukan gaya bibir rona nude semula jadi. pastikan rona penggaris bibir sepadan dengan ton bibir dan gincu anda. Jadi, garisan yang digaris tadi akan kelihatan semula jadi .
- Bermula dari sudut luar hujung dan lukis sepanjang garisan luar bibir. Ia akan memberikan garisan bibir lebih ketara dan tebal.
- Jika anda tidak pasti di mana point yang paling tepat untuk menggaris penggaris bibir, atau mungkin bagi mereka yang mempunyai kesukaran untuk mendapatkan garisan yang kemas, cara yang paling mudah adalah dengan senyum. Ia akan menegangkan bentuk bibir dan sekali gus memudahkan proses menggaris garis luar bibir.
Semoga bermanfaat!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

