Setiap manusia memang sudah ditetapkan jodoh masing-masing seawal dalam kandungan ibu lagi. Namun, untuk mendapatkannya kita juga harus tetap berusaha dan memohon doa kepada yang Maha Esa.

ARTIKEL BERKAITAN : 3 Sebab Kenapa Doa Korang Untuk Dapat Jodoh Tak Makbul

Bercakap tentang jodoh ini, tidak bermaksud korang hanya perlu menunggu sehingga jodoh tu datang sendiri tanpa berusaha. Kalau duduk saja pun, jodoh tak datang bergolek tau.

Oleh sebab tu korang kena teruskan usaha untuk mendapatkan jodoh yang baik.

Tentu sahaja ada kepercayaan dan tradisi dari seluruh dunia untuk mendapatkan jodoh ini. Kedengaran seperti pelik dan lucu, tetapi petua melumurkan serbuk kulit kayu manis pada seluruh badan adalah salah satu tradisi unik masyarakat di Denmark untuk mendapatkan jodoh dengan cepat. Amalan ini sudah lama dipraktikkan iaitu sejak abad ke-16 lagi dan masih diamalkan sehingga ke hari ini.

IKLAN
Mandi Serbuk Kayu Manis Untuk Dapat Jodoh Cepat, Tradisi  Tradisonal Di Denmark
Foto Via Pexels

Serbuk kayu manis akan dimandikan kepada mana-mana individu yang sudah mencecah usia 25 tahun, tetapi masih belum berkahwin. Amalan ini dipanggil sebagai ‘pebersvend’ atau lebih dikenali sebagai ‘paper dude’.

Menurut salah seorang penduduk di sana, Oliver, aktiviti tersebut diamalkan bagi memperingati golongan pedagang rempah-ratus pada zaman dahulu. Pada ketika itu, pedagang kerap mengembara ke seluruh dunia untuk menjual hasil dagangan mereka.

Mandi Serbuk Kayu Manis Untuk Dapat Jodoh Cepat, Tradisi  Tradisonal Di Denmark
INDIVIDU diraikan tidak boleh melawan dan hanya mengikut setiap arahan yang diberikan semasa upacara mandi serbuk kayu manis dilakukan.

Oleh sebab itu, golongan ini selalu terlupa tentang masa depan mereka terutamanya dalam mencari pasangan dan mendirikan rumah tangga. Jadi untuk mengelakkan golongan muda terlupa tentang perkara yang sama, amalan mandi serbuk kulit kayu manis dicipta.

IKLAN

Upacara mandi serbuk kayu manis kebiasaannya akan dilakukan ketika seseorang individu itu menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-25. Amalan ini akan dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat yang akan membantu memandikan mereka yang diraikan.

Mandi Serbuk Kayu Manis Untuk Dapat Jodoh Cepat, Tradisi  Tradisonal Di Denmark
AMALAN mandi serbuk kayu manis atau dikenali sebagai pebersvend telah dipraktikkan sejak abad ke-16 di Denmark. Foto Via Kosmo

Untuk rekod, selain daripada serbuk kayu manis, ada sesetengah amalan menggunakan bahan-bahan lain seperti bunga, lada hitam, kek dan sebagainya untuk memandikan seseorang.

Walau bagaimanapun, ini hanyalah sebagai ikhtiar untuk korang bertemu jodoh. Jangan putus asa selagi belum jumpa yang sesuai. Nak dapat yang terbaik kenalah sabar sikit.

IKLAN

BACA : 5 Cara Paling Sesuai Yang Korang Boleh Try Untuk Jumpa Jodoh

Sumber : Kosmo

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI