Baru-baru ini, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah haji, selepas 15 tahun tidak menjejakkan kaki ke sana.
Aliff menunaikan rukun Islam yang kelima itu bersama anakanda sulung tersayangnya, Ammar Ahyan.
Selepas beberapa minggu di sana, terbaharu, isterinya, Datin Seri Shahida tampil memuat naik semula foto ketika Ammar pertama kali menjejakkan kaki ke tanah suci, semasa usianya baru setahun.
Menerusi ruangan kapsyen, Shahida memanjatkan doa kehadrat Ilahi agar anak lelakinya itu menjadi seorang anak yang soleh sekaligus dapat membimbing kesemua adik-adiknya.
Ads
“Gambar masa kecil umur Ammar 1 tahun… masa ni nenek @bondarozitaibrahim belanja kita pergi umrah…..sekarang Ammar dah 15 tahun…
“Rezeki Ammar dapat tunai haji di usia muda… semoga menjadi anak soleh dan abang yang dapat membimbing adik-adik,” katanya.
Dalam pada itu, usahawan kosmetik itu tidak terlepas memanjatkan doa agar segala urusan ibadah haji di sana dipermudahkan Allah.
Ads
“Selamat Berangkat ke Arafah, Ammar… semoga dipermudahkan segala urusan… Doakan keluarga kita,” coretnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan selebriti memuji kecomelan Ammar ketika kecil selain menitipkan doa yang baik-baik buatnya.
“Comel sangat Ammar Ayyan time kecil, ingat lagi Kekda bawa ke pejabat tidurkan dia di tempat solat bawah tangga Medan Tuanku, tak meragam pun. Memang good boy dari kecil sampailah ke besar,” komen seorang pengikut.
Ads
“Alhamdulilah rezeki anak dapat pergi usia muda. Anak yang soleh dan bertuah… selamat berangkat ke Arafah Ammar yang kacak. Semoga Allah permudahkan segala urusan..Allahumma Aaminn,” komen warganet lain.
“Comel dan cucu yang baik sangat. Bertuah Ida dapat anak sebaik Ammar mudahan sampai besar. Dia lah yang menjaga abahnya di sini – siapkan makan Atok dan abah neneknya,” komen ibu mertuanya, Bonda Rozita.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Seorang guru di Sabah, Cikgu Jumat Mat Salleh, berkongsi pengalaman menyentuh hati mengenai pelajar yang datang ke sekolah dengan kasut lusuh, kotor, dan koyak.
Video yang dimuat naik di laman Facebooknya, menggambarkan perasaannya ketika bertugas menyambut kedatangan pelajar di pintu pagar sekolah.
Pada mulanya, beliau berasa marah melihat pelajar tersebut namun perasaannya berubah selepas mendengar penjelasan pelajar itu mengenai keadaan kasutnya.
“Semasa bertugas, saya ternampak pelajar lelaki memakai kasut yang sangat kotor. Saya tahan dia dan tanya kenapa kasut kotor? Kamu tak basuh ke?
“Kemudian, dia jawab dengan rasa takut. ‘Kalau saya cuci, nanti tapaknya jatuh dan tak boleh pakai lagi cikgu,’” katanya.
Menyedari situasi tersebut, Cikgu Jumat bersama beberapa guru lain mengambil inisiatif untuk membawa pelajar itu ke Pekan Kunak, Sabah, bagi membeli stokin dan kasut baharu.
Pelajar itu memberitahu bahawa ini adalah kali kedua dia menjejakkan kaki ke pekan tersebut.
Dalam pada itu, Cikgu Jumat memberikan pesanan kepada pelajar tersebut agar belajar bersungguh-sungguh untuk mengubah nasib diri dan keluarga.
“Esok bila sudah berjaya, kamu boleh bantu lebih ramai orang,” katanya sambil memeluk pelajar berkenaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: FB Cikgu Jumat
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengacara dan usahawan popular, Noor Neelofa berkongsi bahawa dirinya mempunyai impian untuk menjadi seorang pengajar yang boleh mengajar mengaji.
Kata bekas pengacara MeleTop itu, menjadi seorang guru adalah salah satu impian yang masih tidak tercapai, dan kini menanam impian untuk mengejar cita-cita itu jika diberikan keiizinan oleh Ilahi buat dirinya.
“Alhamdulillah okay, banyaklah yang tercapai mimpi-mimpi, impian-impian itu tapi yang tidak tercapai lagi (kalau) pekerjaan yang saya nak buatlah.
“Sebab kan ada hadis cakap, ‘sebaik-baik pekerjaan adalah belajar dan mengajar (ilmu al-Quran).
“Dan saya nak lah reti (pandai) belajar mengaji dan ajar mengaji pula, hah macam itu. Itu impian saya lah kan,” katanya.
Tambah ibu kepada seorang cahaya mata itu lagi, dia tidak kisah sekiranya hanya berpeluang untuk mengajar beberapa orang sahaja asalkan impiannya itu tercapai.
“Walaupun tak mengajar mengaji ramai, ajar beberapa orang pun cukuplah sekadar memenuhi impian itu.
“Sekadar boleh, ada kemampuan untuk mengajar mengaji jadi, doa-doakanlah,” tuturnya lagi.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet menyambut baik impian yang diidamkan Neelofa itu dan menitipkan doa yang baik-baik agar impiannya itu tercapai.
“Terbaiklah cita-cita yang murni dapat mengajar anak-anak pun Alhamdulillah,” komen seorang warganet.
“Insya-Allah… semoga Allah permudahkan cita-cita mu… boleh cuba ajar anak-anak nanti… puas apabila mereka membesar, pandai atas hasil didikan ibu bapanya sendiri,” komen juga pengguna lain.
“Alhamdulillah, mudah-mudahan termakbul,” tulis seorang warganet.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sempena ulang tahun ke-10 penerbitan The Muslim 500 untuk tahun 2019, remaja Palestin yang viral selepas video menampar seorang ahli tentera Israel iaitu Ahed Tamimi diangkat sebagai wanita Islam paling berpengaruh.
Ahed yang baru berusia 17 tahun menerima anugerah ‘Muslim Woman of the Year’ atas keberaniannya berdepan dengan pencerobohan haram tanah di Palestin.
Kisah Ahed yang viral disebabkan penyebaran video tersebut dan kemudian kisahnya yang dipenjarakan untuk sementara waktu oleh tentera rejim itu berjaya membuka mata dunia akan masalah yang dihadapi oleh warga Palestin pada setiap hari.
Ini kerana bukan Ahed saja yang menjadi mangsa tangkapan. Pada tahun 2018 saja, seamai 6,489 orang penduduk Palestin telah ditangkap oleh tentera Israel. Dan daripada jumlah tersebut, 140 orang daripada terdiri daripada wanita manakala 1,063 orang merupakan remaja bawah usia.
Ahed bersama ayahnya, Bassam dan ibu, Nariman pada Julai tahun ini.
Kisah Ahed tidak sia-sia apabila ia menjadi punca pembongkaran tangkapan tak berdosa di bawah kuasa rejim dan disebabkan itulah, banyak negara seluruh dunia menggesa agar Israel dikenakan tindakan.
*****
Remaja yang bercita-cita menjadi seorang peguam ini terdahulu menjadi viral sebagai seorang ikon aktivism pada tahun 2012 apabila foto dia menggertak tentera dengan satu tumbukan tersebar.
Ia terjadi apabila tentera Israel cuba untuk menangkap adiknya, dan rentetan daripada peristiwa itu, Perdana Menteri Turki pada iaitu Recep Tayyp Erdogan menjemput Ahed ke Istanbul untuk menganugerahkan sekalung pingat.
Ahed Tarmimi bersama Erdogan.
Pada tahun 2015 pula, timbul video Ahed mengigit tangan ahli tentera kerana adiknya tadi dicekik. Jelas tentera Israel terkejut dengan tindakan Ahed di dalam video tersebut.
Dan kini, Ahed belum berhenti daripada menjadi seorang aktivis remaja. Masih ramai remaja Palestin yang dipenjarakan termasuklah adik-beradiknya sendiri.
Dalam pada itu, The Muslim 500 juga memilih Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Lelaki Muslim Paling Berpengaruh Dunia setelah kecemerlangan beliau kembali memegang tanggung jawab sebagai Perdana Menteri buat kali kedua.
Tun Mahathir berucap di perhimpunan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun ini.
Tahniah Tun & Ahed Tamimi!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!