Sebuah struktur istana pasir di Denmark telah mencatatkan rekod Guinness dunia baharu sebagai istana pasir paling tinggi pernah dibina.
Pada ketinggian 21.16 meter, ia berdiri pada kedudukan 3.5 meter lebih tinggi berbanding istana pasir di Jerman yang pernah memegang rekod ketinggian 17.66 meter dari 2019 – 2021.
Istana pasir ini telah disiapkan oleh seorang pengarca berpengalaman dari Belanda, Wilfred Stijger bersama-sama 30 orang pembantu di sebuah perkampungan kecil tepi laut bernama Blokhus.
Ads
Wilfred dikatakan mendapat inspirasi daripada – tidak lain tidak bukan – wabak COVID-19 yang sedang melanda dunia.
Struktur asasnya berupa sebuah piramid. Ia kemudian dipenuhkan dengan 4860 tan pasir. Setelah bentuk asas itu siap, Wilfred mula mengukir imej-imej menarik seperti sekumpulan manusia yang sedang menunggang basikal, corong menara istana, karakter ‘cupid’, ikan, rumah ap, binaan kubu di sekelilingnya dan macam-macam lagi.
Ads
Turut tidak ketinggalan adalah sebuah mahkota di bahagian teratas. Ia adalah simbol kepada wabak COVID-19. Kata Wilfrid, simbol itu membawa maksud wabak berada di mana-mana saja dan sedang mengawal kehidupan penduduk dunia yang tidak mampu berbuat apa-apa serta tidak boleh bertemu keluarga sendiri.
Supaya istana pasir ini boleh bertahan lebih lama, pasir yang digunakan telah dicampurkan dengan 10 peratus bahan tanah liat.
Bukan itu saja, apabila keseluruhan istana telah disiapkan, Wilfred mengukuhkannya lagi dengan menyapu gam (adhesive) di atas pasir agar ia mampu bertahan sehingga tamat musim sejuk, iaitu kira-kira pada bulan Februari tahun hadapan.
Haihh, dah lama betul tidak bermain dengan pasir seperti ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Fenomena Lavender Marriage semakin meningkat di Malaysia: isteri jadi mangsa tanpa sedar, dan risiko kesihatan yang menanti bukan sesuatu yang boleh diambil mudah. Di sebalik perkahwinan yang kelihatan normal, ada wanita yang akhirnya mengetahui suami mereka menyembunyikan identiti sebenar, sesuatu yang memberi kesan besar kepada emosi, kesihatan dan masa depan keluarga.
Dalam masyarakat, kita jarang sekali bercakap secara terbuka tentang isu ini. Namun, semakin banyak pendedahan daripada pakar dan wanita yang tampil dengan kisah sebenar menunjukkan bahawa Lavender Marriage kini bukan lagi mitos, tetapi realiti yang semakin menular dalam senyap.
Gambar Hiasan AI
Apa Itu Lavender Marriage?
Istilah Lavender Marriage merujuk kepada perkahwinan yang dilakukan oleh seorang lelaki yang mempunyai nafsu songsang atau orientasi seksual tersembunyi. Tujuannya adalah untuk menyembunyikan identiti sebenar, menjaga imej keluarga atau mengelakkan stigma sosial.
Di Malaysia, trend ini semakin mendapat perhatian apabila lebih ramai wanita tampil berkongsi pengalaman menjadi mangsa dalam perkahwinan sebegini tanpa mereka sedari dari awal.
Pendedahan Pakar: Trend Lavender Marriage Semakin Meningkat
Menurut Dr. Aishah Abas, seorang pakar perubatan, fenomena ini kini semakin ketara dan muncul dalam dua keadaan:
@draishah_abasTrend lavender marriage dah masuk malaysia
Ada wanita yang berkahwin dengan penuh harapan, namun akhirnya mendapati suami mempunyai orientasi seksual lain. Mereka menjadi mangsa tanpa pilihan, dan perasaan dikhianati pula menambahkan tekanan emosi.
2. Wanita Tahu Tetapi Memilih Untuk Teruskan Perkahwinan
Dalam sesetengah situasi, isteri mengetahui identiti sebenar suami tetapi memilih untuk bertahan kerana tekanan sosial, beban kewangan atau terikat emosi. Walaupun begitu, risiko kepada kesihatan mental dan fizikal mereka tetap ada.
Risiko Kesihatan Serius Kepada Wanita
Dr. Aishah menegaskan bahawa Lavender Marriage bukan sekadar isu emosi, tetapi membawa risiko kesihatan utama, termasuk:
Penyakit kelamin (STD)
HIV
Jangkitan yang boleh menular kepada bayi semasa kehamilan
Suami yang aktif melakukan hubungan seksual dengan lelaki lain mungkin tidak menyedari dirinya pembawa penyakit, dan isteri pula akhirnya menjadi mangsa jangkitan tanpa sebarang amaran.
Bagi wanita hamil, situasi ini lebih merisaukan kerana beberapa penyakit kelamin boleh memberikan kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan.
Golongan Profesional & Usia 20–39 Antara Paling Terjejas
Menurut Dr. Aishah, ramai individu dalam lingkungan umur 20–39 tahun serta mereka yang bekerja dalam bidang profesional turut terlibat dalam fenomena Lavender Marriage membuktikan ia bukan isu terpencil.
Kes Penceraian Semakin Meningkat Disebabkan Lavender Marriage
Seorang peguam, Mrs Amalina, turut mengesahkan bahawa kes berkaitan Lavender Marriage yang berakhir di mahkamah semakin banyak. Lebih menyedihkan, ada isteri yang hanya menyedari identiti sebenar suami mereka selepas bertahun-tahun tinggal bersama.
Situasi ini bukan sahaja mematahkan semangat wanita, tetapi memberi kesan mendalam kepada anak-anak yang membesar dalam suasana rumah tangga yang tidak stabil.
Nasihat Untuk Wanita: Berhati-Hati Dari Awal
Untuk wanita yang sedang mengenali seseorang atau dalam proses memilih pasangan, ini beberapa nasihat penting:
Jangan takut untuk ‘memilih’. Keselamatan dan masa depan anda lebih utama.
Jika hubungan terasa pelik atau terlalu dingin secara keterlaluan, jangan abaikan naluri anda.
Kenali latar belakang pasangan secara mendalam sebelum berkahwin.
Dapatkan nasihat kaunselor atau pakar jika merasakan sesuatu tidak kena.
Lebih baik berhati-hati dari awal berbanding menyesal kemudian hari.
Penutup: Keselamatan Wanita Perlu Diutamakan
Sebagai wanita, isteri dan bakal ibu, kesihatan emosi dan fizikal anda sangat penting untuk kesejahteraan keluarga. Lavender Marriage bukan sekadar isu peribadi, tetapi sesuatu yang boleh membawa kesan kesihatan serius kepada wanita dan anak-anak.
Jika anda berada dalam situasi mencurigakan atau keliru, jangan pendam seorang diri. Dapatkan bantuan profesional, sokongan keluarga, dan ingatlah—anda berhak hidup dalam perkahwinan yang sihat, jujur dan selamat.
Seluruh dunia tahu siapakah gerangan Duke of Edinburgh, Putera Philip.
Tambahan pula di kalangan gugusan negara Komanwel seperti Malaysia sendiri, kita pastinya pernah menonton kelibatnya sama ada di kaca televisyen atau di atas talian.
Tapi tahukah korang, mendiang Putera Philip yang telah menghembuskan nafas terakhir baginda pada minggu lalu pernah bertemu dengan rakyat Malaysia di Sarawak, Sabah dan Kuala Lumpur suatu masa dahulu!
Disebabkan kebanyakan daripada kita masih belum dilahirkan pada waktu itu, tentunya kita sukar untuk ‘recall’ momen tersebut.
Namun, seorang pengguna Facebook bernama Chang Yi masih ingat peristiwa pada tahun 1959 itu dan telah memuat naik sekeping foto yang menunjukkan Putera Philip melambai ke arah orang ramai di Miri dari kenderaan rasminya.
Dari Kuching, baginda menuju ke Sibu dan Miri sebelum bergegas ke Brunei. Semuanya dikunjungi dalam tempoh kurang 2 hari saja.
Waktu itu juga berdekatan dengan tarikh perayaan Tahun Baru Cina. Lalu, sebuah konsert diadakan demi menghiburkan Putera Philip.
Sabah & Kuala Lumpur
Negeri Di Bawah Bayu ini turut bertuah menerima kunjungan mendiang pada tahun 1959.
Menurut seorang wanita bernama Li Yo Wei kepada FMT, beliau berusia 12 tahun pada waktu itu dan Sabah masih dikenali sebagai Borneo Utara di bawah jajahan Inggeris.
Beliau dan ratusan murid sekolah telah beratur di sepanjang jalan raya di Tanjung Aru dan masih mengingati apabila Putera Philip berjalan di situ. Jelas Li, mendiang mempunyai ketinggian mirip cucu baginda, Putera William yang pernah melakukan kunjungan diraja ke Malaysia pada tahun 2012.
Sekali lagi, Putera Philip mengunjungi Sabah pada tahun 1972. Kali ini, mendiang hadir bersama Ratu Elizabeth II dan Puteri Anne. Peristiwa ini berlaku selepas Sabah menyertai Malaysia secara rasmi pada tahun 1969.
Kuala Lumpur juga tidak terkecuali menerima kunjungan Putera Philip pada tahun 1965. Baginda yang diiringi oleh Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.
Hanya tempoh masa DUA jam saja akan diberikan kepada setiap pengunjung di pusat membeli-belah atau di mana-mana premis peruncitan.
Syarat terbaru itu adalah di antara prosedur operasi standard (SOP) terbaru yang diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Alexander Nanta Linggi pada hari ini.
Syarat ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk ‘memperketat’ SOP sedia ada seiring dengan perlaksanaan musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang dan demi mengurangkan pergerakan rakyat di sesebuah tempat.
Bagi membantu melandaikan risiko jangkitan COVID-19 juga, setiap premis tersebut wajib mengehadkan pelanggan pada satu-satu masa mengikut ketetapan keluasan;iaitu seorang bagi setiap 4m per persegi.
Seperti yang telah diumumkan semalam, SOP terbaru bagi tempoh masa dua minggu ini termasuklah waktu operasi yang dipendekkan dari tempoh 6 pagi hingga 10 malam kepada 8 pagi hingga 8 malam di semua kedai runcit, makanan dan sebarang perkhidmatan penghantaran.
Perniagaan yang terkecuali daripada waktu operasi baharu ini adalah farhami dan kedai penjagaan diri.
Namun, perniagaan seperti spa, salun kuku ‘manicure & pedicure’ dan pusat penjagaan adalah tidak dibenarkan beroperasi sama sekali.
Bagi sebarang premis yang didapati tidak mematuhi SOP ini, beliau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna tidak akan teragak-agak untuk menyarankan kepada Majlis Keselamataan Negara (MKN) agar premis tersebut ditutup saja.
Tinjauan REMAJA melihat respon balas warganet terhadap syarat baharu ini menunjukkan ramai masih keliru mengenai cara pihak berkuasa memantau kebenaran dua jam di sesebuah premis.
Adakah akan ada fungsi baharu yang akan diperkenalkan menerusi MySejahtera sebagai ‘tracking device’ atau cara lain?
Mungkin perkara ini perlu diperincikan lagi sebelum SOP baharu ini dilaksanakan bemula 25 Mei ini.