Usahawan terkenal di sebalik jenama Ainaa Beauty, Hafiz Mahamad dan isterinya Syafiqah Aina, baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila berkongsi keputusan menghantar anak sulung mereka, Raisya, ke sekolah aliran Cina.
Keputusan ini nyata mencetuskan pelbagai reaksi dan perbincangan dalam kalangan ibu bapa yang turut memikirkan masa depan pendidikan anak-anak.
Keputusan mereka menghantar anak sekolah Cina ini dikongsikan sendiri oleh Syafiqah Aina menerusi Instagram Story, sekali gus membuka ruang dialog tentang kepentingan pendedahan awal dalam pembentukan akademik, bahasa dan disiplin kanak-kanak.
“Saya Memang Niat Dari Awal Nak Hantar Anak Ke Sekolah Cina”
Menurut Aina, keputusan tersebut bukan dibuat secara tergesa-gesa atau mengikut trend semata-mata.
Sebaliknya, ia adalah satu perancangan jangka panjang yang telah difikirkan sejak awal sebelum anaknya memasuki alam persekolahan.
“For me, ada banyak opportunities bila ke Chinese school in terms of extra language skill, discipline dan academic.”
Bagi Aina, usia kanak-kanak merupakan fasa paling kritikal dalam perkembangan otak. Pada usia inilah, anak-anak lebih mudah menyerap maklumat baharu, termasuk bahasa kedua dan ketiga, dengan lebih semula jadi dan tanpa tekanan.
Aina turut berkongsi pandangannya bahawa pembelajaran bahasa tambahan jauh lebih efektif jika dimulakan pada usia muda berbanding ketika dewasa.
“Masa kecil senang nak masuk kepala dan belajar compared to ambil third language bila dah besar nanti.”
Ads
Pendedahan awal kepada persekitaran berbilang bahasa bukan sahaja meningkatkan keupayaan komunikasi, malah membantu kanak-kanak membina pemikiran yang lebih fleksibel, kreatif dan terbuka terhadap perbezaan budaya.
Inilah antara sebab utama Aina Beauty hantar anak sekolah Cina demi kelebihan jangka panjang.
Disiplin Sekolah Cina Jadi Faktor Utama
Selain penguasaan bahasa, aspek disiplin di sekolah aliran Cina turut menjadi pertimbangan penting dalam keputusan ini. Sekolah Cina sememangnya terkenal dengan pendekatan pendidikan yang tegas dan berstruktur.
Antara nilai yang sering diterapkan termasuklah pengurusan masa yang konsisten dan tersusun, tugasan dan kerja rumah yang berterusan dan penekanan terhadap sikap berdikari sejak usia muda
“Mereka ajar anak untuk jadi independent dari sekolah lagi.”
Bagi Aina, pembentukan karakter seperti ini amat penting bagi melahirkan anak yang bertanggungjawab, berdisiplin dan mampu mengurus diri sendiri sejak awal.
Ads
Ada Rujukan Keluarga, Lebih Yakin Buat Keputusan
Keputusan Aina hantar anak sekolah Cina juga diperkukuhkan dengan pengalaman ahli keluarga terdekat. Aina berkongsi bahawa tokma serta sepupu-sepupunya di kampung ramai yang bersekolah aliran Cina.
Pengalaman ini memberi keyakinan tambahan kerana beliau dapat melihat sendiri hasil jangka panjang pendidikan tersebut, selain mendapatkan panduan dan nasihat daripada mereka yang telah melalui sistem berkenaan.
Dalam satu perkongsian yang menyentuh hati, Aina meluahkan perasaannya apabila Raisya secara rasmi memulakan langkah pertama ke alam sekolah rendah.
“My first born is stepping into Primary School today. Mommy knows you’re growing but a part of me still wants to pause this moment just a little longer.”
Sebagai seorang ibu, Aina mengakui bahawa perasaan bercampur-baur itu sukar digambarkan. Walaupun perlu merelakan anak membesar dan berdikari, kasih sayang seorang ibu tetap tidak pernah berkurang.
“No matter how big you grow, Mommy still sees you as my baby.”
Harapan Seorang Ibu Untuk Masa Depan Anak
Sebagai penutup, Aina berharap keputusan yang dibuat hari ini akan menjadi jalan terbaik untuk masa depan anaknya.
“Mommy hopes this is the best choice and the best path I can give you & hoping that this journey helps you grow into a kind, confident & strong girl.”
Keputusan ini membuktikan bahawa pendidikan bukan sekadar mengejar akademik semata-mata, tetapi melibatkan peluang, disiplin, pendedahan budaya serta pembentukan karakter sejak usia awal.
Pilihan Aina hantar anak sekolah Cina menjadi contoh bagaimana ibu bapa masa kini semakin berani membuat keputusan berlandaskan visi jangka panjang anak-anak.
Sumber : Instagram Syafiqah Aina
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sangka gadis kecil molek ahli kumpulan Dolla, Tabby menjadi satu-satunya wakil Malaysia yang tercalon dalam senarai 100 Wanita Tercantik 2021 (100 Most Beautiful Faces of 2021) oleh TC Candler.
Menerusi laman Instagram @tccandler, Tabby telah dicalonkan sebagai salah seorang Faces of 2021. Peminat Tabby boleh memberikan like dan komen sebagai tanda sokong di hantaran tersebut.
Setakat ini, gambar Tabby telah menerima lebih daripada 2,000 komen dan hampir 26 ribu like.
Remaja berusia 21 tahun ini sendiri tidak menyangka bahawa dirinya tercalon, namun mengakui pencalonan ini sedikit sebanyak menjadi pembakar semangatnya.
Katanya menerusi Astro Gempak, dia hanya seperti orang lain, tetapi tetap bersyukur tersenarai dalam pencalonan tersebut walaupun baginya masih ramai lagi wanita cantik di luar sana yang lebih layak.
“Saya sangat bersyukur kerana mendapat nominasi yang besar daripada TC Candler, saya betul-betul terkejut ketika mula-mula tahu mengenai perkara ini. Susah untuk saya percaya perkara ini kerana artis-artis lain semuanya hebat,”
“Bagi saya, seorang yang cantik memiliki hati yang murni dan personaliti menarik, sesiapa sahaja boleh jadi cantik. Ia bermula daripada diri sendiri.. Sayangi diri dan keyakinan itu perkara utama, kemudian barulah paras rupa,” jelas Tabby.
Tabby turut bersaing bersama ahli kumpulan Blackpink, Rose dan Jennie serta selebriti-selebriti Hollywood seperti Emma Watson dan Natalie Portman.
Susulan titipan pesanan yang berbaur kontroversi mengenai ‘melancong untuk melihat dunia atau dunia melihat anda’, bekas peserta Dewi Remaja popular, Noor Neelofa meminta warganet supaya hentikan salah faham mahupun mengapi-apikan kenyataan sedemikian sebagai satu bentuk sindiran kepada individu yang melancong ke luar negara yang gemar berkongsi momen percutian di media sosial.
Menerusi hantaran terbaharu yang dimuat naik menerusi InstaStory miliknya, bekas pengacara program terkenal MeleTop itu meminta warganet dan para media agar tidak memutarbelitkan keadaan dengan andaian sendiri sehingga melibatkan nama selebriti lain.
“Saya baru perasan ada segelintir salah faham tentang apa yang sayd ingin sampaikan dan ada juga media menulis artikel sehingga cuba memasukkan kefahaman berbeza.
“Kepada media, jangan putar belit apa yang saya cakap sehingga menyebabkan ramai orang fitnah dan salah sangka. Buat orang yang mengapi-apikan, berhentilah. Saya tiada niat untuk tujukan kepada sesiapa,” tuturnya.
Selain itu, isteri kepada pendakwah selebriti dan usahawan, Haris Ismail itu turut menjelaskan, dia hanya berkongsi pandangan tentang sikap sesetengah orang yang pergi melancong semata-mata untuk dijadikan kandungan dalam media sosial.
“Bukan saya melarang untuk berkongsi dalam media sosial. Maksud saya ditujukan kepada sesetengah orang yang melancong hanya bertujuan untuk membuat kandungan media sosial sahaja.
“Ada yang sehingga buat persediaan dari sini semata-mata untuk buat kandungan serta media sosial. Malah, ada yang merakam momen percutian mereka semata-mata untuk kandungan dalam media sosial, sedangkan pada ketika itu, dia diberi peluang berseronok dan mencipta kenangan,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, pengacara Next To Neelofa itu sempat mengingatkan supaya warganet tidak tersalah tafsir dengan apa yang dikongsikan, selain kenyataan itu tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.
“Ada beberapa situasi berbeza contohnya ada orang pergi atas rezeki dan ada yang pergi atas tuntutan kerja. Contohnya yang pergi melancong sendiri itu jangan salah faham. Tolonglah buat video dan ambil gambar banyak-banyak untuk kongsikan.
“Saya juga akan buat perkara sama seperti memuat naik dalam media sosial tetapi sebagai seorang yang banyak kali diberi peluang melancong dulu, perkara yang saya ingin ubah adalah lebin menikmati atau menghargai momen tersebut,” kata usahawan itu.
Terdahulu, ramai yang mengaitkan Neelofa mengenai perkongsian momen-momen percutian selebriti dan usahawan, Fazura bersama keluarga kecilnya yang baru pulang dari Amsterdam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bintang K-Pop popular, TOMORROW X TOGETHER (TXT) baru-baru ini mengejutkan para peminat (MOA) selepas mengumumkan bakal menggegarkan Kuala Lumpur buat julung kalinya menerusi konsert jelajah dunia (Asia) ‘TOMORROW X TOGETHER WORLD TOUR <ACT : TOMORROW> IN ASIA’ yang akan berlangsung pada tahun hadapan.
Menerusi perkongsian di aplikasi X rasmi TXT, siri jelajah Asia ini akan bermula lebih awal pada Januari 2026 dengan hentian pertama di Hong Kong yang akan membuka tirai konsert di AsiaWorld-Arena pada 10 dan 11 Januari, sebelum bergerak ke Singapura pada 17 dan 18 Januari di Singapore Indoor Stadium.
Antara yang paling mencuri tumpuan ialah destinasi Kuala Lumpur yang bakal menjadi salah satu lokasi utama jelajah ini. TXT dijadualkan beraksi di Axiata Arena pada 14 Februari 2026, bertepatan dengan sambutan Hari Kekasih menjadikan konsert tersebut lebih istimewa untuk para MOA di negara ini.
Seterusnya, kumpulan yang popular dengan lagu ‘Crown’ dan ‘Sugar Rush Ride’ ini akan menawan hati peminat di Taipei pada 31 Januari di lokasi megah, Taipei Dome. Kehadiran mereka di area berskala besar ini membuktikan status TXT sebagai salah satu ‘Boy Group’ generasi keempat yang paling berpengaruh.
Sehubungan itu, buat MOA Malaysia, kemunculan mereka di Kuala Lumpur pastinya menjadi detik paling dinantikan oleh semua. Axiata Arena yang pernah menjadi saksi persembahan artis antarabangsa terkemuka, pastinya akan bergema dengan sorakan indah MOA.
Sementara itu, konsert ‘TOMORROW X TOGETHER WORLD TOUR <ACT : TOMORROW> IN ASIA’ dijangka menghidangkan persembahan bertenaga dan visual memukau yang sinonim dengan TXT. Ia juga bakal menyatukan ribuan peminat dari seluruh negara bagi meraikan muzik dan semangat kumpulan tersebut.
Kredit foto: X TXT
Buat masa ini, maklumat lanjut mengenai tiket dan tarikh jualan rasmi masih belum diumumkan. Para peminat dinasihatkan untuk mengikuti perkembangan terkini agar tidak terlepas peluang berharga ini.
Sekadar info, TXT yang dianggotai oleh lima ahli iaitu Soobin, Yeonjun, Beomgyu, Taehyun dan Hueningkai telah debut pada 4 Mac 2019 di bawah naungan agensi BigHit Music, anak syarikat HYBE Corporation. Sejak menjejakkan kaki dalam dunia hiburan, mereka dikenali sebagai salah satu kumpulan generasi keempat yang paling menonjol dengan pencapaian global yang mengagumkan dan antara lagu popular TXT termasuklah Blue Hour, 0X1=LOVESONG (I Know I Love You), dan LOSER=LOVER. BigHit Music juga menaungi kumpulan legenda BTS, menjadikan TXT sebagai junior kepada salah satu nama paling besar dalam sejarah K-Pop.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!