Riak wajah terkejut tidak dapat disembunyikan oleh penyanyi muda, Yonnyboii semasa namanya diumumkan oleh sebagai penerima kategori Album Terbaik semalam di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-23.
Mungkin sekali berikutan album penuh berjudul Yonny (versi deluxe) itu berdepan saingan sengit daripada album Di Persiaran Cakrawala (Ramayan); Tuju Untuk Kamu 18/19 (Tuju, Mingaling, Saucie J & Meerfly); Second Voyage (Sekumpulan Orang Gila, Bert Poncet) dan Sesudah Melakar Langit (A.Limin, Amerul Ishraf Adri).
Dengan kemenangan Album Terbaik yang memuatkan sembilan buah lagu ini, Yonnyboii, 24 juga membawa pulang insentif Dana Kandungan Digital (DKD) Muzik bernilai RM200,000 daripada Kementarian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM). Selain Yonnyboii, Yonny diterbitkan oleh enam nama besar industri termasuklah Adam E, Freddie Laut, Zachsutton, Vincent88, Mingaling dan Wolfie.
Pada hemat penulis, apa yang menjadikan buah tangan Yonnyboii ini menarik adalah kerana versi album mininya(EP) telah diluncurkan pada tahun 2020 pada era pandemik COVID-19.
Sewaktu penyanyi dan komposer lain teragak-agak untuk mengambil risiko mengeluarkan projek single baharu apatah lagi album baharu, Yonnyboii dan pasukan merealisasikan ‘idea gila’ atas nama berkarya serta sebagai hadiah kepada peminat yang sentiasa memberikan sokongan.
Ads
Yonnyboii (tengah) bersama Adam E dan Freddie Laut.
Yonny tampil jujur menerusi kandungan lirik dan irama yang diperkenalkan. Ia seratus peratus mewakili identiti Yonny sendiri dan sarat dengan penceritaan kehidupan; sama ada bersifat metafora ataupun daripada kisah sebenar.
“Alhamdulillah syukur. Lagu-lagu dalam album ini (telah membawa) saya dari underground sampai ke sini. Terima kasih kepada juri AIM23 dan Recording Industry Malaysia (RIM) untuk penghargaan ini.
“Kepada semua yang mendengar dan menyokong lagu saya, terima kasih dari sudut hati saya. Perjalanan kita jauh lagi insyaAllah,” catatnya dalam hantaran di Instagram.
Penyanyi berusia 24 tahun juga berterima kasih kepada isterinya, Nik Nazira yang sentiasa menyokong perjalanan kerjayanya.
Sebelum ini, anak sulung daripada lima beradik ini pernah berkongsi mengenai keberaniannya melawan arus norma dalam dunia hiburan sewaktu musim pandemik. Tambahan pula, Yonnyboii yang mula bergiat aktif sejak tahun 2016 telah menunggu tiga tahun sebelum berjaya menerbitkan album penuh.
80 peratus daripada lagu dalam Yonny merupakan lagu yang dirakam dengan gubahan segar. Di samping itu, ia juga memuatkan dua lagu baharu sebagai trek bonus berjudul Tak Sangka dan Angel.
Ads
Ternyata, penantian tersebut amat berbaloi dengan kejayaan meraih kategori Album Terbaik, Ahad lalu. Tahniah!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bintang jelita, Nora Danish meraih perhatian warganet apabila tampil sopan mengenakan hijab menerusi perkongsian terbaharunya di entri Instagram.
Dalam hantaran tersebut, pelakon filem popular Bencinta itu memuat naik beberapa keping foto yang memaparkan dia dan keluarga kecilnya sedang berswafoto bersama di dalam kereta. Lebih manis lagi, Nora dilihat ayu menyarungkan hijab berona putih.
“Pagi yang sangat bermakna, buat kami sekeluarga. Bismillah,” coretnya ringkas.
Sempat Remaja menjengah di ruangan komen, rata-rata peminatnya dan rakan artis tidak terlepas peluang memuji kecantikan aktres berkenaan.
Ruangan itu juga, ramai yang meniupkan doa buat pelakon berusia 41 tahun itu agar terbuka hati dan istiqamah untuk terus mengenakan hijab selepas ini.
“Semoga Nora kan terus kekal berhijab. Cantik sangat,” komen seorang peminatnya.
“Semoga istiqamah berhijab… Allah, cantik sangat,” komen juga peminat lain.
“MasyaAllah lawa kak Nora pakai tudung. Semoga diberikan kesempatan menutup aurat,” tulis juga pengikutnya lain.
“Nora please… please stay selamanya berhijab. Alhamdulillah, cantik sangat-sangat,” komen seorang pengikutnya.
Menerusi IG Story, pelakon drama popular Puteri itu juga ada memuat naik beberapa foto yang memperlihat dirinya berrhijab dalam persalinan serba putih. Difahamkan, Nora dan keluarga menghadiri sebuah majlis pernikahan ahli keluarga terdekat, pagi tadi.
Seperti ramai yang sudah sedia maklum, Shaun The Sheep merupakan sebuah siri animasi kanak-kanak yang ditayangkan di televisyen. Pada 2015, animasi ini telah difilemkan dalam Shaun The Sheep Movie.
Selepas lebih kurang empat tahun, siri kartun ini sekali lagi diterbitkan dalam filem yang berjudul A Shaun The Sheep Movie: Farmageddon.
Di Ladang Mossy Bottom, Shaun dan biri-biri lain berdepan dengan musuh baru. Kedatangan makhluk asing di kawasan tersebut membuatkan mereka perlu melindungi ladang itu daripada ditakluki oleh seorang individu yang tidak bertanggungjawab.
Situasi membuatkan si penternak kambing biri-biri tersebut mengambil kesempatan untuk menubuhkan sebuah Farmageddon yang dikatakan boleh melihat makhluk asing dan mengutip bayaran daripada orang ramai yang ingin menyaksikan sendiri kehadiran makhluk asing di depan mata mereka.
Berdurasi selama 87 minit tanpa dialog, di awal penceritaan kami agak ragu-ragu kerana bimbang akan merasa bosan untuk menonton. Mungkin ramai yang dah tahu filem ini merupakan karya stop motion yang diarahkan oleh Will Becher dan Richard Phelan. Jadi ia memang tidak mempunyai dialog manusia dan hanya mengeluarkan bunyi 'bahasa haiwan' disertakan dengan sound effect.
Iya la sebelum ni kalau tonton siri kartun Shaun The Sheep di televisyen hanya berdurasi beberapa minit sahaja. Tapi, bila ia difilemkan dan sejujurnya filem pertama siri ini juga kami tidak pernah menonton, risau pula kalau-kalau rasa bosan pula dalam panggung.
Namun begitu, andaian kami tersasar kerana selepas kedatangan makhluk asing itu ke bumi, penonton bakal merasakan excitement untuk melihat apa yang akan berlaku seterusnya.
Walaupun tidak berdialog, penceritaan yang disampaikan secara straight forward dan memudahkan penonton untuk memahami jalan cerita filem ini. Korang juga bakal tergelak melihat aksi comel sekumpulan biri-biri dan makhluk asing itu dalam misi menyelamatkan daripada orang jahat dan menghantarnya pulang ke planet asal.
Jom tonton gelagat biri-biri comel ini dalam A Shaun The Sheep Movie: Farmageddon yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 12 Disember 2019.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau kita sakit mata dan terkehel bahu, dah mengadu nak ambil MC. Tapi tidak mereka berdua ini.
Mereka merupakan 2 atlet dari sukan berbeza, jantina berbeza dan background berbeza. Namun, satu perkara sama yang terpaksa mereka hadapi semalam di acara Sukan Malaysia (SUKMA) adalah mengetepikan kecederaan masing-masing di atas gelanggang.
Mata Cedera Terkena Bulu Tangkis
7 tahun dulu, atlet badminton dari Terengganu iaitu Shahzan Shah Misfahul telah kehilangan sumber penglihatan kanannya partially selepas pesaingnya secara tak sengaja membalas bulu tangkis sehingga terkena matanya itu.
Cuba bayangkan, rasa kecewa pada remaja yang ketika itu baru berusia 14 tahun. Mestilah down. Namun katanya, jurulatihnya menyeru agar tak putus asa semudah itu, lebih-lebih lagi selepas penat lelah dan pengorbanan yang diberikan.
“Saya tak boleh main macam dulu. Sometimes, saya terlepas shot. 9 bulan saya lalui training dan rehab untuk kembali bermain sepeti normal. Everything from the scratch,” katanya mengimbas kembali.
Semalam, Shahzan memulakan pusingan pertama badminton perseorangan di SUKMA Perak dan mengatasi Sim Wee Peng dari Johor dengan skor 21-16, 21-16.
“Of course, saya selalu nak menang. Tapi saya terus bermakn badminton kerana rasa cinta pada sukan ni. Saya pun mendapat ilham dari Lee Chong Wei kerana dia juga mula berjaya setelah usia 21 tahun, seperti usia saya sekarang.”
Angkatan 92kg Untuk Emas
No pain, no gain baby.
Atlet angkat berat Sabah, Elly Cascandra Engelbert telah memecahkan rekod 10 tahun SUKMA dalam acara clean & jerk bawah 53kg semalam.
Atlet berusia 18 tahun ini, bagaimanapun perlu lakukan comeback daripada kecederaan bahu dan belakang badan pada tahun lepas.
“Saya juga pernah terfikir untuk berhenti selepas cedera. Tapi jurulatih dan keluarga terus berikan sokongan. Jadi pingat (emas) ni adalah untuk mereka,” kata Cascandra.
9 bulan perlu diambil untuk kembali ke tahap prestasi yang sama. Nampaknya pengorbanan itu nyata berbaloi!
“Target saya selepas ini adalah Sukan SEA di Filipina pada tahun depan. Dan tentunya pertandingan besar yang lain.”
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!