Hantaran terbaharu yang dikongsikan oleh penyanyi dan pelakon terkenal, Elyana di akaun Instagram miliknya nyata mencuri perhatian ramai. Dalam satu foto yang dimuat naik, penyanyi berusia 38 tahun ini dilihat berdiri di hadapan cermin tandas dengan kepalanya botak .
Menerusi kapsyen yang ditulis, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal berkongsi kata-kata penuh makna dan menyentuh hati.
“Proses kehidupan kita, hanya kita sahaja yang lalui… hanya kita sahaja yang tahu. Bermati-matian berusaha untuk nampak tenang dan waras tanpa bercerita,” tulisnya, seolah-olah memberi gambaran betapa beratnya beban yang ditanggung namun disembunyikan di balik wajah yang tetap tenang.
Bukan sekadar luahan, kapsyen panjang itu turut menjadi wadah nasihat buat teman-teman seperjuangan yang turut melalui fasa hidup sukar.
“Jika akhirnya kamu mendengar cerita buruk tentang diriku dari mereka, fahamilah aku juga pernah baik pada mereka, cuma mereka tidak menceritakan bahagian itu.”
Kata-kata tersebut nyata memberikan refleksi mendalam tentang sifat manusia dan bagaimana kita berhadapan dengan penghakiman orang lain, terutama ketika berjuang dalam diam.
Kata-kata Semangat
Rata-rata warganet dan rakan artis tampil memberikan kata-kata semangat buat Elyana, mendoakan agar beliau terus diberikan kekuatan dan ketenangan jiwa. Malah ramai yang menyifatkan penyanyi lagu Kalis Rindu ini sebagai simbol ketabahan dan inspirasi kepada ramai pesakit kanser di luar sana.
Ads
Sebagai info, Elyana pernah mengejutkan negara apabila secara terbuka mendedahkan bahawa beliau menghidap kanser limfoma tahap empat selepas tersingkir daripada rancangan Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada tahun 2017. Sepanjang beberapa tahun selepas itu, Elyana kerap berkongsi perkembangan dirinya serta perjalanan rawatan, tanpa berselindung tentang realiti sebenar pesakit kanser.
Namun begitu, dalam satu perkongsian pada tahun 2022, Elyana menyatakan bahawa beliau telah disahkan bebas daripada kanser, satu berita yang menggembirakan peminat dan seluruh industri hiburan tanah air.
Penyanyi terkenal, Anuar Zain meluahkan rasa sedih apabila lagu nyanyian anak saudaranya, Syamel, yang berjudul Belakang Tabir gagal mara ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) selepas terkandas di Separuh Akhir Muzik-Muzik 39 (SFMM39).
Anuar, yang juga bapa saudara kepada penyanyi popular, Ernie Zakri, menyatakan bahawa dia sangat menghargai karya tersebut dan merasakan ia adalah sebuah lagu yang hebat serta berpotensi untuk dipertandingkan di AJL.
“Saya sedih lagu anak saya (Syamel), Belakang Tabir tak dapat masuk final AJL.
“Menurut saya, lagu tersebut antara lagu balada yang kuat untuk tahun ini,” kata Anuar dalam sebuah sesi siaran langsung di platform digital, baru-baru ini.
Walaupun kecewa dengan keputusan tersebut, pelantun lagu popular Lelaki Ini itu tetap memberikan sokongan penuh buat Syamel, dan percaya bahawa tiada rezeki untuk lagu tersebut kali ini.
Tambah Anuar lagi, Syamel sudah memberikan yang terbaik dalam setiap persembahannya.
“Syamel sudah buat yang terbaik dan melakukan persembahan dengan bagus, tapi mungkin tiada rezeki,” ujarnya.
Sebelum ini, penyanyi lagu popular Ku Bersuara, Ernie Zakri turut meluahkan rasa kecewa apabila lagu suaminya itu tidak berjaya mara ke AJL menerusi ciapan di platform X.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Symelaqml
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu momen menyentuh hati melibatkan Biduanita Negara, Siti Nurhaliza baru-baru ini mencuri perhatian warganet apabila beliau bertemu semula dengan seorang pemandu teksi yang pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan awal kerjayanya.
Difahamkan, individu tersebut merupakan pemandu teksi yang pernah menghantar penyanyi terkenal itu ke pertandingan Bintang HMI suatu ketika dahulu.
Momen tersebut menjadi lebih bermakna apabila penyanyi tersohor itu turut menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Yayasan Nurjiwa bersama masyarakat setempat, selain menyampaikan sumbangan secara langsung kepada golongan yang memerlukan.
Menerusi satu perkongsian di media sosial oleh Yayasan Nurjiwa, ia memaparkan pertemuan semula Siti Nurhaliza dengan pemandu teksi veteran tersebut yang berlaku baru-baru ini di Kuala Lipis.
“Momen yang cukup mengharukan, pak cik inilah yang pernah memandu teksi membawa Datuk Siti Nurhaliza ketika beliau menyertai pertandingan Bintang HMI suatu ketika dahulu,” kata Yayasan Nurjiwa.
Menurut perkongsian itu lagi, pada hari Siti dinobatkan sebagai juara pertandingan berkenaan, beliau pulang ke kampung halaman bersama kedua ibu bapanya dengan menaiki teksi pak cik tersebut sambil membawa pulang sebuah televisyen besar yang dimenanginya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sebak apabila mengetahui pemandu teksi itu bukan sahaja menjadi saksi kepada perjalanan awal kerjaya Siti, malah individu yang membawanya pulang ke Kuala Lipis bersama kejayaan pertamanya.
“Terima kasih pak cik, sanggup terima permintaan dari Kuala Lipis ke Kuala Lumpur, semoga pak cik sihat selalu,” ujar pengguna Amirul Ashraf.
Dalam masa sama, seorang lagi pengguna turut memuji sikap Siti Nurhaliza yang dilihat tidak pernah melupakan individu yang pernah berjasa dalam perjalanan hidupnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anak perempuan kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Cik B meraih perhatian ramai apabila berjaya memiliki kereta mewah idaman, sempena ulang tahun kelahirannya.
Menerusi video dimuat naik di TikTok, Cik B tampil berkongsi momennya mengambil sebuah kereta mewah yang dibelinya di sebuah pusat showroom kereta.
Dapat dilihat sebuah kereta mewah yang ditutup dengan kain hitam beserta hiasan belon turut berada di perkarangan showroom tersebut.
Kemudian, beberapa orang pekerja pusat showroom tersebut menarik kain hitam tersebut dan jelas kelihatan kereta mewah jenis Brabus G63 berwarna hitam.
Dalam pada itu, Cik B menitipkan penghargaan istimewa buat ibunya kerana menjadi tulang belakang buatnya sehingga berjaya membeli kereta mewah tersebut sempena hari lahirnya pada tahun ini.
“Jadi, bulan lima ini adalah bulan kelahiran Cik B iaitu pada 19 Mei jadi Cik B beli Brabus Original.
“Terima kasih mama, tak boleh beli tanpa mama. Alhamdulilah, dikurniakan seorang ibu yang hebat, kata, pandai, bijak, comel dan cantik.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut turut tidak lepas peluang mengucapkan tahniah buat Cik B.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Aktres versatil, Nabila Huda kini membuktikan dirinya bukan sahaja berbakat di layar perak, malah turut berjaya dalam dunia perniagaan makanan.
Rezeki berpihak kepadanya apabila produk...