Berita baik buat penggemar peranti audio! Jenama terkemuka audio seperti JBL, Harman, Kardon, Mark Levinson, Lexicon dan banyak lagi kini boleh didapati di Harman Studio yang terletak di Geo Avenue, Sunway South Quay, Subang Jaya. Teruja kan?

Mempunyai keluasan lebih daripada 3,000 kaki persegi, Harman Studio merupakan ruang pameran peranti audio terbesar di Malaysia yang sarat dengan konsep gaya hidup paling eksklusif sesuai dengan BBNU hari ini.

Berita baik buat penggemar JBL, Harman Dan Kardon, Studio Harman Kini Berada Di Subang Jaya!

Turut dilihat ketika majlis pembukaan Studio Harman 22 Mac lalu ialah Alif Satar. Sebagai selebriti versatil dengan bakat lakonan, nyanyian dan pengacaraan, Alif dilihat sebagai individu paling sesuai untuk mewakili Harman Malaysia. Alif juga turut menzahirkan keterujaannya apabila berpeluang bekerjasama dengan pihak Harman kerana ia menggambarkan personalitinya yang tidak lekang dengan peranti audio sejak zaman sekolah.

IKLAN

Berita baik buat penggemar JBL, Harman Dan Kardon, Studio Harman Kini Berada Di Subang Jaya!

Menurut Mark Ng, Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan, Harman Asia Pasifik, pemilihat Alif Satar melambangkan nilai dan kualiti yang dibawakan oleh Harman. Paling penting, Alif yakin dengan jenama Harman.

“2019 merupakan tahun yang menarik buat Harman Malaysia. Kami mensasarkan untuk
mendekati lebih ramai pelanggan di Malaysia dan kami ingin menawarkan lebih daripada sekadar produk kepada para pelanggan. Kami mahu melibatkan pengguna dengan kualiti dan nilai yang ditawarkan oleh Harman. Saya percaya dengan pelancaran Studio Harman, jenama ini akan terus menjadi jenama pilihan audio bagi masyarakat Malaysia,” tambah Mark Ng.

IKLAN

Berita baik buat penggemar JBL, Harman Dan Kardon, Studio Harman Kini Berada Di Subang Jaya!

Bersempena dengan pembukaan studio utama Harman, para pelanggan berpeluang
mendapatkan diskaun sehingga 95% untuk item terpilih. Selain itu, Harman Studio juga bekerjasama dengan Sime Darby Auto Bavaria untuk menawarkan peluang pandu uji pelbagai model terbaru BMW, pada hari yang sama. Pelanggan yang membeli BMW pada hari tersebut akan menerima baucar tunai Harman Studio bernilai RM 3,000. Tawaran promosi ini juga akan dilanjutkan kepada pameran JBL di Mid Valley Megamall North Court dari 25 hingga 31 Mac 2019.

IKLAN

Berita baik buat penggemar JBL, Harman Dan Kardon, Studio Harman Kini Berada Di Subang Jaya!

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI