Pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) sudah tidak perlu bersusah payah untuk ‘topup’ Touch n’ Go atau RFID selepas ini kerana mulai semalam (3 Ogos), lebuhraya tersebut telah membenarkan semua pemandu menggunakan kad debit dan kredit mereka untuk membayar tol.
Menurut laporan dari New Straits Times, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi membuat pengumuman penting tersebut pada 2 Ogos lepas.
Sistem itu adalah sebahagian daripada inisiatif Kementerian Kerja Raya yang bertujuan memberi kemudahan dan kaedah pembayaran alternatif kepada pengguna lebuh raya dalam proses pembayaran tol.
Ads
Selain MEX, 11 lebuh raya lain akan mempunyai sistem yang sama menjelang September, ialah Lebuhraya Duta Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Pantai Baru (NPE), dan Lebuhraya Shah Alam (KESAS).
“Selain kaedah pembayaran sedia ada seperti Sistem Touch ‘n Go, SmartTAG, dan Pengenalan Frekuensi Radio (RFID), kini pengguna boleh membuat pembayaran menggunakan kad debit dan kredit, memandangkan baki akaun kad mereka mencukupi,” kata Alexander.
“Konsesi MEX Expressway, Maju Expressway Sdn Bhd (MESB), merupakan salah satu daripada 12 lebuh raya pertama yang melaksanakan sistem pembayaran tol terbuka, dengan ia diuji bermula Julai 2023 bagi memastikan kesediaan dan kelancaran operasi selaras dengan piawaian yang telah ditetapkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM),” katanya lagi.
Ads
Buat masa sekarang, sistem pembayaran terbuka tersedia di enam lorong tol MEX.
Ia akan terus diperluaskan ke semua lorong di tiga plaza tol sedia ada iaitu Plaza Tol Salak Selatan, Plaza Tol Putrajaya, dan Plaza Tol Seri Kembangan, September ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: News Straits Times, Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wah, mesti kesemua rakyat Johor berbangga dengan kemenangan tersebut.
Anugerah Stadium of the Year merupakan sebuah anugerah yang telah diadakan sejak 11 edisi yang lalu.
Pada setiap tahun, ahli komiti daripada Stadium DB akan menyenaraikan stadium-stadium baharu dari seluruh dunia yang dilengkapi dengan kemudahan canggih, rekaan menarik dan moden serta segala ciri-ciri yang dicari oleh para pemain, pasukan dan penonton bagi menyaksikan perlawanan bola sepak dengan selesa.
Istimewanya bagi edisi 2020, stadium pertama dari Malaysia telah dicalonkan untuk anugerah tersebut. Stadium mana lagi kalau tidak lain tidak bukan Stadium Sultan Ibrahim yang menjadi kubu kuat pasukan JDT.
Ia telahpun tersenarai sebagai salah satu daripada 20 buah stadium paling menarik sepanjang tahun lalu. Hasil daripada undian orang awam serta juri yang dilantik, Stadium Sultan Ibrahim berjaya dinobatkan sebagai pemenang Stadium of the Year 2020!
Menerusi muat naik di media sosial rasmi JDT, stadium tersebut telah mengatasi beberapa stadium ikonik lain dengan 21,821 undi setelah undian ditutup pada 7 Mac lalu.
Stadium DB pula berkata, lebih separuh daripada jumlah itu datang daripada rantau Asia Tenggara terutamanya dari Malaysia.
Antara stadium yang berjaya ditewaskan olehnya termasuklah Education City Stadium di Qatar, Corum Sehir Stadyumu di Tuki, Batumi Stadium di Georgia, AS, Xi’an OSC Stadium di China dan banyak lagi.
Untuk pengetahuan, pasukan JDT telahpun berpindah ke stadium di bandar Iskandar Puteri ini yang boleh memuatkan seramai 35,000 orang penonton itu pada 22 Februari tahun lalu.
Terletak di atas tapak seluas 11.3 hektar, ia mempunyai teknologi moden lampu spotlight LED dan lampu berwarna-warni yang dipancarkan di bahagian luar stadium.
Selain itu, Stadium Sultan Ibrahim ini juga menggunakan rumput original Zeon Zoysia yang merupakan di antara rumput berkualiti tinggi bagi perlawanan bola sepak serta menerapkan sistem perparitan air yang canggih.
Semua itu adalah hasil rekaan Saadon Architect dan ia memakan kos sebanyak RM200 juta.
Tahniah JDT!
Sumber: BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masalah gatal celah kelangkang bukanlah sesuatu yang asing bagi kaum wanita. Paling tidak, anda akan merasakannya sekali dalam seumur hidup.
Hal ini berlaku kerana kedudukan paha yang mungkin dalam keadaan sentiasa tertutup dan kurang terdedah seperti anggota tubuh yang lain.
Ada banyak punca yang menyebabkan rasa gatal, antaranya disebabkan oleh peluh, cuaca panas, tuala wanita yang mengandungi pewangi, hormon dan sebagainya.
Jika timbul situasi seperti ini, ada yang bagai nak gila menahan gatal dan kadang kala bahagian tersebut digaru sehingga melecet. Ouchhh. Jangan sampai keadaan ini menjadi lebih teruk kerana sebenarnya masalah gatal kelangkang boleh dirawat dengan cara yang betul.
Ikut petua ini, manalah tahu ia mungkin serasi dengan korang.
1. Rebus daun sirih yang telah dibersihkan dan masukkan ke dalam dua gelas air yang dicampur dengan garam pink.
2. Kemudian, masukkan asam keping dan biar sehingga mendidih.
3. Biarkan air rebusan tadi sedikit suam, selepas itu basuh vagina dengan campuran air tersebut, terutama setiap kali selepas membuang air kecil.
Untuk mengatasi masalah ini juga, terdapat beberapa cara mengatasi rasa gatal antaranya adalah seperti berikut:
1. Elakkan menggunakan feminine wash yang mengandungi bahan pewangi.
2. Tuam vagina dengan kain basah yang bersih dan air sejuk selama satu jam.
3. Disarankan untuk makan yogurt bagi mendapatkan khasiat ‘priobiotik’ pada setiap pagi untuk mengelakkan pengumpulan bakteria dari dalam.
4. Tidur dengan pakaian yang selesa atau tanpa pakaian dalam. Biarkan vagina bernafas dan kurang berpeluh. Kangkangkan sedikit posisi kaki dan jangan tidur dalam keadaan meringkuk.
5. Minum lebih banyak air masak untuk melancarkan metabolisme badan.
Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kami pasti seluruh rakyat Malaysia sedang dalam kegembiraan apabila aktiviti merentas negeri dan ke luar negara sudah pun dibenarkan mulai 11 Oktober 2021 setelah lebih sembilan bulan berkurung dalam daerah masing-masing.
Ramai yang mengambil peluang untuk balik ke kampung dan bertemu dengan keluarga tersayang. tidak kurang juga yang sudah merancang untuk pergi melancong ke luar negara.
Berita baik buat kita semua, Malaysia Airlines kini menawarkan tiket penerbangan serendah RM59 sehala serta diskaun sehingga 50 peratus bagi pakej MHholiday sempena kebenaran merentas negeri ini.
Menurut laporan media, Malaysia Airlines merekodkan peningkatan lebih daripada 500 peratus tempahan sejak pembukaan semula gelembung pelancongan di Langkawi. Kini mereka turut ingin meraikan kelonggaran sekatan perjalanan antara negeri dengan memberi tawaran istimewa ini.
Harga tiket serendah RM59 ini bermula bagi kelas ekonomi untuk penerbangan sehala ke semua destinasi dalam Semenanjung Malaysia. Bagi Sabah dan Sarawak pula, tiket penerbangan bermula dari RM109 dan RM159.
Kami senaraikan beberapa harga tiket penerbangan bagi lokasi-lokasi popular berikut:
KUL – Alor Setar – RM59.70
KUL – Penang – RM59.70
KUL – Kuantan – RM59.70
KUL – Kuala Terengganu – RM59.70
KUL – Johor Bahru – RM59.70
KUL – Kota Bahru – RM59.70
KUL – Langkawi – RM59.70
KUL – Kota Kinabalu – RM159.34
KUL – Sandakan – RM159.34
KUL – Tawau – RM189.02
KUL – Kuching – RM159.34
KUL – Miri – RM159.34
KUL – Bintulu – RM109.52
KUL – Sibu – RM109.52
KUL – Labuan – RM159.34
Tawaran ini sah bagi tempahan bermula 10 Oktober hingga 31 Oktober 2021 bagi perjalanan segera hingga 21 April 2022.
Pelanggan juga boleh memilih tambang Economy Flex untuk menikmati faedah perjalanan premium termasuklag penukaran tarikh tanpa had percuma, pengembalian wang secara percuma tanpa bayaran, fleksibiliti Go Show, keutamaan daftar masuk dan elaun bagasi daftar masuk sebanyak 35 kg.
Wah, memang berbaloi-baloi!
Bagi yang merancang untuk balik kampung dengan pengangkutan udara, ini adalah peluang untuk korang dapatkan harga tiket penerbangan pada harga lebih rendah.
Walaupun teruja dapat merentas negeri, SOP tetap kena jaga okay?
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.