Sebelum ini terdapat banyak produk kosmetik yang diharamkan penjualannya kerana mengandungi racun berbahaya. Terbaru, produk kosmetik untuk merawat jeragat dan parut jerawat, FS Tumeric Cream dikesan mengandungi racun berjadual iaitu merkuri dan betamethasone 17-valerate yang boleh memudaratkan kesihatan.
KKM menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk tersebut. Notifikasi produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM. Produk tersebut tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.
Penjual dan pengedar produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Individu yang melakukan kesalahan dibawah peraturan-peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.
Untuk pengetahuan korang, Betamethasone 17-Valerate boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.
Ads
Menurut Public Health Malaysia, ia juga boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf dan menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.
Foto: Public Health Malaysia
Walau bagaimanapun, seorang warganet telah pun melaporkan di dalam ruangan komen bahawa produk tersebut masih banyak dijual secara online.
Ads
Ads
Diharap agar pihak penjual dan pengedar bertanggungjawab menarik balik produk kosmetik tersebut daripada terus dijual kepada orang awam.
Buat pembeli pula, jadilah pengguna yang bijak. Jangan mudah terpedaya dengan lambakan produk kosmetik yang ada di pasaran sekarang.
Kaum lelaki memang sempoi dan adakalanya agak selekeh, tetapi percayakah kamu mereka sangat cerewet memilih pasangan. Tak semua gadis menepati citarasanya. Jadi, buat gadis-gadis di luar sana jom ketahui 10 sifat perempuan yang di benci oleh kaum lelaki.
1) TERLALU GEDIK!
Lelaki sangat menyampah dengan gadis yang terlalu mengada-ngada dan gedik. Mereka boleh naik rimas dengan gelagat yang di buat-buat. Kalau manja seperti keanak-anakan mungkin mereka boleh sabar lagi, tapi kalau dah benda kecik pun nak merengek, jangan kata mereka. Kita yang gadis ni pun naik meluat betul tak ?
2) SUKA MENGARAH
Gadis yang suka mengarah memang bukan pilihan si jejaka melaya. Bagi mereka, maruah dan harga diri seorang lelaki akan jatuh sekiranya di kawal oleh seorang perempuan yang ala-ala ‘lady bos’. Jadi, sekirannya kamu mahu hubungan kamu berdua hingga ke jinjang pelamin dan akhir hayat, hentikan sifat kamu yang suka mengarah-ngarah.
3) BELETER TANPA HENTI
Aduh! Bebelan kamu sama sahaja seperti ibunya. Hmmm, kalau macam ni jangan harap si dia akan selesa berdamping dengan kamu.lelaki sukakan kedamaian, mereka paling tak suka hidup dalam keadaan tertekan. Jika tiada noktah dalam percakapan kamu, silap-silap ada juga dia cari yang lain nanti.
4) UMPAMA WARDEN ASRAMA!
Amboi garangnya! Ini tak boleh itu tak boleh, ada sahaja yang tak kena. Jangan begitu! Si dia pasti akan cop kamu sebagai seorang warden asrama. Perlu di ingat, ‘big boy like to break the rules’. Mereka tak suka di ikat dengan syarat-syarat dan rules, mereka suka bergerak bebas. Jika kamu mengawal hidupnya pasti si dia akan lebih selesa memilih untuk hidup bersendirian daripada memiliki seorang kekasih seperti kamu.
5) SUKA MENUNJUK-NUNJUK
Kebanyakan lelaki suka hidup dalam keadaan yang serba sederhana. Walaupun barang yang di pakainya berjenama, mereka lebih suka berdiam daripada menunjuk-nunjuk. Jadi tak hairanlah mengapa mereka tidak suka dengan pasangan yang suka menunjuk. Ini kerana, mereka takut jika mereka di katakana bercinta dengan perempuan ‘pisau cukur’ walaupun hakikatnya dia langsung tak pernah keluarkan sesen pun untuk pasangannya.
6) BADAN DAN MULUT BERBAU
Walaupun lelaki agak serabai dan selekeh, mereka tidak suka pasangan mereka juga begitu! Bagi mereka, penting seorang gadis menjaga kebersihan diri dan tidak berbau. Mereka sangat malu mempunyai pasangan yang berbau. Jadi, jika kamu mempunyai masalah seperti itu, cepat-cepat tanganinya.
7) TAK FLEXIBLE
Jika kamu seorang yang susah membiasakan diri dengan keadaan semasa, jangan harap seorang lelaki akan jatuh cinta dengan kamu. Mereka lebih suka mempunyai pasangan yang lebih flexible dan
8) KUAT MENGELUH
Bila susah sikit je kamu dah mengeluh, sekali dua mungkin si dia akan faham. Tapi ini setakat bos suruh siapkan kerja dalam masa dua hari pon macam-macam kamu keluhkan itu memang dah melampau. Si dia pasti akan teragak-agak untuk menjadikan kamu sebagai seorang isteri atau peneman hidupnya. Mana tidaknya, baru di beri cabaran sikit dah mengeluh apakan pulak bila kamu terpaksa habiskan masa sepanjang hidup dengannya.
9) TERLALU BERGANTUNG PADA PASANGAN
Terlalu bergantung pada pasangan juga di benci oleh lelaki. Memang lah mereka selalunya suka menunjuk ‘hero’ di depan pasangannya. Tapi, kalau setakat nak pergi kedai pon dia terpaksa menghantar dan mengambil itu dah menyusahkan namanya. Lelaki tak suka pekara-pekara yang menyusahkan diri mereka.
10) TIDAK JUJUR
Paling di benci lelaki apabila seorang perempuan yang di sukainya berlaku tidak jujur di hadapannya. Mereka tidak suka di tipu walaupun hakikatnya mereka menipu. Mereka pasti akan naik berang jika kamu beritahu sesuatu yang tidak jujur. Tak percaya ? Cubalah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bulan Ramadan Mubarak ini kita semua diajar untuk menahan lapar dan dahaga. Selain itu kita juga perlu ‘puasa’ dalam banyak perkara sama ada perbuatan, percakapan atau penglihatan.
Bagi ramai orang, mereka turut menjadikan bulan puasa sebagai masa untuk ‘kickstart‘ semula rejim diet dan megurangkan berat badan. Tapi ada juga sesetengah orang yang sambut waktu berbuka dengan penuh ‘meriah’ dengan banyak makanan di atas meja.
Tapi sedarkah korang bahawa ada ramai orang yang berat badan mereka meningkat walaupun berpuasa. Nak tahu kenapa mereka jadi begini?
Nafsu Membeli Makanan
Tiba sahaja bulan puasa terdapat banyak pasar Ramadan yang muncul dengan menawarkan pelbagai juadah. Pada ketika inilah banyak hidangan istimewa menjadi sangat popular berbanding bulan-bulan yang lain seperti murtabak, roti john, tepung pelita dan bermacam lagi. Dan orang yang tak jaga makan mereka akan beli dan balun semua benda sebab nafsu!
Makanan Bergula Terlalu Banyak
Ya, kami faham berbuka dengan makanan manis merupakan salah satu sunnah. Tetapi jagalah pengambilan gula korang agar ia tidak berlebihan. Selang-selikan pengambilan makanan dan minuman bergula. COntoh kalau hari ini korang berbuka dengan cendol (yang manis, berlemak!), keseokannya apa kata cuba berbuka dengan jus buah tanpa gula. Kandungan gula yang banyak dalam badan boleh buat berat badan naik dengan mudah.
Bahana Makanan Bergoreng
Selain makanan dan minuman bergula, makanan berminyak juga merupakan penyumbang utama kenaikan berat badan. Kalau boleh semasa berbuka atau bersahur, kurangkanlah makanan yang terlalu banyak minyak seperti makanan bergoreng.Jangan kerana minyak kamu naik minyak bila berat badan naik bila nak beraya nanti!
Makan Banyak Kali
Selepas berbuka biasanya korang akan pergi ke surau solat terawih. Dan ramai orang bila habis sahaja solat terawih dia akan balun macam-macam jenis makanan lagi. Bukan tak boleh tapi beringat-ingatlah. Jangan sampai kamu makan terlalu kenyang sampai perut pun rasa kembung. Apatah lagi bila korang makan itu terlalu dekat dengan waktu tidur. Nanti bangun sahur nak makan lagi! Berapa banyak makan daaa.
REMAJA ada perkhabaran yang BETUL-BETUL hebat nak dikongsikan! Jom memeriahkan KARNIVAL KARANGKRAF 2018 #BetulBetulRaya pada 1 hingga 3 JUN 2018 di Kompleks Media Karangkraf, Shah Alam. Pelbagai juadah sihat dan pelbagai program akan diadakan khas buat pengunjung seperti korang!
Psstt, kami dengar ramai artis nak datang nanti 🙂
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perayaan Hari Raya sering dinantikan setiap tahun. la disambut meriah bersama kaum keluarga dan teman-teman tersayang sebagai simbolik meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa.
Bulan yang sangat istimewa kerana ia penuh dengan aura kasih sayang, kemurahan hati dan saling memaafkan antara satu sama lain. Hari Raya juga adalah masa untuk kita tampil lebih menarik, yakin dan cantik bergaya dari hujung rambut ke hujung kaki.
Seiring dengan semangat ini, Beauté Library memperkenalkan semula rawatan terlaris No 1 mereka iaitu Rawatan Pigmentasi PicoSpot melalui satu kempen khas, istimewa untuk raya yang bertajuk ‘Oooh-mazing Raya with Beauté Library’.
Beauté Library memilih Riena Diana, pelakon drama televisyen popular bagi menjayakan kempen ini dengan lakonan bersahaja menerusi sketsa komedi pendek yang bertajuk ‘Oooh-mazing Raya’.
Ketika ditemu bual Remaja, Riena Diana menzahirkan kesyukuran dan berbangga kerana diberi peluang sebagai the face of Beauté Library. Selain itu, dia memilih untuk berkolaborasi bersama kerana jenama ini mempunyai rawatan yang berbeza daripada yang sedia ada.
“Sebenarnya saya tidak pernah mendapat peluang untuk menjadi face of untuk mana-mana produk sbeelum ini. Urusan kami sewaktu deal amat dipermudah dan saya sangat berbangga kerana dapat menjadi face of Beaute Library.
“Sejujurnya saya rasa sangat boleh dikatakan hampir menangis dan bersyukur kerana saya tidak pernah dapat peluang seperti ini. Walaupun saya dalam industri ini sudah enam tahun, di mana baru lagi. Namun saya rasa bersyukur kerana ada yang nampak dan beri saya peluang.
“Kebanyakannya di luar sana menjadi ambassador untuk skincare, tetapi kali ini berbeza kerana ia adalah rawatan. Ia tidak menjanjikan sekali lakukan rawatan sudah nampak kesan glowing, namun perlu berterusan dan akan nampak hasilnya,” tuturnya pada majlis B-Oooh-ka Puasa di K’ Seena House, baru-baru ini.
Sempena menyambut bulan Ramadan yang mulia dan istimewa ini, Beauté Library berbesar hati menganjurkan satu sesi makan malam amal, ‘B-Oooh-ka-Puasa’. Ini adalah inisiatif untuk menyokong kanak-kanak yang kurang bernasib baik di bawah SUKA Society atau Persatuan Kebajikan Suara Kanak-Kanak Malaysia (SUKA), sebuah NGO berdaftar melalui sumbangan dalam bentuk wang kepada bekalan makanan mereka yang semakin berkurangan.
Untuk makluman, bagi setiap tetamu yang hadir, Beauté Library akan membuat sumbangan RM100 kepada SUKA Society, dengan harapan dapat mengumpul sekurang-kurangnya RM15,000 pada malam itu.
Bagi rawatan PicoSpot pula, ia menggunakan teknologi canggih dan inovatif untuk merawat semua jenis pigmentasi seperti melasma, bintik penuaan, hiperpigmentasi, jeragat dan parut. Getaran ultra-pendek PicoSpot berfungsi memecahkan bintik pigmentasi yang disasarkan kepada zarah-zarah kecil supaya badan kita dapat menyingkirkannya dengan cepat.
Hasilnya, rawatan PicoSpot ini boleh membantu memudarkan parut, mempercepatkan proses pemulihan kulit, merangsang penghasilan kolagen agar kulit kelihatan berseri, anjal dan kekal awet muda. la juga tidak mempunyai kesan sakit keterlaluan, kesan sampingan dan tidak perlu melalui tempoh pemulihan yang panjang.
Sekadar informasi, Beauté Library adalah jenama kecantikan dan gaya hidup premium yang telah meneraju industri kecantikan sejak 2011. Beauté Library komited memberikan yang terbaik untuk membantu para pelanggannya mencapai impian dalam memiliki kecantikan kulit dan penjagaan diri yang dinginkan.
Beauté Library kini mempunyai 9 cawangan di seluruh Lembah Klang, iaitu di Mid Valley, EkoCheras Mall, Desa ParkCity, USJ Taipan, Setia Walk Puchong, Kota Damansara, MyTOWN KL, 1 Utama dan Setia City Mall.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...