Seorang pendaki Malaysia, Muhammad Hawari Bin Hashim, yang berjaya mencapai puncak Gunung Everest pada 18 Mei lalu didapati telah hilang dari Kem Empat gunung terbabit.
Menurut Nivesh Karki yang merupakan pengarah di Expedition Organizer, pendaki berusia 33 tahun itu tidak dapat dihubungi sejak dalam perjalanan turun dari Kem Empat.
Memetik laporan Sinar Harian, pendaki tersebut terputus hubungan dengan seluruh pasukan apabila mereka meninggalkan kem untuk menyelamatkan seorang lagi pendaki Malaysia.
Bimbang tentang keberadaannya, mesej pencarian serta maklumat berkenaan pendaki tersebut turut diedarkan kepada semua pengendali dari negara lain. Pencarian Hawari juga sedang dijalankan dengan bantuan pihak berkuasa dan rakan pendaki yang lain.
Ads
Untuk pengetahuan, sebelum ini kerajaan Nepal telah mengumumkan penutupan semua operasi pendakian ke puncak Everest bermula pada 28 Mei 2023
Bagaimanapun, misi SAR berjaya dipanjangkan selama lima hari dengan bantuan Kedutaan Besar Malaysia di Nepal seperti yang dimaklumkan oleh Ketua Misi Malaysia Everest 2023 (ME2023) dan Presiden Kelab Eksplorasi Altitud Malaysia, Azim Afif Ishak.
Kerajaan Malaysia sendiri juga memberikan kerjasama penuh dalam operasi mencari dan menyelamatkan pendaki OKU pendengaran tersebut dengan menghulurkan sebanyak RM1.46 juta.
Ads
Operasi SAR kali ini khabarnya menggunakan teknologi canggih khususnya dua dron yang dikendalikan pendaki bernama Tiong Ling Yang dan Pengurus Pasukan ME2023, Ayu Wanirah Naharuddin.
Dron yang mampu melakukan pengesanan melebihi ketinggian 8,000 meter di atas paras laut dan lokasi berisiko itu dipercayai dapat membantu para penyelamat dan renjer gunung dalam usaha seperti ini.
Ads
Semoga usaha pasukan pencari untuk menemui Hawari menemui kejayaan dengan penggunaan teknologi dan tambahan masa yang diperuntukkan oleh kerajaan Nepal.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Sinar Harian & Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siri k-drama Hellbound baru sahaja beberapa hari ditayangkan di Netflix dan menurut sumber, drama itu terus mencetus fenomena apabila berada di tempat pertama dalam ranking program TV popular di saluran Netflix Global.
Rekod yang dicatatkan ini lebih pantas dari Squid Game yang mendahului carta selepas lapan hari tayangan. Buat masa ini, Squid Game kekal di kedudukan kedua selepas Hellbound.
Hellbound menduduki tempat pertama di 24 negara berbeza iaitu Belgium, Hong Kong, Vietnam dan Maghribi, serta kedudukan kedua di Perancis dan India; dan ketiga di Amerika Syarikat dan Jerman.
Apa yang menariknya, drama ini menampilkan jalan cerita yang agak berbeza mengenai peristiwa makhluk ghaib yang dikatakan sebagai ‘malaikat’ keluar memberi amaran kepada individu bahawa dia akan mati pada sekian sekian hari dan bakal diheret ke neraka.
Masyarakat menjadi takut dan memandang serong kepada individu yang dikenakan hukuman itu kerana menganggap mereka adalah pendosa.
Timbul pula ajaran‘The New Truth’ yang dilakonkan oleh Yoo Ah In, membuatkan masyarakat percaya tentang hukuman yang dilaksanakan terhadap para pendosa.
Ketakutan menyelebungi diri bagi mereka yang telah mendapat amaran daripada ‘malaikat maut’ itu.
Namun, ada pula pihak yang melawan ajaran itu dan korang kena saksikan sendiri bagaimana kesudahan drama ini.
Dibintangi oleh Yoo Ah-in, Park Jeong-min, Kim Hyun-joo, Won Jin-ah, Yang Ik-june, Kim Do-yoon, Kim Shin-rock, Ryu Gyeong-soo, dan Lee Re, Hellbound kini sudah boleh ditonton di saluran Netflix.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pelakon drama Moon Embracing The Sun ditemui mati dipercayai menggantung dirinya sendiri di sebuah bilik air hotel di Jeonju pada Sabtu lalu.
Jeon Mi Sun, 48 tahun ditemui pada jam 11.43 pagi setelah dia tidak dapat dihubungi oleh pengurusnya. Susulan itu, pihak hotel memasuki bilik hotelnya dan menemui aktres itu di dalam bilik air.
Dia berada di sana kerana terlibat dengan aktiviti event ibu dan anak yang berlangsung selama tiga hari bermula 28 Jun hingga 30 Jun.
Paramedik juga mengesahkan bahawa dia telah meninggal dunia. Kematiannya itu disyaki sebagai bunuh diri kerana tiada tanda pecah masuk ditemui namun tiada sebarang nota bunuh diri ditemui di bilik hotel tersebut.
Setakat ini, pihak polis masih lagi menyiasat kematian mengejutnya itu.
Bukan Kes Pertama
Untuk pengetahuan, kematian yang berpunca daripada bunuh diri bukanlah kes pertama berlaku di Korea Selatan. Kebanyakan kes bunuh diri berlaku berpunca daripada tekanan perasaan ataupun depressi. Ini antara selebriti Korea Selatan lain yang turut mengambil nyawanya sendiri.
SHINee Jonghyun
Kim Daul
Jong Da Bin
U;Nee
Lee Eun Ju
Susulan itu juga, pihak berkuasa Korea Selatan memohon agar rakyat segera melaporkan sekiranya terlihat perkara-perkara yang boleh menjurus kepada perbuatan bunuh diri itu.
Malah di jambatan Sungai Han juga turut diletakkan telefon khas untuk mereka yang berniat untuk bunuh diri untuk meluahkan perasan mereka sebelum mengambil langkah tersebut.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terkini, satu lagi virus baru dikesan di selatan India, Andhra Pradesh apabila doktor menyatakan lebih daripada 400 pesakit yang dimasukkan ke hospital dan seorang maut apabila mengalami gejala seperti loya, kegelisahan dan hilang kesedaran yang dilaporkan oleh The Guardian.
Penyakit ini, difahamkan bukan coronavirus kerana semua pesakit, yang berbeza umur telah diuji negatif dari wabak COVID-19, serta penyakit lain seperti denggi, chikungunya atau herpes. Setakat ini, ujian yang dijalankan belum menemui sebarang jawapan.
Sumber Gambar : The Bangkok Post
Pihak berkuasa juga telah menguji sampel air di daerah itu, namun hasilnya tidak menunjukkan tanda-tanda pencemaran.
Seorang pegawai perubatan di Hospital Kerajaan Eluru memberitahu akhbar The Indian Express, “Mereka yang jatuh sakit, terutama kanak-kanak, tiba-tiba muntah setelah mengadu rasa terbakar di bahagian mata.”
Lad Bible melaporkan bahawa ketua pembangkang N. Chandrababu Naidu telah menuntut agar ‘siasatan yang tidak berat sebelah’ terhadap punca kejadian bagi melihat sama ada orang lain berisiko atau pun tidak.
“Dengan lebih daripada beratus orang yang terjejas sekarang, keadaan di Eluru semakin buruk. Saya menuntut siasatan penuh mengenai kejadian itu. Banjir, taufan atau penjagaan kesihatan, Kerajaan YSRCP telah ditangkap tidur dalam situasi kecemasan,” katanya dalam ciapan di laman Twitter.
Kejadian misteri ini terjadi semasa Andhra Pradesh sedang menangani pencemaran wabak COVID-19. Kawasan ini adalah yang paling teruk terjejas di India, dengan lebih daripada 800,000 jangkitan.
***P/S : Untuk Remaja semua sentiasalah menjaga penjarakan sosial dan mengenakan topeng muka ketika berada di luar rumah. Prihatin dengan keadaan sekeliling.
Mudah-mudahan kita semua dipelihara dan dilindungi oleh NYA.