Semua orang akan berlumba-lumba untuk mencari pekerjaan terbaik di syarikat terbaik dan di dalam ‘ekosistem’ kerja terbaik. Namun dengan persaingan serta jumlah graduan yang semakin ramai, peluang untuk mendapat kerja menjadi semakin sukar.

ARTIKEL BERKAITAN : Jangan Lakukan 12 ‘Perangai’ Ini Kalau Enggan Kena REJECT Sewaktu Temuduga

Tidak Mahu Menilai Dari Rupa, Syarikat Arah Calon Temu Duga Pakai Topeng
Calon yang indgin ditemuduga diminta memakai topeng. Foto Via SCMP

Untuk dapatkan pekerjaan semestinya setiap orang akan lalui proses temu duga. Dan di sinilah betapa pentingnya untuk kamu membawa diri serta menyerlahkan kemampuan untuk bercakap serta meyakinkan mereka mengapa kamu harus dipilih.

Malah, first impression semasa sesi interview tu sangat penting, lebih-lebih lagi untuk majikan menilai dan mengenali calon yang hadir dengan lebih dekat.

Tapi, menariknya dan anehnya syarikat di China ini minta calon untuk memakai topeng. Seriuslah...?

Tidak Mahu Berat Sebelah

Jangan tak percaya, Chengdu Ant Logistic mendapat perhatian ramai selepas klip video proses temuduga syarikatnya tular lapor Oddity Central kelmarin.

Hal ini disebabkan syarikat berkenaan tidak mahu dikira berat sebelah kerana mengambil pekerja berdasarkan paras rupa yang menarik.

Tidak Mahu Menilai Dari Rupa, Syarikat Arah Calon Temu Duga Pakai Topeng
Foto Via SCMP

Video tersebut telah dirakam oleh calon syarikat tersebut, malah pegawai sumber manusia dan eksekutif syarikat juga dilaporkan memakai topeng muka.

Syarikat tersebut memaklumkan bahawa pemakaian topeng muka adalah bagi mengelakkan keputusan berat sebelah berdasarkan paras rupa.

Malah ia juga dapat membantu calon dengan mengurangkan tekanan dan mengingatkan mereka bahawa syarikat lebih menekankan kebolehan berbanding penampilan.

Langkah ini dapat dilihat berkesan terutamanya kepada calon yang pemalu kerana tiada reaksi muka yang perlu dilihat semasa sesi temuduga.

Menarik bukan idea ini…lepas ini tiada isu dapat kerja sebab paras rupa yang menarik tapi tiada kualiti…hiks

BACA LAGI: Asalkan Aina & Shiha PUAS! Nilai Persembahan Kurang 5 Minit Di AJL37 Boleh Cecah RM100,000 – REMAJA

Sumber 🙁1)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI