Janna Nick atau Nurul Jannah Muner bukan nama asing dalam industri seni lakonan tanah air. Dari bidang lakonan ke aneka projek seni telah dicuba oleh Janna Nick antaranya penyanyi, hos rancangan popular dan pengarah.
Namun, usaha dan kerja keras figura cantik kelahiran Sungai Petani ini berbaloi. Berkat menyara keluarga dan membahagiakan ibu tersayang, rezeki Janna Nick atau nama betulnya Nurul Jannah Muner terus mengalir bagaikan air.
Usahawan Produk Kecantikan
Mampu membeli rumah pertama seawal usia 21 tahun, kini nama isteri kepada Dini Schatzmann juga sebagai pengasas produk kecantikan berjaya di tanah air.
LIGAT BISNES
Penampilan Janna Nick, 28 tahun, selepas melangsungkan perkahwinan baru-baru ini juga tampak lebih matang. Menyerlahkan lagi kecantikannya yang putih gebu dengan kulit yang halus mulus.
Ads
Apa amalan kulit licin gebu Janna Nick? Jom tengok apa rahsianya dalam video Bual Cantik ini…
Amboi, terpancar aura usahawan sukses dari kata-kata yang dilontarkan oleh Janna Nick.
“Saya dah lama aktif dalam bidang perniagaan sejak enam tahun lepas. Produk pertama saya ialah Sephia, yang sehingga kini saya rasa tak perlu dipromosikan langsung kerana kebaikannya dah menjadi bualan mulut ke mulut.
Setiap kali stok ada, ejen-ejen akan terus ambil. Inilah produk saya yang ada regular customer sepanjang enam tahun di pasaran iaitu Sephia All-In-One Argan Oil, boleh dipakai dari hujung rambut sampai hujung kaki. Sangat bagus dan berpatutan.
Ads
Dari situ jugalah saya mula nampak bahawa bisnes ini sangat membantu untuk berkongsi rezeki dengan lebih ramai orang, ejen-ejen saya, pekerja-pekerja saya. Saya pun dapat tambah lebih ramai pekerja.
Kiranya saya dapat kongsi rezeki dengan lebih ramai oranglah.” Janna Nick
Bukan itu saja, Janna Nick juga melancarkan rangkaian produk penjagaan kulit sendiri iaitu White Fluffy tiga tahun lepas.
“Baru-baru ini saya launching produk terbaharu iaitu moisturizer dan peel-off mask. Saya sangat-sangat obses dengan produk saya sendiri sebab krim malam dan peel-off mask ni sangat bagus.
Ads
Kalau tengok kulit saya glowing adalah kerana produk yang terbaru tu.
Saya puas hati bila keluarkan produk yang baik kerana dalam bisnes, kita bukan mengejar keuntungan semata-mata tapi nak menghasilkan yang terbaik sambil berkongsi rezeki dengan orang lain.” Janna Nick
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penulis pernah melihat lukisan potret Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah sebelum ini.
Namun ini adalah kali pertama penulis melihat karakter Lego yang direka khas untuk Perdana Menteri Malaysia dan isteri beliau tersebut. Dibuat khas oleh Vincent Kiew yang merupakan pengumpul tegar koleksi Lego, beliau berkongsi foto binaan Lego yang comel itu di Facebook.
Sekejap saja, pengguna media sosial pantas memuat naik semula foto tersebut di pelbagai platform media sosial.
Foto pertama yang dimuat naik oleh akaun chedetofficial di Instagram pada Mac lepas.
Adakah binaan Lego ini ilham daripada foto pertama di atas?
Seperti biasa, lego Tun M memakai Bush Jacket berwarna kelabu beliau. Cuma kelibat 2 pen di poket yang tiada. Manakala Tun Siti Hasmah mengenakan baju kurung dengan beg tangan berwarna putih.
Hhm, ada yang kata warna baju kurung tersebut ungu cair, ada yang kata merah jambu. Korang rasa warna apa sebenarnya ini?
Apa-apa pun, Vincent mendapat inspirasi ini daripada cinta di antara dua figura penting Malaysia ini serta kejayaan Tun Dr. M kembali menjadi Perdana Menteri Malaysia ketujuh.
“Cerita cinta antara Tun M. dan Tun Siti Hasmah membuatkan kita semua turut menghargai hubungan kita dengan pasangan masing-masing,” kata Vincent lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi peminat filem haiwan buas, sudah tentu korang akan teruja menonton Crawl, filem edaran United International Pictures (UIP) yang dibintangi oleh Kaya Scodelario, Barry Pepper, Ross Anderson, Anson Boon ini.
Crawl mengisahkan tentang seorang perenang wanita (Haley) yang cuba untuk mencari ayahnya (Dave) ketika rebut taufan sedang melanda di daerah mereka. Walaupun sudah ditegah oleh pihak polis untuk meneruskan perjalanan ketika taufan, namun Haley tetap meneruskan niatnya untuk mencari Dave. Dalam misi menyelamat tersebut, mereka terperangkap dalam sebuah rumah banjir dan perlu melarikan diri daripada sekumpulan buaya ganas.
Korang bayangkanlah macam mana keadaannya bila kena berhadapan dengan bukan seekor, tapi sekumpulan buaya ganas.
Tak senang duduk kami menonton filem ini. Hiks!
Aksi penuh debar
Jalan cerita disusun kemas dengan permulaan pengenalan watak utama filem ini, Haley yang bercita-cita untuk meraih kemenangan dalam acara renang. Dibimbing oleh ayahnya yang juga sewaktu itu pernah menjadi jurulatih kepada Haley, Dave merupakan antara penyokong kuat dan sentiasa percaya akan kebolehan anaknya itu.
Jadi sewaktu diserang oleh buaya ganas, kepantasan dan kecekapan Haley nyata memberi kelebihan buat mereka untuk menyelamatkan diri.
Setiap babak dalam filem membuatkan penonton berdebar dan tertunggu-tunggu apakah yang bakal terjadi kepada mereka. Banyak juga adengan yang membuatkan kami tutup mata dan telinga. Iye la, sebab tak nak terkejut. Hehe!
Jadi korang bayangkanlah macam mana cemasnya bila melihat sekumpulan buaya besar menyerang manusia.
Adakah Haley dan Dave berjaya diselamatkan? Jom saksikan kesudahannya di pawagam yang berhampiran bermula 11 Julai 2019.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Minggu ini menyaksikan satu pindaan mega dilakukan di parlimen yang diusulkan oleh Menteri Belia & Sukan.
Yang Berhormat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan kementerian beliau merekodkan sejarah dalam sistem Perlembagaan Negara apabila usia kelayakan pengundi pada Pilihan Raya Umum yang ke-15 kelak telah diturunkan dari 21 tahun ke 18 tahun.
Hal tersebut nyata mendapat sokongan ramai ahli Parlimen termasuklah di kalangan pemimpin pembangkang. Namun di kalangan remaja dan pelajar pula, masih ada perbezaan pendapat sama ada pindaan itu adalah sesuatu yang relevan buat masa sekarang.
Nampaknya, soal usia pengundi bukanlah satu-satunya isu yang dipandang oleh YB Syed Saddiq pada minggu ini.
Lewat petang tadi, beliau telah memuat naik sebuah video di akaun Instagram untuk bercakap mengenai isu pelajar internship yang tidak dibayar oleh para majikan masing-masing.
Seperti yang korang tahu, program internship menjadi kewajiban dalam kebanyakan kursus pengajian ijazah sarjana muda di Malaysia. Selalunya ia berlanjutan dari 2 bulan ke 3 bulan bergantung kepada bidang dan ketetapan universiti.
Namun, seperkara dilema yang dihadapi oleh pelajar adalah soal bekerja tanpa bayaran. Pertama sekali, penulis pasti yang pelajar/staf intern di Malaysia tidak akan menetapkan had bayaran atau elaun minimum.
Bagi mereka, program internship adalah (a) satu kewajiban dalam program mereka dan (b) merupakan peluang untuk mencari pengalaman bekerja sebagai first timer dalam bidang yang mereka ceburi.
Jadi, soal ‘nak untung melalui internship’ itu seharusnya tiada. Elaun yang diharapkan daripada syarikat majikan hanyalah untuk menampung kos pengangkutan pergi balik, makanan dan mungkin sekali kos-kos sampingan yang minor (seperti cas parkir).
Apabila staf intern tidak diberikan sebarang elaun oleh majikan, secara tak langsung ia akan membebankan pelajar tersebut atau lebih teruk lagi, keluarga mereka yang terpaksa berkorban untuk menampung anak di kawasan bandar.
“Tadi semasa mesyuarat jemaah menteri, saya telah bangkitkan beberapa isu yang akan dibincangkan pada satu sesi kabinet khas untuk anak muda saja.
“Salah satu daripadanya adalah isu program internship tidak berbayar yang dilihat tidak adil bagi pelajar terutamanya di kalangan golongan B40. Isu elaun kosong ini tidak adil bagi mereka yang terpaksa bergelut di bandar selama beberapa bulan,” kata beliau.
Perlu ke kerajaan mewajibkan semua sektor untuk membayar interns?
I agree & will fight for this in cabinet. pic.twitter.com/dp6qqDQF0Z
Di meja editorial REMAJA, kami menyambut baik usaha untuk mendapatkan jalan penyelesaian bagi isu seperti ini yang telah lama dipandang sepi seolah-olah para pelajar semuanya berasal dari golongan berada.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
redONE Mobile terus menyokong bakat muda melalui penglibatan dalam Dewi Remaja 2025, memberikan inspirasi, peluang dan dorongan kepada finalis untuk terus menyerlah dalam industri hiburan.