“Beratnya Dugaan…” Ahli Keluarga Alyah Positif Covid-19 Terpaksa Ditidurkan

Share

Realitinya, situasi pandemik Covid-19 di Malaysia masih berada dalam tahap kritikal dan sesiapa saja boleh dijangkiti biarpun prosedur operasi standard (SOP) telah kita patuhi.

Baru-baru ini, penyanyi dan pelantun lagu ‘Sesal Separuh Nyawa’ , Datin Alyah mengesahkan ahli keluarganya yang berada di Johor telah dijangkiti wabak COVID-19. Malah doktor juga terpaksa menidurkan kakaknya selepas mengesahkan keadaan mereka kritikal.

Kesedihan tambah berganda kerana bukan hanya kakaknya seorang dijangkiti, bahkan abang ipar serta empat orang anak saudaranya juga menjadi mangsa.

 

Menurut isteri kepada Datuk Ramli MS itu, kakaknya terpaksa ditidurkan oleh doktor kerana mengalami kesukaran bernafas.

“Kakak ku sekarang berada di wad COVID-19 dan terpaksa ditidurkan kerana kesukaran bernafas, abang iparku dikuarantin, seorang anak saudaraku dikomakan dan tiga anak saudara yang lain dikuarantin di rumah,” kata Alyah berkongsi berita duka itu di laman Instagramnya.
Kata Alyah, jangkitan COVID-19 diperoleh kakaknya dari sebuah kilang di Gelang Patah, Johor tempat dia berniaga makanan.
Rata-rata rakan artis dan warganet  mendoakan agar ahli keluarganya cepat sembuh.

 

Sama-samalah kita doakan agar keadaan ahli keluarga Alyah bertambah pulih ya.

Sebelum ini, beberapa personaliti popular tempatan juga pernah disahkan positif Covid-19 semasa berada di tempat kerja. Ini termasuklah Alif Satar, Roy, Aepul Drama Band dan Syafiq Farhain.

IKLAN