
Aktres jelita, Bella Dally berkongsi berita menggembirakan apabila bakal menunaikan ibadah haji bersama suami tercinta, Arif Izuddin Mohd. Radzali tahun ini.
Menerusi perkongsian di Instastory, Bella meluahkan rasa syukur atas doa dan sokongan ramai menjelang keberangkatannya ke Tanah Suci.
BACA: “Luna Maya Kahwin Usia 42 Tahun, Jadi Saya Masih Ada Harapan” -Farahdhiya
BACA: Rupanya Ini Yang Diamalkan Marissa Yasmin Untuk Kekal Jelita & Sihat!
Majlis doa selamat itu diadakan di kediaman pasangan berkenaan dan turut dikongsikan beberapa foto suasana majlis dalam hantarannya.
Dalam pada itu, Bella turut mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua sekiranya pernah melakukan kesilapan.
“Ketika ini kami bersiap untuk berangkat tidak lama lagi.
“Kami dengan rendah hati memohon maaf atas sebarang kesilapan atau kesalahan yang mungkin pernah dilakukan saya atau suami sama ada secara sedar atau tidak sedar. Mohon doakan kami,” coretnya lagi.
Bagaimanapun, pasangan ini tidak mendedahkan tarikh sebenar pemergian mereka ke Tanah Suci.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.