Bintang Tottenham Hotspur, Son Heung Min memuji daya juang dan kreativiti dipamerkan Skuad Harimau Malaya sehingga berjaya seri 3-3 dengan juara dua kali Korea Selatan dalam perlawanan terakhir Kumpulan E Piala Asia 2023.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sangat Teruja Untuk Melihat Keupayaan Malaysia…” – Aksi Harimau Malaya Tarik Perhatian Korea Selatan

Berakhir Dengan Seri 3-3, Kapten Korea Selatan, Son Heung Min Iktiraf Kehebatan Harimau Malaya

Biarpun kecewa kerana tidak memperoleh kemenangan, Kapten Korea Selatan itu kagum dengan kegigihan dan kesungguhan pasukan Malaysia bimbingan Kim Pan Gon yang mampu bangkit dua kali daripada ketinggalan di Stadium Al Janoub.

“Ia satu keputusan yang sukar diterima, tetapi pujian hebat perlu diberikan kepada pasukan Malaysia. Mereka berjuang sehingga saat akhir permainan dan saya kagum dengan bola sepak Malaysia yang kreatif.

Berakhir Dengan Seri 3-3, Kapten Korea Selatan, Son Heung Min Iktiraf Kehebatan Harimau Malaya

“Malaysia melaksanakan tugas mereka dengan hebat, memang menarik untuk menyaksikan perlawanan ini selaku peminat bola sepak.

IKLAN

“Kami kecewa dengan bagaimana kami mengakhiri perlawanan ini tetapi apa yang paling penting kami layak ke pusingan 16 pasukan terbaik dan kami teruskan kemaraan kerana perlawanan penting berlangsung tidak lama lagi, jadi kami perlu bersedia untuk perlawanan besar itu,” katanya menerusi sidang akhbar pemain terbaik perlawanan.

Berakhir Dengan Seri 3-3, Kapten Korea Selatan, Son Heung Min Iktiraf Kehebatan Harimau Malaya

Mengulas lanjut, pemain berusia 31 tahun itu berharap prestasi Malaysia akan terus meningkat selepas keputusan perlawanan tadi dan beliau memuji Pan Gon yang membimbing Harimau Malaya.

Berakhir Dengan Seri 3-3, Kapten Korea Selatan, Son Heung Min Iktiraf Kehebatan Harimau Malaya
Ketua Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon memantau pasukan kendaliannya pada perlawanan Korea Selatan menentang Malaysia bagi peringkat Kumpulan E semalam.

Dalam perlawanan yang mendebarkan dan membuatkan penyokong tidak senang duduk, Malaysia berjaya menyamakan kedudukan dengan Korea Selatan yang dibimbing bekas bintang Jerman Jurgen Klinsmann, apabila sepakan pemain gantian Romel Morales menerjah jaring pada masa tambahan yang memasuki 15 minit.

IKLAN

Pemain tengah Jeong Woo Yeong membuka jaringan untuk Korea Selatan menerusi tandukannya pada minit ke-21 sebelum Malaysia mendahului selepas 17 minit babak kedua menerusi sepakan Mohamad Faisal Abdul Halim dan sepakan penalti yang disempurnakan Aiman Mohd Hanapi.

Berakhir Dengan Seri 3-3, Kapten Korea Selatan, Son Heung Min Iktiraf Kehebatan Harimau Malaya

Bagaimanapun, Korea Selatan menyamakan kedudukan ketika permainan tinggal 10 minit masa permainan sebenar menerusi gol sendiri penjaga gawang Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, sebelum mendahului 3-2 menerusi sepakan penalti Son pada masa tambahan.

Dengan keputusan perlawanan ini, Korea Selatan kekal di tangga kedua kumpulan dengan lima mata sementara Malaysia mengakhiri kejohanan ini dengan satu mata dan kepuasan menjaringkan tiga gol semasa menentang sebuah pasukan gergasi Asia.

IKLAN

Tahniah diucapkan kepada Harimau Malaya di atas pencapaian hebat ini! 

BACA LAGI: Angkara Obses Dengan Jimin BTS, Pelakon Kanada Meninggal Dunia Selepas Jalani 12 Pembedahan

KREDIT FOTO/ ARTIKEL: BERNAMA

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI